daaa... tuan rumah mau liburan nih. i'll be back next monday 4/5/09. mau dating sama Ariel Peterpan. hahaha... *jeling2 kat Syud*. jgn jeles tau. doakan diriku slmt pergi & kembali. C U...
Tuesday, April 28, 2009
Monday, April 27, 2009
pesta buku (25/04/09) & jln2 je Putrajaya
me & Nor Ash @ Norisah Bakar
me & En. Manaf Hamzah juga seorang penulis dr Singapore
me & Sarnia Yahya seorang penulis dr Fajar Pakeer, NB Kara & Alaf21
kat belakang tu adalah pak Habib @ Habiburahman El-Shirazy penulis novel "Ayat2 Cinta"
sekali lagi aku mengunjungi Pesta Buku pd hari sabtu lepas. istimewanya kali ni sbb ada Nor Ash seorang penulis dr Singapore. kitorang bwk dia jln2 ke Putrajaya. selain dr tu kitorang celebrate b'day utk April born gak. dah wat gathering tu sure la ada acara mkn2 kan. mcm2 aku belasah sampai x hengat. ada nasi ayam Hut Rafflesia, rojak, b'day cake, karipap & ayam ponggeng cik Notie. lps tu masa kat Taman Warisan Pertanian kat Putrajaya pulun laksa & sate Hj. Samuri. smlm sampai peni paler & muntah2 belilah segala. tak pe la. yg penting happy. ingat nak amik M.C. tapi bila pikir2 x berani la plak. ari rabu ni dah nak start cuti utk percutian ke tanah seberang. emmm... x sabo dah ni. tqvm cikNotie kerana menumpangkan diriku ini di dlm kete comelmu itu & juga masak ayam ponggeng utk kita sume. tah bila la aku nak bwk kete Viva aku jln2. hehehe.. x bape cekap lg la. selama ni kan ada en. supir yg bwk jln2. bila org bwk kete aku plak bc novel or tido je. mana la nak ingat jln2 yg dilalui. mekasih juga utk Wan & Lia the lion utk laksa & air laicikang.
Saturday, April 25, 2009
kenapa mesti Aril yg tersingkir?
terkesima aku saat A.C. Mizal mengumumkan Aril yg tersingkir dlm concert AF sebentar tadi. bg aku Aril ada package utk menjadi the real entertainer. he got the style. he really knows how to attract people. mmg dia sgt berbakat utk menjadi penghibur yg terbaik. kalo tgk diari pun aku slalu tersenyum tgk gelagat dia yg suka melawak. tapi... ntah la. mungkin perangai dia yg kdg2 over tu wat org x suka. aku teringin nak dgr dia nyanyi lagu korea sbb style dia mmg sebijik mcm artis dr sana. lps ni tgk diari mesti x happening lg sbb sorang tukang karut dah takde. harap2 bintang dia bersinar selepas penyingkiran beliau. ganbatte...
Friday, April 24, 2009
Roni yg sudah bujang kembali...
huh! bermuram durja la ko keseorangan. rasakan...
on the way balik dr keje smlm Irfan call & bg tau yg Rona telahpun meninggalkan Roni. terkezuuttt sungguh my gyabo & me. dasar binatang.. eh! dia mmg binatang pun. haishhh!! kejam sungguh si Roni itu. dia telah menggigit telinga Rona sampai putus sehinggakan menyebabkan Rona menghembuskan nafasnya yg terakhir di dlm sangkar mereka. huh! sampainya hati dia melakukan penderaan kpd dia punya belahan jiwa. amatlah tragis kisah percintaan mereka. aku nak tgk bape lama lah dia boleh stay single. jgn harap aku nak carikan jodoh baru utk dia. ari tu dia mkn anak2 dia seekor demi seekor. lps tu gamaknya utk mencapai kepuasan tahap maksima dia dgn tegarnya melahap his other half. oh! noooooo.. biar dia mkn hati bila dah kena tinggal alone. aku nak tgk dia merana kerana perbuatan durjananya itu. pg td masa aku nak gi keje tgk dia menggelupur mencari jln klua. hah! baru ko tau erti kesunyian ye? sendirik mau ingat la. berani buat berani la tanggung. makanan dia punya byk terhidang dia boleh nak melahap spouse dia. brengsek loe...
Wednesday, April 22, 2009
tak ingin akhiri
bila aku dgr je lagu ni terus aku teringatkan rumahtangga dia yg berantakan. x sampai setahun kawin dah bercerai-berai. sian nyer.
Tak ingin akhiri - Farah Ashikin
akan abadikah asmaramu kekasih
tak inginku akhiri
segala mimpi indah tercipta
cukup sekaliku hilangkan rindumu
tak sanggup kuharung pedihnya
kurasakan siksa
cintakukan sentiasa setia mekar memuja
dalam hatimu
usahlah meragu janji didalam jiwa
biarkan tersemat selalu dikalbu
akanku leraikan sepimu oh sayangku
takkan lagi menusuk
menghantui siang malam tidurmu
telah kuakui agungnya cintamu
dan jangan hancuri ikatan yang kian menyinar
hiasikan bintang syurgaku
dan semailah janji
tulusmu nan satu
sucikan selama
Monday, April 20, 2009
concert Akademi Fantasia 7 (minggu ke6)
our free tickets. huh! tgk la tu. dok kat barisan huruf W. belakang la jawabnya.
concert belum bermula. lps tu x leh nak snap pics lagik. pak guard sibuk je usha.
Akim & Aril yg menjadi pujaan hatiku. lebih2 lg Aril yg ala2 Korean artist.
last week aku gatal tgn try call radio ERA. selalu tu susah je nak dpt tembus line ERA. tapi mungkin masa tu lunch time. so, senang je la nak dpt line. dgn kata laluan "nyanyilah sedap sikit" sewaktu isyarat memanggil ke udara maka dapatlah aku 2 keping tiket untuk menonton concert Akademi Fantasia minggu ke 6. huh! byk gak la soklan kubur dr Nana si DJ radio ERA. mujur sume nyer berjaya diatasi. yg membuatkan aku teruja nak gi sbb ada live band yg mengiringi budak2 AF tersebut menyanyi. gempaq giler beb. maklumlah ada kumpulan otai Lefthanded, lps tu ada Estranged, Kristal & Cokelat dr Indonesia. seru banget lho.... walaupun dpt dok kat seat belakang je tapi sgt happening. nak wat caner dpt pun tiket free kan. mujur Irfan & my gyabo x bape gemar tgk AF. so, aku gi berdua dgn Yasmin je la. Yasmin yg teruja sgt2 bila dpt tau aku menang 2 tiket dr radio ERA. cuma geram sket sbb x dpt nak amik gambo budak2 AF tu tgh beraksi. anggota RELA tu sebuk je nak merampas camera org yg nak amik gambo. aku cuma sempat snap a few pics before the concert start. npk la gambo stage je. lps tu pak guard dah soh aku simpan camera dlm beg. grrr... walaubagaimanapun mekasih byk la kat radio ERA & ASTRO atas pemberian tiket2 free tersebut. merasa gak la tgk concert AF live. bak kata tagline Aril *terbaik wok* hehehe.. aku mmg suka Aril & Akim yg cute & mempunyai suara husky yg sgt menggetarkan jiwa. plak tu Aril npk sgt hebat bila dia menari tarian shuffle. nak2 ghope dia yg ala2 artis Korea. abg dia si Izwan Pilus tu pun cute gak tapi gelap skt ler.. harap2 Aril & Akim dpt masuk final di samping Hafiz.
pesta buku (17/4/09)
kat booth NB Kara bersama penulis Norhayati Berahim, Lily Haslina, Iejay & Nora @ Rose Harissa
kat booth Jemariseni bersama penulis Imaen & Iman Xara.
eh! aku ke nih? mcm pakai botox je. npk pipi tembam & dagu runcing.
ari jumaat lepas aku amik cuti utk gi pesta buku. sabtu & ahad mmg aku x dpt gi sbb ada program lain. lg pun aku agak kalo 1st day x ramai org yg dtg. biasanya kalo weekend nak jalan pun susah. hmmm... rebeh gak la bahu & lenguh2 tangan nak angkut buku2 tu sume. kempis gak la purse aku nih. huh! x ingat yg gaji lg seminggu baru nak dpt. uwaaa... nak kena posa nih. dlm pd tu sempat gak aku soh Oly lukis karikatur muka aku kat booth Jemariseni. Irfan kata mcm bukan aku je dlm gambo tu. dia kata npk kurus je. hahaha... adoi! sabtu ni ada hati nak gi lagik.
Thursday, April 16, 2009
karangan lagiii..
Irfan ni mmg malas sket nak study. bukan malas sket je actually mmg malas byk. dia cuma rajin nak wat karangan je. lps tu karangan dia mesti ada unsur2 nak membodek ibu dia. hmmm... ada la tu yg dihajatkan. ibu dia yg mudah lemah dgn rayuan gombal si perayu ulung itu akan mengiyakan aja permintaan dia.
Tuesday, April 7, 2009
B-daman
tgk tu... dia siap bole wat notis utk pertandingan B-daman lagik..
ni lg 1 penyakit yg telah menyerang si Irfan Hadi saat ini. dia suka sgt main mende alah ni. yg pokainya aku la. pantang lepa je kira nak gi kedai beli permainan ni. dia langsung x peduli yg UPSR dah makin dekat. sampai sanggup gi skola tanpa duit belanja semata2 nak beli permainan nih. haishhh! pening aku dibuatnya. bila dia x puas hati dgn permainan yg dijual kat kedai tu, dia ajak plak aku balik Ipoh. kononnya kat supermarket Billion kat kpg aku tu ada pelbagai B-daman yg lebih menarik. mana taknya... ghege dia je bole wat top-up prepaid sebulan. mcm la dkt nak balik Ipoh tu. duit minyak & tol tu je dah bape. suka2 ati dia je tau.
Monday, April 6, 2009
stick noodle
tadaaa... stick noodle yg sudah siap utk dimakan.
proses merebus stick noodle.
inilah rupanya stick noodle.
hari ahad our family mmg jarang mkn nasi. kdg2 aku masak laksa, mihun sup, kueytiaw cantonese, mee kari, mee udang, nasi ayam, nasi briyani or nasi tomato. pd mulanya aku ingat nak buat spaghetti je sbb ada sebotol besar sauce prego kat umah tu. emm.. tu pun sbb my gyabo dpt hamper masa badminton game dia last week. tapi tgk2 bahan2nya tak cukup. kalo tak lengkap nanti kureng sedap la spaghetti tu. lps tu aku teringat pada stick noodle yg diberi oleh kakMon masa gi Brunei ari tu. actually kakMon bg 4 packets. tapi maid aku dah masak 2 packets masa aku keje. so, ada balance lg 2 packets tu aku masak la dgn style aku sendirik. masa maid aku masak tu aku tak rasa pun. tapi anak2 aku kata sedap. kat sini aku tak pernah npk pun lg ianya dijual di mana2 kedai or pasaraya. maid aku masa mula2 tgk pun dia ingat benda alah tu ialah spaghetti. cara memasaknya pun mudah je. mcm goreng mee/mihun/kueytiaw. cuma kena rebus dulu mcm spaghetti. bila siap dimasak bebudak tu pun terus tak sabo nak makan. maklumlah masa pg tu derang bekpes cacamarba je. setiap pagi ahad mmg aku akan ke pasar minggu. selalunya juadah sarapan pagi ahad mmg dibeli je kat situ. mcm2 ada. nasi lemak ada, kebab ada, murtabak ada, satay ada *jeling2 kat Ryn* hehehe... selain dr itu ada gak laksam, nasi kerabu, nasi dagang. kuih-muih apatah lagi. sebut je.. semuanya tersedia di depan mata. Irfan mesti tak tinggal dgn puyuh goreng. tu la makanan pebret dia skang ni. Yasmin plak very simple. ada kopok lekor dah ok. tapi dia tumpang sekaki gak dgn puyuh goreng adik dia. ye la kan. sekali beli 3 ekor sbb rm10 for 3. berbalik pd citer stick noodle tu, aku rasa happy sgt bila tgk derang mkn bertambah. ye la..ibu derang ni mmg jarang masak. cuma weekend je sempat nak masak. during weekdays derang mkn hasil air tangan maid aku la. tak tau la aku geng UB yg ke Brunei tu dah try memasak stick noodle ni atau blom. pd yg blom mencubanya silalah cuba..try test.. ahaks.. terima kasih utk kakMon atas pemberian stick noodle tersebut. uhuk.. mana nak carik stick noodle ni lg ek?
Friday, April 3, 2009
Rona n Roni babies
tgk la tu. mereka tido berpelukan. merah sungguh kulit mereka bertujuh.
masa on the way balik keje smlm tetiba je Irfan call. katanya hamster dia dah beranak. hah! bila masa plak dia pregnant. terkezuuuttt betul aku. baru je 17 hari aku bela dah beranak-pinak. patut la si Rona tu asyik terbaring je & tak bape aktif. ghope2 nyer dia bunting pelamin. yg heran bin ajaibnya x npk plak perut dia yg muncit tu. mcm tak caya je dia bole carry 7 babies. muakakaka... ni nak kena beli sangkar yg lebih besar npk gayanya. tapi Rona & Roni ni mmg over protective. garang sgt bila kita nak amik gambo pic dia dgn anak2 dia. takut kita nak bwk lari anak2 dia gamaknya. org nak amik dia punya family photo pun kecoh je. kelam kabut dia menggonggong anak2 dia & sorok kat bawah serpihan2 kayu. tapi aku sgt geram bila dgr suara anak2 dia menguwek. cute je. mcm suara baby betul. tapi jgn la nak soh aku pegang hamster tu. geli-geleman & rasa meremang je bulu roma. baru la aku tahu yg bahawasanya anak2 hamster tu masa baru lahir takde tumbuh bulu lagik. licin je badan dia kemerah2an. hehehe.. cam ni x leh la nak wat upacara cukur jambul. body dia mmg botak licin je. ahaks... emm.. pg tadi masa masuk office aku dah wat announcement kat officemate kalo2 derang nak bela hamster. bole la aku donate barang 2-3 ekor. tapi kena tunggu babies tu besar sket la. skang ni sure dia nak menyusu dgn mak dia dulu. sian plak kalo nak dipisahkan dr parents dia sebelum betul2 matang.
Subscribe to:
Posts (Atom)