as usual every friday aku akan balik naik ERL. my gyabo ada game on that particular day & slalu balik lbt. nak dijadikan citer pg smlm mmg we all klua lbt. so, parking lot kat ERL tu penuh la. tpt yg biasa kitorang parking kat dpn station ERL tu dah penuh. jadinya my gyabo parking la our Waja kat dlm sket. pas tu kitorang naik our Viva together ke office. from the house my gyabo drive Waja & aku plak drive Viva. hmmm.. waktu pagi tu takde apa hal la. masa balik tu yg jd nightmare utk aku. aku amik tren ERL dr KL Sentral kot 6.00pm & sampai Salak Tinggi station kol 6.30pm. sampai je kat parking tu aku dah agak dah sure x lepas punya aku nak klua. dlm ati dah menyumpah2 apsal la my gyabo parking kat situ. kalo Viva aku rasa no problem. ni Waja yg agak gedabak utk aku & memerlukan ample space utk aku reverse. aku ni kan jarang bwk kete. bukannya expert tang parking punya hal. maklum la masa amik test dulu part parking je aku kena test sampai 2 kali. 1st time punya test aku failed. 2nd time baru la lps. tu pun jenuh wat rayuan gombal kat tester JPJ tuh. siap bg tau kat tester tu yg aku ni berdarah gemuruh. so, jgn la uji aku teruk2. hahaha.. hmm berbalik pd citer parking tu, ntah makhluk mana sudah parking belakang Waja aku tuh. sengal betul. ada byk lg parking lot kat sebelah dlm nun nak jugak menempel kat belakang Waja aku. grrrr... pening paler aku memikirkan caner nak klua dr situ. aku ni jenis berat mulut & pemalu. huahuahua.. ye la tu. lg pun takde org kat situ yg aku bole minta tolong. so, aku start kete & try la reverse. jenuh aku klua masuk, undur ke belakang & ke depan tapi x lepas. sensor plak asyik bunyi je bila aku undur. huh! apa lg panic la aku. aku kan ada past history yg sgt mengerikan. dulu aku pernah accident dgn lori pasir. sbb tu la aku ada sket phobia bila nak drive. bila aku tensen mula la nak mengalir air mata. aku pun amik handphone & call my gyabo. bila dgr je suara my gyabo aku terus menangis melolong2. huh! drama queen sudah bermula. dia pun terkejut la tanya apa sudah terjadi. aku pun terus la marah2 dia yg parking kete sesuka ati & mendera minda & fizikal aku. dia sibuk je tanya sama ada aku dah langgar kete org. grrr... mmg la blom langgar lg tapi aku dah panik. pas tu dia sibuk je soh mintak tolong org. masalahnya aku dah nangis teresak2 & malu la plak nak wat rayuan gombal kat org lain dgn mata yg dah merah. pas tu aku putuskan line sbb geram punya pasal. tgh aku kalut tu si Irfan plak call soh beli patung transformers bumble bee kat station Petronas. org dah la panic & susah ati dia bole soh aku belikan mainan utk dia. grrrr.. 5 minit lps tu my gyabo call aku balik & tanya aku ok ke tak. aku jawab biar la aku lepak kat situ sampai ke mlm. bila kete dah berkurang senang la sket aku nak klua. merajuk la kononnya tuh. dia kata takpe la. dia akan mintak jiran aku dtg tolong. kol 7.00pm tren berikutnya pun sampai. dlm ati aku berharap adalah org yg parking sebelah kete aku or belakang kete aku tu sampai. alhamdulillah adalah sorang makhluk dtg yg parking sebelah kiri aku. dia pun heran & tanya aku wat happened? aku pun story la kat dia. dia pun aku tgk terkial2 nak klua kan kete Wira dia tuh. adalah dlm 10 kali gak dia maju / mundur je dia bolak balik nak klua kan kete dia. setelah dgn gigihnya dia berusaha maka lepas la dia. aku pun kononnya berlagak terus ckp takpe kat org tu. aku akan berusaha sendiri utk klua kan kete waja aku tuh. ganbatte.. chaiyokk. terketar2 aku memutar steering. berpeluh2 dah aku ni tapi x berjaya gak. uwaaa.. menyesal aku x suruh org tu tolong klua kan kete aku. tetiba aku tgk kete Wira td patah balik gi kat aku. that guy tanya aku ok ke tak? dia siap tanya "are you crying...?" aku pun dgn tersipu2nya angguk je la. dgn pantasnya aku menjawab " i'm so panic & i don't know what to do". aku pun minta tolong dia klua kan waja aku tuh. jenuh gak la dia bolak balik berusaha. setelah lebih kurang 5 kali dia undur / maju maka berjaya gak la akhirnya. perhhh... selamat aku. selepas mengucapkan terima kasih aku pun blah. my gyabo call lg skali & tanya keadaan aku. aku ckp dah setel & soh dia call kwn dia tu ckp x yah susah2 dtg. huh! sejam gak la aku spent masa kat situ. sampai umah dah 7.30pm. sebelum tu singgah jap kat station Petronas. tgk2 Bumble Bee Transformers tu dah abis. sian kat Irfan. x dpt la dia mende alah tu. takpe la. hopefully esok lusa ada la kot.
Saturday, June 27, 2009
Friday, June 26, 2009
tazkirah jumaat
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk AkhiratMu"
Subhanallah...
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilahailla Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketikamenunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
Wednesday, June 24, 2009
rahsia kelahiran
please take note that the followings are just for fun. don't take it seriously.
Rahsia Kelahiran
Rahsia Kelahiran
Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1. Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2. Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3. Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4. Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5. Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6. Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7. Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8. Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah... Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9. Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Tuesday, June 23, 2009
Bertamu Di Kalbu
sume org tau yg Jac punya suara amat hebat memukau. mmg sgt power & wat org 'meremang' bila dia jerit. kdg2 bole sakit tinge arrr.. tapi utk lagu ni mmg sgt menusuk ke kalbu. no wonder dia bole jd juara utk radio KLFM. dkt radio ERA lagu ni baru nak masuk carta. baru dgr skali je aku dah jatuh cinta pd lagu ni. liriknya pun sgt 'touching'.
Bertamu Di Kalbu - Jaclyn Victor
Kugenggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan kuhembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Kulayarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan kurentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
Monday, June 22, 2009
award dr Sarnia
Award ni kuterima dr Sarnia Yahya aka Sania Yasmin. thanks a lot Sarnia.
Mengikut apa yang disarankan kita perlu ambil langkah-langkah berikut untuk melaksanakan penerimaan anugerah ini:
1. Poskan gambar anugerah di blog - done
2. Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blog pemberi anugerah :-
3. Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat:-
i. Adhan
ii. Wan
iii. Syud
iv. Nazurah Aishah
v. Cwazywabbit
4. kunjungi blognya dan beritahu dia ada anugerah untuknya - ok
5. Lakukan perkara yang sama (bagi penerima anugerah)
Friday, June 19, 2009
la la la... karaoke la lagiiii
sori la ek..... pakai camera phone x bape clear la gambo nyer. (ni yg Mona marah sgt.. hahaha.. nyanyi x tara mana pun. eksen je lebih)
dah lama x berkaraoke bersama officemate. tetiba je derang ajak gi karaoke lunch time td. aku pun takde plan nak kemana. maka melalak la kitorang ari ni. sebelum ke situ kitorang tapau mcD dulu. sementara nak tunggu karaoke centre tu open adalah lebih baik kitorang mengisi perut. untuk menghangatkan suasana aku memilih lagu Goyang Inul as my 1st song. wah..wah..wah.. ni kalo aku pakai boot mcm yg Inul pakai tu sure patah tapak tumit boot tu. gelek gerudi sume cukup. semput nafas akakkkkk... (sebut gaya kak Ogy) hahaha... kalo Inul tgk sure dia mkn ati punya la. x leh dia nak cari mkn dah kat KL nih. muakakaka... lps tu utk menenangkan diri aku memilih lagu jiwang karat la plak such as Saat hilang cintamu - Siti Sarah, Haruskah aku mati - Ada Band, Unbreak my heart - Toni Braxton, Hurt - Christina Aguilera & Mungkin - lagu penyanyi pujaanku Anuar Zain. lagu penutupnya aku pilih semula lagu yg memanaskan badan iaitu lagu kumpulan Gigi bertajuk Nakal. huh! mmg panas, panas, panas... betul la. teringat masa Aril nyanyi sewaktu dlm concert AF7. very energetic la dia. actually Arman Maulana nyanyi lg la hebat. mula2 tu kitorang book utk sejam je. tapi sbb kan kegilaan menyanyi x surut2 maka kitorang add another 1/2 an hour. lg pun sian kat Hilmy yg dtg lambat. almaklumlah diakan nak kena lipat tikar sembahyang dulu. hehehe.. walaupun...
Thursday, June 18, 2009
A village in Holland.. with no roads at all!!!
Tuesday, June 16, 2009
Monday, June 15, 2009
tag dr Sarnia
dah lama x layan keje tag-mengetag nih. ari tu wat tag pasal purse/wallet. ni dah pasal handbag plak. skang ni tgh 'in trend' bwk handbag gedabak. so, segala mcm mak nenek nak diisi kat dlm handbag tu. tapi mmg berbaloi sbb 'mcm2 adaaaa'. hehehe..
sebagai meneruskan tradisi haruslah aku forwardkan tag ni kepada mangsa2 yg berikut:-
1. Amie (biarlah tiada rahsia lg ye.. ahaks)
2. Syud (yg suka bwk beg gedabak gak... hehehe)
3. Wan (Wan slalu bwk bag apa ek?)
4. Wabbit (jarang tgk Wabbit bwk handbag. slalu tu bwk backpack je)
5. Mona (yg suka tukar2 beg mcm aku)
Thursday, June 11, 2009
nanananana Ganu kiter..
sempena cuti sekolah ni our family bercuti ke Trengganu Darul Iman. actually kakak aku wat kenduri menyambut menantu last weekend. pg2 sabtu tu kitorang dah berangkat ke Kemaman. my 2nd sister mmg dah bertahun menetap di situ. anak dia si Rafiq pun dpt jodoh org sana gak. maka kitorang adik-beradik pun berkonvoi la ke Ganu. kitorang bermalam di kawasan pantai Mak Nik. kitorang stay kat banglo Bank Rakyat. hmmm.. apa lagiii.. abang aku kan keje kat situ. gunakanlah kemudahan yg ada. dr situ ke quarters polis Kemaman cuma dlm 10-15 minit je. kitorang stay kat situ selama 3 hari & 2 mlm.
hari isnin my family meneruskan percutian ke Pulau Kapas. we spent 3 days & 2 nights plak kat situ. aku ni kira membayar hutang pd anak2ku la. this year dah 3 kali aku tinggalkan derang masa aku JJCM ke Brunei, Jakarta & Bandung. so, derang tuntut la janji dr aku utk JJCM waktu cuti sekolah. setakat ni kat Trengganu aku cuma pernah gi Pulau Perhentian je. ini kira 1st time la aku menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. lps ni ingat nak jelajah Pulau Redang & Pulau Tenggol la plak. derang bukan main suka la sbb dpt gi snorkeling. jernih sungguh airnya. bole tgk ikan kerumun kita. soooo nice. masa kat Pulau Perhentian dulu pun ada gak gi snorkeling. tapi x bape happening sbb aku x turun kat dlm laut. aku masih takut2 lg masa tu. dok bersantai kat dlm bot je. kali ni setelah di 'train' oleh my gyabo baru la aku berani nak snorkeling ke dasar lautan. takut beb.. aku kan x reti berenang. hahaha.. melekat dgn my gyabo je la keje aku. ada ke masuk dlm air nak bernafas kot hidung. giler ke apa? lemas la aku. jenuh my gyabo nak ajor aku soh bernafas ikut mulut dgn menggunakan google. at last terer gak la. sampai x nak balik & giler nak snorkeling je. ahaks..
on the way back tu kitorang singgah kat taman rekreasi & mini zoo at Kemaman. bukannya ada apa sgt pun. dia baru nak develop tpt tu. ada la bape spesies binatang je kat situ. dah Irfan nak gi sgt2 maka singgah la kejap kat situ.
Wednesday, June 3, 2009
Monday, June 1, 2009
mari mengecat rumah
Irfan dah 'pengsan'. ish..ish.. mcm la dia sorang je yg penat.
my maid tgh berhempas-pulas menajamkan skill mengecat. hehehe..
my gyabo tgh mengecat dinding ruang tamu.
lps gi READ Malaysia ari tu kononnya aku akan menyusul my gyabo ke apartment aku kat Medan Idaman. org yg sewa umah kitorang tu dah bising soh cat umah tu. nak upah org cat punya la mahal. nak tak nak kena la wat sendiri. tapi dah ralit kat Mines tu sampai ke petang sudahnya my gyabo la kejekan mengecat umah tu sensorang. memekak la dia. so, smlm the whole family kena turun padang. hahaha... bila wat keje ramai2 mudahlah jadinya. keje pun cpt siap. bukankah ada pepatah mengatakan 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'. actually, bila kita wat sendiri keje2 cenggini baru la tau penat lelah org keje contract tu. bila dah penat tu mula la nak hangin seluruh badan. huh! bukan senang nak main dgn cat nih. kalo tak menepati tahap piawaian my gyabo kena la 'touch up' berulang kali. the tenant tu bukannya nak menolong. tau nak mengarah je. eh! sape yg tuan umah sebenarnya nih? demand mcm2. dok kat apartment je tapi request nak mcm2. aku dulu bukan tak pernah dok menyewa. tapi takde la sgt demanding pd owner. ni sket2 je call/sms soh dtg umah. dia ingat dkt ke dr Salak Tinggi nak ke Medan Idaman tu. sket punya hal pun nak kecoh. masa aku kat Indon pun sibuk je soh dtg. hish!!! tensen aku. dah la sakit ati & sedey tgk umah kena conteng. uwaaa... penat wooo.. bape kali dah bertukar tenant. tiap kali tukar je nak kena cat baru. dah bape warna dah bertukar kat ruang tamu tu. kalo tenant yg beranak-pinak mmg x sah kalo dinding tu x berconteng. musti ada 'art gallery' punya. time aku menyewa dulu kalo ada apa2 yg rosak aku cuba repair sendiri. x yah nak menyusahkan owner utk dtg. nyesal plak aku bg sewa kat 'outsider'. tu x kira dgn masalah komunikasi lg. mcm itik dgn ayam je bila aku nak berkomunikasi dgn org Somalia ni. yg derang tau cuma assalamualaikum & insya-Allah je. kalo ckp omputeh derang cuma tau sebut 'no problem & how are you?' je. yg lain cuma angguk2 & geleng2 je la. aku kesian sbb pikir sesama muslim. plak tu ada yg study kat UIA. so, takde la jauh utk derang berulang ke campus.
Subscribe to:
Posts (Atom)