Monday, July 28, 2008

Avillion Admiral Cove

xtvt mkn..
say cheese....

kat kolam ikan dlm sangkar

hehehe... hero yg dah pengsan

gegegege... sejuk nyer...

xtvt island hopping

kat Admiral Marina Cove

dpn hotel

yay! main dgn patung sea lion pun jadi la...

best nyer kalo dpt naik yg ni..

dlm bilik kat Avillion Admiral Cove


Masa mula2 'lelaki itu' kata nak gi training kat Avillion aku dah over excited. apa taknya. it's a dream come through for me. dah lama berangan nak kesitu. ni sume sbb dah terpengaruh dgn drama bersiri 'Sedetik Cinta' lakonan Nasha Aziz, Rosham Nor, Umie Aida & Jalaluddin Hassan pd tahun 2002 dulu. Aku sgt suka tgk citer tu sbb lakonan derang sume tu sgt superb & citer tu pun sgt la romantik. kena plak dgn lagu temanya adalah lagu 'Seandainya masih ada cinta' by Dayang Norfaizah yg sgt hot pd waktu tu. waaaa... so romantik bila tgk Nasha & Rosham lepak kat balcony water chalet tu tgk sunset. Keterujaan ku mmg sampai ke tahap maksima sampai nak pakai baju & topi yg Nasha pakai bila gi ke mana2 pantai. huh! over tau... Tapi bila dah saat nak ke situ baru tau rupa2nya tpt yg kitorang nak gi ni adalah Avillion Admiral Cove bukannya Avillion yg mcm dlm citer 'Sedetik Cinta' tu. Avillion Admiral Cove tu kira under Avillion gak la. emmm... tak kira la. janji dpt tumpang semangkok bercuti kat situ. lokasi 2 hotel tersebut pun tak la jauh sgt. cumanya kat Avillion Admiral Cove tu takde water chalet. Hotel ni pun kira baru buka lg. TV kat dlm bilik pun jenis LCD yg lekat kat dinding. mmg latest design punya la.

Hari jumaat masa mula2 sampai takde wat xtvt apa2 pun. lps dinner terus lepak kat bilik je. 'lelaki itu' plak terus gi training. nak tgk CD pun si Yasmin demam. x syok nak tgk sorang2. si Irfan plak biasa la. sibuk dgn PS2 dia. keesokkannya lps bekpes teman Irfan mandi kat swimming pool. sambil2 tu aku snap a few pics kat marina tu. best nyer kalo dpt naik cruise yg besar tu. teringat kat citer 'titanic - u jump, i jump' hehehe... berangan je la keje aku. tengahari lps lunch bwk Yasmin gi clinic sbb demam dia x kebah2 pun. lps Yasmin mkn ubat dia pun tidur dgn lena. bila tgk dia dah berpeluh rasa lega la sket. risau gak sbb sebelah ptg nanti nak gi naik boat utk sesi island hopping. sebelum ni x pernah lg wat xtvt island hopping kat PD. kat P. Langkawi & P. Perhentian di T'ganu pernah la dulu. bila tgk Yasmin dah ok maka kitorang pun gerak la ikut opismate 'lelaki itu' utk sesi island hopping. emm.. mahal gak naik boat tu. Co. 'lelaki itu' spend for about rm4,000.00 utk sewa 2 boat tu. rugi la kalo x join. walaupun agak cuak takut ada yg mabuk laut. alhamdulillah sume nyer berjalan dgn lancar. ada gak la rasa panik sbb masa boat tu kena pukul ombak ada bunyi 'kriak-kriuk'. ingatkan boat tu dah nak pecah ke apa sbb ombak agak kuat. rupa2nya seat depan tu pecah sbb byk kali terhentak bila kena pukul ombak. huh! wat suspen je. menakutkan. Hati rasa terhibur tgk ada pelbagai xtvt kat tgh laut tu. ada xtvt windsurfing, canoeing & juga banana boat. yg kelakarnya tgk org naik banana boat la. sampai terbalik derang tu. eeee.. kalo jd kat aku sure panik giler. bila sampai kat 1 tpt yg ada coral tekong boat tu stop utk bg kitorang tgk ikan & bg ikan tu mkn roti. Irfan menggelupur nak turun. maka terpaksa la 'lelaki itu' temankan dia turun. mujur x dlm sgt. puas la hati dia dpt turun berendam kat dlm laut. sampai luka2 kaki terkena coral yg tajam. menurut kata tekong tu dulu takde pun coral kat situ. tapi setelah Tsunami melanda tiba2 ujud plak coral kat PD. lps tu tekong tu terus bwk kitorang sampai ke Kuala Sg. Linggi. tgk ikan yg dipelihara dlm sangkar. yg ada cuma ikan talapia & kerapu. kalo nak beli pun bole sebenarnya. tapi kat hotel bukannya bole masak pun. takde maknanya kalo nak beli. lebih kurang 3 jam kitorang punya sesi island hopping pun tamat. masing2 npk happy je sbb dpt bersiar2 naik boat. rasanya before this mcm tak pernah ada pun xtvt mcm ni. mmg happening giler. lps maghrib kitorang terus gi bbq dinner. ok gak makanan kat hotel ni. better dr dkt Corus ari tu. disebabkan keletihan dgn xtvt island hopping kitorang pun terus tidur lps balik dr dinner. tanya gak kat waitress hotel tu kot2 ada tpt karaoke. mujur takde. hehehehe.. kalo tak nanti ada org yg melalak.

hari Ahad lps bekpes seperti biasa la Irfan mesti nak berendam kat swimming pool. 'lelaki itu' pun teruskan sesi terakhir training. Irfan syok sgt sbb dpt byk kwn bermandi-manda. aku pun apa lg bc novel sambil tgk dia mandi. best gak buku Haiza Najwa bertajuk 'Kumohon Kasih'. citer psl pompuan yg ada 2 suami. emmm... agak berlainan dr citer Alaf21 yg sebelumnya. bila dah puas Irfan mandi kitorang pun berehat2 je kat bilik sementara tunggu waktu lunch. habis lunch kitorang pun terus cabut balik. huh! letih bila pikirkan keje umah yg bertimbun blom beres. nak gosok baju la, naik cuci bilik air la, nak sapu sampah la.

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates