Friday, August 29, 2008

Maafkan segala kesalahan & perbuatanku sekiranya ada...


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Aamiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan: yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Sekali lagi kumenyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan kalian dan atas segala kesilapan yang telah berlaku
di sepanjang perkenalan kita selama ini.

Monday, August 18, 2008

citer ari jumaat-ahad

Kieran, Adi & Nana ERA

group Sehati Berbowling yg kecundang. uwaaaaa....



kenduri Shidee

lazatnya bbq..


Cadangnya lps maghrib ari jumaat 15/08/08 ari tu nak gi praktis bowling kat Nilai Springs. sampai je kat situ tgk2 bowling section under renovation. aduh! hampa betul rasanya sbb tak dpt nak praktis utk kali terakhir. takpe la Plan A tak jd kitorang terus proceed ke Plan B. Plan B nyer adalah utk tgk siri Jelajah ERA bersama Perodua VIVA dkt Giant Nilai. selain dr promosi kete VIVA ada gak konsert by radio ERA & bersama artis jemputan spt Mila, 6ixth Sense, Elyana, kump. Meet Uncle Husin & kump. Kristal. org mmg x leh ckp la. punya la ramai sampai nak parking kat dlm pun siksa. kitorang terpaksa parking kat dpn hotel Allson Klana opposite Giant hypermarket tu. masa awal2 tu x dpt nak ke depan sbb malas nak rebut2 dgn org ramai. amik gambo Mila pun dr jauh je. tapi makin lama org pun makin berkurangan. so, dpt la ke dpn sket. tapi berpeluh2 gak la nak menunggu sampai kump. Kristal punya turn. Irfan dah bape kali ajak balik. dia senyap kejap je masa turn Aznil klua & wat acara dgn kanak2. mmg happening giler. mcm tgk tom-tom-bak kat dlm tv. hahaha... artis2 lain pun not bad. sume nyer menghiburkan.

keesokkannya pagi2 buta lg kitorang dah berangkat ke Times Square untuk bowling game. ingatkan nak praktis la dulu kejap. tgk2 org dah booking awal2. Gulf Air je lebih dr 30 lane. dia siap main ala liga lagiii.. mak aiii! kol bape nak abis nih? derang cuma bg kitorang praktis utk 5 minit je. apa barang nak praktis 5 minit. mmg la takde luck utk kitorang ari tu. main mcm hampeh. bila time praktis dulu dpt gak la high score. takpe la dpt gak voucher Jusco RM2o utk aku & hubby. budak2 tu pun dpt la tabung sorang 1. Irfan sbb dia masuk group yg terer maka dpt la extra set pencil box. yg menyedihkan aku dpt tpt last utk kategori female. Ammini pun score lebih dr aku. tapi sbb dia pernah 'masuk longkang secara berturutan' maka dia dpt extra hadiah utk cuci toilet. hahaha... mcm tu pun ada hadiah gak. bravo tangachi...

Dlm kol 2pm baru abis game. actually, lps abis game kitorang ada lunch kat Johnny steamboat yg terletak kat Times Square gak. tapi aku x dpt join sbb nak gi kenduri sepupu yg kawinkan anak dia kat Setiawangsa. bergegas aku ke sana sbb nak kejar sebelum kol 3pm. kang org dah tutup dewan aku baru nak sampai apa citer plak. nak tukar baju pun x sempat. aku sarung je jubah kat dlm kete. dgn long sleeve t-shirt & jeans yg x bukak aku tambah lg sehelai jubah. ketat pun ketat la. belasah la labu... time is running out. sampai je kat Setiawangsa dah kol 2.30pm. org dah makin surut. tapi kekandaku masih setia menunggu di situ. Yong & family nyer, Yang & family nyer & Abang Ajak juga dgn family nyer. Cikmat sampai sesudah aku abis mkn. ok la tu. dpt kitorang mkn dgn santainya. makanan byk yg tak habis. maka apa lagiii.. acara tapau-menapau la plak. tapi ada plak incident yg leh wat 'my temperature go upstairs' bak kata Julie Dahlan. Cikmat ni parking kete tak tarik handbrake betul2. dia parking kat kawasan bukit belakang kete aku. apa lagiii.. kete dia melungsur turun & sudah langgar kete aku. mujur x teruk sgt. cuma lampu belakang kat sebelah kanan tu pecah sket & ada sket kemek kat area no. plet kete. risau gak aku kalo 'lelaki itu' naik angin. aku tgk dia cool je maka aku pun relax la. nak marah pun abg sendiri yg wat hal. sabo je la..

Lps abis kenduri aku terus balik umah. amik maid aku & terus gi umah baru Yang kat Tmn Impian Putra. Sebelum acara bbq kitorang bc yasin ramai2. Yong & Cikmat pun tido kat situ gak. meriah betul acara mlm tu. dgn nasi & lauk-pauk kenduri yg berlambak2 ditambah lg bbq ayam, udang, ikan kembung, pari, keli & kerang. mmg sungguh menyelerakan. mana la tak montok2 anak cucu Tokdin nih... lps mkn.. mkn lagiii... ntah kol bape kitorang tido mlm tu. esok pg tu lps Cikmat bertolak balik ke Ipoh maka kitorang pun beransur balik jugak.
you may view the rest of the pics. at http://nacha252.multiply.com/

Wednesday, August 13, 2008

Sehati Berbowling part 2

Zimah & Joey

my score utk 1st game (N tu aku le)

my score utk 2nd game

peace.. peace.. kacang peace.. (me & As)

aza..aza.. fighting.. go-go chaiyokk.. (me & As yg eksen kamen je)

hehehe... gaya sorang pemain yg bukan "PRO" tapi "PROsakkk" hahaha..



After office hour yesterday kitorang beramai2 gi practise bowling kat Times Square. Yg ada cuma group Sehati berbowling, Red Devils & Black Panther je. Tapi cuma group Black Panther je yg cukup ahlinya. yg lain2 tu ada yg x cukup partner. tapi kitorang belasah je la main. ok la tu. kali ni aku berjaya gak melepasi angka 100 jatuhan pin. hahaha... ni agaknya bahana lepas sapu minyak si tangachi tu agaknya. "rumba nalareke tangachi Ammini". jasamu dikenang. nanti ari sabtu nak soh Ammini bwk lg minyak mujarab tuh. cuma last game tu je cuma dpt score takat 80. tu pun sbb aku soh Joey tolong mainkan waktu aku nak gi solat. harap2 Joey x balas dendam kat aku. ngehh..ngehhh. sbb masa turn dia gi solat earlier aku yg tolong mainkan utk dia. Zimah kata aku saja je purposely kasi masuk longkang bila main utk Joey. hahaha.. "takde la.. akak x sengaja la Joey, jgn marah ek..". Seperti biasa utk pompuan Mona la yg paling terer. "x dapek akak nak memotongnya"... hehehe.. yg As plak kurang power mungkin sbb dia x bwk bedak kot. ni takde lain kononnya alasan jari licin la nih... ahaks.. taktik tu sebenarnya. si Fauzan x abis2 soh kitorang balik je. konon2 dia la yg paling terer & dah berangan dia la yg akan menang. we'll wait & see ok... kita tgk la sape yg bakal bwk balik penyapu ari sabtu nanti. (ooppsss.. jgn aku plak yg dpt sudah) utk Fauzan ni aku nak dedicate tagline/motto CIMB "winning is about thinking one step ahead" huh! hayatilah tagline/motto tersebut. padahal masa tgk kat score 1st game derang si Zimah yg mengatasi Fauzan. caner nih? takkan Fauzan takutkan bini? hahaha... apa barang???? Hilmy & Emy biasa la. cool je. mungkin sbb dia bwk family skali kot. nak layan anak2 dia skali. derang main dgn santai aje la. x tau la kol bape derang balik smlm. aku plak lps abis game je terus cabut. emm.. x sabo dah nak tunggu kedatangan ari sabtu nanti. battle of the game la kiranya nih. smlm masa on da way back & lalu kat PICC Putrajaya tgk ada fireworks. weekend ni bole la bwk anak2 gi tgk. weekdays pun aku tgk ada byk kete yg berderet kat tepi jln. kononnya Polis x kasi stop kat highway tu. tapi dgn Polis2 tu skali stop & tgk fireworks tu. apa kes?

Friday, August 8, 2008

merempit ke KLCC

hahaha.. ni bukan nak citer psl mat rempit. tapi psl aku yg membonceng As a.k.a minah rempit. tghari td kitorang merempit ke KLCC. saje je nak tgk sale kat situ. masa aku tgh nak buka helmet tiba2 je As dah terbalik dgn motor dia skali. aduh! panik aku. bdn dia dah la kecik. tu la minah ni. naik motor x hingat... pakai kasut tinggi 14 inci. tumit kasut dia sudah sangkut kat lubang tongkat motor tu. apa lg. aku pun tolong la dia angkat balik motor dia yg dah terbaring tu. tgk2 minyak dah tumpah sket. lps tu dia try start balik motor dia. uwaaa... motor dia x leh start. jenuh dia tekan auto button & try start manually pun x leh. emm... malas nak tunggu lg. As ajak masuk & jln2 je dulu dgn harapan bila balik nanti motor tu akan ok seperti sediakala. dah jenuh kitorang masuk kedai.. klua kedai tapi takde beli apa pun. dr Habib Jewel, Vincci sampai la ke Isetan.. x de benda yg memikat hati pun. sebenarnya masing2 dah susah hati ni. caner nak balik opis nanti kalo motor tu x leh nak start. x kan nak kena tolak motor plak. aduh! cair la make-up akakkk.. perut dah berkeroncong nih. tapi nak mkn pun x lalu rasanya. at last kitorang tapau je spaghetti & lasagne kat food court 2nd floor KLCC tu. mmg dugaan betul. dah puas cuba tapi motor tu x leh start. issshhh.. nak wat caner nih? As kata dia cuma tau bwk motor je. dia x pernah kena plak motor rosak tgh jln. aku ni jgn harap la. motor sebijik pun takde. mmg x dapek la akak nak menolongnya. tiba2 ada sebijik motor yg ditunggang oleh 2 org mamat lalu dkt kitorang. sorang mamat tu tanya apahal? si As dgn lemah gemalainya ckp kat mamat tu psl motor problem. dia siap mintak tolong kat mamat tu. aku ni cuma senyum je la wat muka seposen. tapi mamat 2 org tu senyap je sambil parking motor. malu la plak nak merayu2 kat derang berdua tu. si As x henti2 try start motor. dlm hati aku start counting.... 1,2,3.. mamat 2 org ni nak dtg tolong ke tak? tgk2 derang dtg. lps tu sorang tu mencuba kepakarannya. sambil dia start tgn dia pun ramp sampai menghasilkan bunyi vrooomm..vroomm.. dgn kuatnya. huh! mujur bole start. aku pun sound kat As " tu la ko x ramp mcm dia wat". lps tu As kata "nak kena tenaga lelaki jugak" hahaha... bila dah ok kitorang pun say tq & mamat 2 org tu pun gerak masuk ke dlm KLCC. harap2 jgn la motor ni wat hal tgh jln. takut gak kat traffic light nanti tersangkut lg. alhamdulillah kitorang sempat sampai ke opis by 2.30pm. naik je opis mcm org kebulur terus gi mkn kat pantry. moral of the story "berhati2 lah dijalan raya"...ooopps... ni bukan kes kat jalanraya tapi kat parking area. caner????

Tuesday, August 5, 2008

Jln2 di KL

koleksi buku2 yg blom dibaca sejak dr pesta buku last year

lobby Hotel Grand Central


Hotel Grand Central

Hotel Grand Central, KL


Hotel Grand Central, KL


latar belakang bangunan Sultan Abdul Samad

Dataran Merdeka

Bangunan Sultan Abdul Samad


weekend ari tu ada byk program. dr pg sampai ke tghari aku lepak kat PKNS sempena pesta buku Selangor sementara nak tunggu 'lelaki itu' abis training. hehehe... JS baru buka kedai aku dah jd org pertama yg dtg. apa lg nak grab beli novel Hlovate - Tunas la. byk gak buku yg aku beli kat pesta buku di situ. naik rebeh gak tgn nak membawanya. mujur Yasmin & Irfan ikut. bole gak wat kerahan tenaga. hahaha... bila dah dpt je buku Naqiah Khalida by Diya Nordin aku pun terus chow. beransur nak ke rumah Hilmy my officemate plak di Sri Gombak. dia wat kenduri aqiqah anak dia. sampai2 je org dah buka khemah. mana taknya.. dia wat kenduri dr jam 11am - 3pm. aku sampai dah 3lebih. tapi since Hilmy dah sms soh dtg je sbb makanan byk lg maka kitorang pun singgah je la. emm.. mmg lazat2 makanannya. ada nasi minyak, ayam masak merah, rendang tok, dalca, kambing masak apa ntah, laksa johor, kuih karipap & popiah goreng. yay!.. aku beriya2 gi situ sbb ada laksa johor. laksa johor masakan mak Hilmy mmg sedap giler. kuahnya pun sgt pekat. punya la concentrate mkn sampai lupa nak amik gambo. kitorang lepak kat situ dlm masa sejam je sbb nak berkejar ke Medan Idaman plak. dah janji dgn Mimi nak tempah baju raya. baju raya this year bertemakan purple colour pilihan Yasmin. hmmm.. sampai kat situ dah kol 4.15pm. kelam kabut tumpang solat zohor kat umah Mimi. dah lps sukat baju & solat asar skali aku pun minta diri. singgah jap kat apartment aku di situ. ingatkan nak kutip sewa rumah. tgk2 si Batule & Shafie takde kat umah. jenuh call & ketuk tingkap tapi takde org jawab. emmm.. malas nak tunggu lg jln je la. byk lg benda x setel. sbb dah lewat & teruja dgr citer Mimi psl Festival Gendang Sedunia kat Dataran Merdeka maka kitorang pun stay overnight kat KL. malas nak balik Salak Tinggi sbb ada lg benda x setel. kitorang stay kat budget hotel kat jln Raja Laut yg bernama Hotel Grand Central. ok gak la dgn harga rm132 dpt 1 queen size bed + 1 single bed + breakfast for 3 pax. not bad. ingatkan nak lari jap gi pesta buku kat PWTC plak. tapi x sempat. lps maghrib kitorang gi pasar mlm jlnTAR. mkn laksa kat situ plak sebelum gi Dataran Merdeka utk menyaksikan Festival Gendang Sedunia tu. org punya la ramai kat situ. x leh nak ke depan. maka kitorang pun tgk dr jauh je la. rasanya group yg paling best ialah dr Indonesia. nak amik gambo pun jauh sgt. last2 amik gambo Bangunan Sultan Abdul Samad je. sempat tgk peserta dr Indonesia, Thailand & Singapore je. Irfan plak kecoh nak tido. maka kitorang pun beransur balik ke hotel. esok pg tu lps breakfast kitorang pun siap2 utk check out. 'lelaki itu' sibuk nak cari spare part kete kat Jln Ipoh. byk kedai yg tutup. sampai ke Kepong kitorang carik baru la jumpa. lps tu gi klinik Homeopathy kat Tmn. Ehsan utk amik ubat aku. tgk2 ada ramai patients. kitorang gi la lunch kat Selayang Mall dulu selepas beli brg dapur sket. part yg x tahan tu masa mkn kat Shakey's Pizza aku terjatuh mcm nangka busuk plak kat situ. aku x prasan lantai dia jenis tile yg x sama rata & pakai plak slipper yg licin. apa lg. sendirik mau ingat la. masa tu nak gi amik soup-of-the-day. aduh! malu giler. mujur masa tu org x ramai. ada 1 couple yg prasan aku jatuh. dia org pun terkejut tgk aku. hahaha... aku wat selamba derk je. bangun & terus jln. mula2 aku ketawa gak ngan Yasmin utk cover line. sakitnya jgn kira la. lps tu bole berlakun lg wat2 tanya kat waiter kat situ kat mana tpt salad. padahal aku nak amik soup. lps tu si Yasmin x henti2 ketawakan aku. sampai aku naik tension & ckp kat dia "stop laughing at me ok".. "kalo jd kat kakak mcm mana?" "nanti org gelak kat kakak baru kakak tau". lps tu dia pun senyap. 'lelaki itu' pun x ckp apa. dia takut kot kang ckp byk2 aku naik angin. bila hidangan sampai kitorang pun mkn la. dah setel mkn gi balik kat klinik td. org pun dah kurang sket. lps jumpa doktor & amik ubat maka kitorang pun terus balik. sampai ke ari ni still rasa sengal2 lg.

Friday, August 1, 2008

dinner at Bagan Lalang

hehehe.. org sume dah balik kitorang dok lepak lg.
me, Irfan, Yasmin, Nana, Amy, Ina, Shida & Iwan

Angah dgn posing mautnya... hehehe..

me & Yasmin

Amy & Ina

masing2 tgk mana tu. almaklumlah dah kekenyangan.


dah agak lama x gi mkn kat Bagan Lalang. kebetulan plak kekandaku mendpt 'durian runtuh'. maka mlm td dia dgn bermurah hatinya membelanja kitorang sekeluarga bersama family nyer. thanx a lot Yang. semoga bertambah murah lg rezeki buatmu sekeluarga. on da way nak ke Bagan Lalang aku gi amik Amy kat Pekan Salak. dr Melaka Amy tumpang kwn dia yg dok kat quarters KLIA. disebabkan umahku x jauh dr Bagan Lalang maka aku menawarkan diri utk mengorderkan makanan terlebih dulu. nanti senang la sket bila derang sume sampai bole terus mkn. sebelum klua umah along dah call aku soh order menu2 yg dihajati. along punya pilihan mmg kategori mouth watering. baru tulis order dah meleleh ayaq lioq. hahaha... menu2 nyer adalah seperti berikut:- ketam berempah, sotong + udang goreng tepung, sambal udang, lala masak cili, ikan kembong 3 rasa, ikan kerapu stim, ikan siakap sweet sour, kerang bakar, kangkung goreng belacan, kailan ikan masin & telur bungkus. air plak 3 jug yg terdiri drpd fresh orange, tembikai & air suam. tambah plak lg dgn otak2. perhhh... marvellous & so tempting. lps 1.. 1 menu tiba sampai x muat meja. terpaksa tambah lg 1 meja menjadikan kesemuanya ada 3 meja. tapi derang yg dr Cheras ni x sampai lg. rupa2 nyer derang menunggu Nana sampai dr Sentul. jenuh kitorang mkn aiskrim & otak2 dulu utk melengah2kan masa menunggu ketibaan derang sume. aku, Amy, Irfan, Yasmin & 'lelaki itu' dah x sabo nak mkn dah. bau nyer aje dah menyelerakan. asal kete lalu je kitorang mesti usha. but to no avail. last2 aku call Yang mintak izin kitorang nak mkn dulu. mana leh tahan nak tgk je hidangan tu sume. hehehe... Irfan la yg paling x sabo lg. dia dah grab udang yg paling besar. lebih kurang 15 minit selepas hidangan tu sampai Yang & keluarganya pun tiba. huh! apa lagiii.. serangggg.... nasi mmg kitorang x mkn pun. meratah lauk je la keje nyer. kucing yg berkeliaran kat situ pun turut kenyang bila Irfan bg tulang2 ikan tu kat dia. hampir kol 11pm baru kitorang balik. emm.. puas hati. licin sume makanan walaupun ada 2-3 menu yg x satisfied. rasa mcm kureng sket drpd dulu. ok la tu. Yang budget dlm rm500. actual bill rm420 je utk 13 org mkn. yg kelakarnya masa derang tu singgah umah aku utk amik buffet tray & Along nak pulangkan tas anti maling aku yg dia pinjam bwk ke Singapore ari tu si Amy bole tertinggal handbag. ko ni mmg kategori 'careless whisper' la Amy. dah syok2 amik novel aku dia lupa terus kat handbag dia. hahaha.. mujur si Nana perasan & aku cpt2 call Along soh dia patah balik. kalo x caner Amy nak gerak. sume brg pun ada dlm tu. ni ada sket gambo smlm. tapi x bape clear sbb pakai camera phone. dah la mlm. gelap la jd nyer. kalo bwk camera sure leh tgk aksi2 yg memberangsangkan. hehehe... credit to Nana & Angah yg sudi amik gambo guna korang punya cameraphone. ahaks.. nak harapkan Acu korang ni mmg hampeh. semedang je hp x cukup memory. Along punya yg paling canggih plak battery low.
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates