Monday, August 18, 2008

citer ari jumaat-ahad

Kieran, Adi & Nana ERA

group Sehati Berbowling yg kecundang. uwaaaaa....



kenduri Shidee

lazatnya bbq..


Cadangnya lps maghrib ari jumaat 15/08/08 ari tu nak gi praktis bowling kat Nilai Springs. sampai je kat situ tgk2 bowling section under renovation. aduh! hampa betul rasanya sbb tak dpt nak praktis utk kali terakhir. takpe la Plan A tak jd kitorang terus proceed ke Plan B. Plan B nyer adalah utk tgk siri Jelajah ERA bersama Perodua VIVA dkt Giant Nilai. selain dr promosi kete VIVA ada gak konsert by radio ERA & bersama artis jemputan spt Mila, 6ixth Sense, Elyana, kump. Meet Uncle Husin & kump. Kristal. org mmg x leh ckp la. punya la ramai sampai nak parking kat dlm pun siksa. kitorang terpaksa parking kat dpn hotel Allson Klana opposite Giant hypermarket tu. masa awal2 tu x dpt nak ke depan sbb malas nak rebut2 dgn org ramai. amik gambo Mila pun dr jauh je. tapi makin lama org pun makin berkurangan. so, dpt la ke dpn sket. tapi berpeluh2 gak la nak menunggu sampai kump. Kristal punya turn. Irfan dah bape kali ajak balik. dia senyap kejap je masa turn Aznil klua & wat acara dgn kanak2. mmg happening giler. mcm tgk tom-tom-bak kat dlm tv. hahaha... artis2 lain pun not bad. sume nyer menghiburkan.

keesokkannya pagi2 buta lg kitorang dah berangkat ke Times Square untuk bowling game. ingatkan nak praktis la dulu kejap. tgk2 org dah booking awal2. Gulf Air je lebih dr 30 lane. dia siap main ala liga lagiii.. mak aiii! kol bape nak abis nih? derang cuma bg kitorang praktis utk 5 minit je. apa barang nak praktis 5 minit. mmg la takde luck utk kitorang ari tu. main mcm hampeh. bila time praktis dulu dpt gak la high score. takpe la dpt gak voucher Jusco RM2o utk aku & hubby. budak2 tu pun dpt la tabung sorang 1. Irfan sbb dia masuk group yg terer maka dpt la extra set pencil box. yg menyedihkan aku dpt tpt last utk kategori female. Ammini pun score lebih dr aku. tapi sbb dia pernah 'masuk longkang secara berturutan' maka dia dpt extra hadiah utk cuci toilet. hahaha... mcm tu pun ada hadiah gak. bravo tangachi...

Dlm kol 2pm baru abis game. actually, lps abis game kitorang ada lunch kat Johnny steamboat yg terletak kat Times Square gak. tapi aku x dpt join sbb nak gi kenduri sepupu yg kawinkan anak dia kat Setiawangsa. bergegas aku ke sana sbb nak kejar sebelum kol 3pm. kang org dah tutup dewan aku baru nak sampai apa citer plak. nak tukar baju pun x sempat. aku sarung je jubah kat dlm kete. dgn long sleeve t-shirt & jeans yg x bukak aku tambah lg sehelai jubah. ketat pun ketat la. belasah la labu... time is running out. sampai je kat Setiawangsa dah kol 2.30pm. org dah makin surut. tapi kekandaku masih setia menunggu di situ. Yong & family nyer, Yang & family nyer & Abang Ajak juga dgn family nyer. Cikmat sampai sesudah aku abis mkn. ok la tu. dpt kitorang mkn dgn santainya. makanan byk yg tak habis. maka apa lagiii.. acara tapau-menapau la plak. tapi ada plak incident yg leh wat 'my temperature go upstairs' bak kata Julie Dahlan. Cikmat ni parking kete tak tarik handbrake betul2. dia parking kat kawasan bukit belakang kete aku. apa lagiii.. kete dia melungsur turun & sudah langgar kete aku. mujur x teruk sgt. cuma lampu belakang kat sebelah kanan tu pecah sket & ada sket kemek kat area no. plet kete. risau gak aku kalo 'lelaki itu' naik angin. aku tgk dia cool je maka aku pun relax la. nak marah pun abg sendiri yg wat hal. sabo je la..

Lps abis kenduri aku terus balik umah. amik maid aku & terus gi umah baru Yang kat Tmn Impian Putra. Sebelum acara bbq kitorang bc yasin ramai2. Yong & Cikmat pun tido kat situ gak. meriah betul acara mlm tu. dgn nasi & lauk-pauk kenduri yg berlambak2 ditambah lg bbq ayam, udang, ikan kembung, pari, keli & kerang. mmg sungguh menyelerakan. mana la tak montok2 anak cucu Tokdin nih... lps mkn.. mkn lagiii... ntah kol bape kitorang tido mlm tu. esok pg tu lps Cikmat bertolak balik ke Ipoh maka kitorang pun beransur balik jugak.
you may view the rest of the pics. at http://nacha252.multiply.com/

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates