Wednesday, October 29, 2008

tagged by Hanifazuha

tadi masa tgh blog hopping ternampak nama aku yg kena tagged kat blog http://hanifazuha.blogspot.com .... so, ini la jawapannya Zue:-

since dah citer pasal zaman skola, aku pun ltk gambo dolu2. salah sorang kat atas tu adalah pembaca berita Buletin Utama TV3. hehehe.. tgk gambo tu je dah tau apa xtvt kesukaan aku. bab menari tarian klasik india tu yg paling x tahan. sampai abis patah gelang tangachi tu aku keje kan. cuba la carik mana 1 aku... jeng.. jeng..


3 Tabiat buruk time sekolah

- suka naik beskal bersaing dgn kengkawan masa gi skola. pernah dulu handle beskal tersangkut kat handle kwn lps tu jatuh sama2. yg teruknya aku la. sampai berlubang kain skola & lutut pun luka teruk.

- kuat bersembang dlm kelas walaupun cikgu tgh mengajar. sampai cikgu soh berdiri kat depan & wat story telling kat depan kelas. hahaha... sibuk je nak jd 'tok dalang'

- slalu tipu mak&abah ckp nak gi library utk study. tapi sebenarnya nak 'merendek'.. org gi blaja tapi kita gi berdating.


3 Favourite subject anda.. kenapa?

- Sastera : sbb sgt santai & suka wat ulasan ttg citer2 yg aku pernah baca. paling suka dulu 'hikayat malim deman' la.

- Lukisan : sbb ni pun subjek yg sgt santai & aku bole luahkan apa yg aku rasa melalui melukis

- Pendidikan Jasmani : sbb aku sgt2 suka xtvt riadah. nak2 bila part ari ujan & x bole main kat padang. lps tu kitorang belajar tarian2 klasik. best woooo...


3 Subject anda tak suka.. kenapa?

- Maths : bcoz i hate numbers. aku cukup x suka bab2 kena perah otak ni.

- Science : sbb x suka nak hafal2 & ingat segala formula2

- Geography : sbb x kena dgn jiwa


Menarik pada kamu...?

bila cikgu kata "class, hari ini tak payah belajar.. awak semua boleh buat aktiviti bebas".. hoorayyy


Kamu paling suka..?

kalo impian menjadi kenyataan


Anda tidak boleh hidup tanpa..?

keluarga, adik-beradik, saudara-mara, kengkawan, tv, radio, handphone. etc.. (issh.. byk nih)


Setiap malam sebelum tidur siapa yang anda hubungi..)

tiada sesiapa kecuali yang Khaliq..


yay!.. itu la jawapan saya utk tagged dr Zue. rasanya ramai kengkawan yg dah jwb tagged ni. jd sape yg sudi & blom pernah kena tu bole la jwb ya.

Tuesday, October 28, 2008

hari2 terakhir open house

kat umah Fiza

Irfan dgn kucing Fiza yg gebu

kat umah Awie.

ni pun kat umah Awie.


last weekend aku memenuhi jemputan open house di umah jiran, officemate, coursemate cum roommate cum classmate masa kat ITM Manjung & juga kwn en. hubby. lps solat zohor ari sabtu lepas aku memulakan kunjungan di umah Awie my officemate di Bukit Mahkota. dah umah Awie yg terdekat maka aku tuju ke situ dulu. juadah kat umah Awie ada sket kelainan. byk open house yg aku pergi mostly ada nasi beriyani, laksa, mihun goreng, lemang, nasi impit & rendang. tapi kat umah Awie selain dr lemang & nasi impit dia wat nasi lemak kukus dgn sambal kerang. setakat ni tak pernah lagi la aku mkn nasi lemak masa open house. sambal kerang dia pun sgt sedap. rupa2nya jauh gak dia import nasi lemak & karipap tu. dia soh makcik dia kat Seremban yg masak. tapi karipap tu dia goreng kat umah dia sendiri sbb dia nak hidang panas2. karipap is my fav. too & inti karipap tu sgt memenuhi selera. adegan yg paling wat aku menyirap adalah bila Irfan dgn x sengajanya telah menumpahkan nasi lemak tu kat atas tikar. hish! spoil betul. bikin malu je. "manyak soli la Awie". my boy tu mmg lepas laku sket. lebih kurang sejam kat umah Awie aku pun beransur gerak ke umah Fiza. Fiza is one of my bestie masa kat ITM. actually ari sabtu tu ada 3 open house. tapi x larat nak gi sampai 3 umah. "so sorry Ana... x dpt cheq nak beraya kat umah hang.. takpa la na.. tiap2 tahun sebelum ni aku selalu beraya kat umah hang". rasa mcm Rawang tu jauh sgt la plak kalo nak bertolak dr umah Fiza di Bukit Subang & lps tu nak patah balik kat umah aku di Salak Tinggi. sampai kat umah Fiza pun dah dkt kol 4.00pm. si Irfan sampai2 je terus gi backyard tgk kucing parsi Fiza yg sgt gebu. emmm.. idup lagi kucing Fiza tu. dr Fiza blom gi Qatar & sampai dah balik sini tetap maintain kucing tu. kat umah Fiza aku mkn nasi beriyani & laksa. actually ada lontong gak. tapi aku x bape minat & perut pun dah x leh masuk lg. maka takde la aku merasa lontong tu. lebih kurang kol 5.00pm aku pun minta diri utk pulang. en. hubby sibuk nak singgah kat opis dia kejap. after about 1/2 house kat situ baru la bergerak pulang ke rumah.

lps zohor ari ahad tu kitorang pun menuju ke umah kengkawan en. hubby di Cheras. Irfan x nak ikut sbb dia nak gi b'day umah Iyadh Uqail iaitu jiran kat umah. jenuh pujuk dia soh ikut kitorang tapi dia dah janji dgn kengkawan dia nak gi sama2. so, cuma aku, Yasmin & en. hubby je yg ke Cheras. kebetulan my maid pun x nak ikut. jd dia pun teman Irfan kat umah sementara nak tunggu party Iyadh Uqail bermula pd kol 3.00pm. sebelum aku ke open house di Cheras tu aku singgah ke umah kaksu utk amik novel terbaru kaksu 'Panggil Aku Dahlia'. hehehe.. penuh kontroversi sungguh novel tu. caner la novel yg dah tertulis nama 'Nacha' bole terlepas ke Jitra. ahaks.. takpe la at last dpt gak tgn aku. tapi pd mulanya heran gak aku apsal la aku x dpt2 lagi novel tu. rupa2nya ada silap teknik. mesej utk Pink "jgn la susah2 ati lg na... anggap je la novel tu Pink yg punya". berbalik pd citer open house tu dlm kol 3.00pm kitorang pun sampai la ke umah Yan di Cheras Jaya. Yan is my hubby punya kwn masa kat ITM dulu. aku pun kenal gak la. sebelum dia dok kat Cheras Jaya tu dulu dia pernah dok kat Selayang. kiranya ni 1st time aku beraya kat umah baru dia. Yan jamu kitorang laksa, spaghetti, lemang, nasi impit, rendang ayam & kuah kacang. oppsss.. Yan ni ialah lelaki ye. jgn confuse plak. isteri dia si Nora adalah org Sg. Siput, Perak. apa yg aku noticed adalah org Sg. Siput ni kalo wat laksa suka ltk fish cake kat dlm tu. dulu masa kekanda ku Yong dok kat situ suka wat laksa cam tu. mula2 aku rasa pelik gak tgk kuah laksa dia ada fish cake. tapi rasa kuah dia sama je sebenarnya. dah kenyang mkn kitorang pun gerak plak ke destinasinya seterusnya. takde la jauh sgt dr Cheras Jaya nak ke umah Sa'ari di Bandar Tun Hussein Onn. Sa'ari adalah classmate hubby masa kat UKM. sejak 4 tahun Sa'ari dok situ ni la baru 1st time aku nak jejak & beraya kat umah dia. rupa2nya dia dah ada 4 org anak pun. ye la.. nak wat caner.. kalo org x panggil open house mmg kitorang pun x rajin nak berziarah. dulu2 bila balik beraya di Kedah selalu la kitorang beraya kat umah tok Sa'ari di Perlis. sejak Ummi selalu beraya di Mekah kitorang pun dah takde beraya di umah sedara-mara kat Perlis tu lg. emmm.. juadah kat umah Sa'ari penuh gak 1 meja. ada mihun goreng, pasta fusili, sate ayam & daging, rendang ayam & daging, lemang & kuih tepung talam serta puding cendol. kitorang merasa serba sedikit je la sbb nak berkejar open house cum b'day Iyadh Uqail plak. so, tepat kol 5.00pm kitorang pun perderaih balik ke Salak Tinggi. sampai kat umah lebih kurang kol 5.40pm. tgk kat umah Iyadh Uqail org ramai betul. si Irfan pun x balik2 lg. seronok dia main dgn kengkawan dia. selain dr jiran tetangga ramai kengkawan mama Iyadh. mama dia adalah cikgu di sekolah Sri Sepang. si Yasmin termalu2 tgk ramai cikgu dia kat situ. bertuah punya anak. dia bukan nak tegur cikgu dia. cikgu dia yg dtg bersalam dgn dia. aish! bikin malu betul. padahal bila aku nak rushing gi keje kdg2 aku tumpangkan Yasmin naik kete mama Iyadh. kat situ pun meriah gak makanannya. ada laksa, macaroni goreng, kueytiaw goreng, roti jala & kari ayam, kuih muih & rojak buah. rasa mcm tak leh masuk lagi perut ni. pd mulanya hubby aku ajak gi sebelah mlm. tapi dkt invitation card dia ltk waktu jamuan adalah dr 3-7pm, maka singgah je la ptg tu. aku cuma rasa roti jala & kari ayam je. dah jumpa jiran tetangga bersembang je la kejenya. bukan selalu jumpa pun sbb masing2 bz dgn keje. dah puas gi open house maka semalam aku dok relax kat umah je. lg pun semalam hubby kena gi keje.

Friday, October 24, 2008

Happy Deepavali to Ammini


This n3 is specially dedicated to my office-mate tangachi Ammini Visvanathan. (pesanan penaja kalo tgh mkn maruku ingat2 kat I ya. lps tu jgn lupa bwk dtg opis bila masuk keje nanti.. amaa.. rumba nandri)

Wednesday, October 22, 2008

award dr Tina di bumi Moscow

emmm.. i like. mekasih Tina utk award kat bawah ni. so sweet of you. bila dah balik M'sia kalo Tina wat resepi ni jgn lupa bg Acu rasa ek...


dgn bangga & gumbira aku nak forward plak award ni kat korang yg lain2:
1. Mona
2. Intan Soraya
3. Syud
4. Wabbit
5. Wan
6. Lia
7. Amie
8. Iejay

barbie dolls Yasmin

thorn among the roses. hehehe.. ada prince charming yg tersesat kat situ.

tgk barbie dolls kat tepi tu. suka2 je derang biar dolls tu x berbaju.

baju2 barbie dolls. ada yg elok & ada yg koyak-rabak.

ni yg dah siap di susun & kemas elok2.


last weekend dlm sibuk2 gi open house aku sempat kemas umah. bukan kemas apa pun. sakit mata tgk barbie dolls Yasmin yg bersepah2 tu. actually bukannya Yasmin yg main. anak2 jiran sebelah yg suka bertandang & main barbie dolls tu. aku x kisah kalo dia nak main2 kat umah aku. bila part dia bg sepah pun aku bole sabar lagi. tapi bila dia pinjam bwk balik umah dia barbie dolls tu sume la yg wat aku hangin seluruh badan. kalo dia pinjam & jaga elok2 tu aku mmg x kisah. tapi bila dia dah start conteng barbie dolls tu yg wat aku geram sgt2. grrrr... dia siap tulis nama dia dgn pen kat kaki barbie dolls tu. lps tu sikat rambut dolls tu sampai jd kusut. huh! bukannya sket duit yg aku abiskan utk belanja beli benda alah tu. ye la kan. anak pompuan sorang je. apa dia nak sume aku belikan. dolu2 tiap kali gi Jusco si Yasmin mesti nak beli anak2 patung tu. dgn bedroom set, bathroom set, living & dining set & kitchen set sekali aku belikan utk Yasmin. x dpt dinafikan lagi mmg aku sendiri pun suka main benda2 tu dgn Yasmin. hahaha... ala2 konsep mesra ibu & anak la ni. so, bila org lain dgn senang2 hati nak musnahkannya tu yg wat aku sakit hati. yg aku heran tu katanya tiap2 tahun dpt duit raya sorang rm500. anak2 dara dia ada 3 org. cuba bayangkan bape byk dia dpt. tapi takkan x bole beli 1 barbie doll pun. kalo x nak beli yg mahal & original tu beli je la yg murah2 bg anak tu main. janji anak2 happy. dgr citer monthly income dia sgt masyukkk.. sampai cecah 5 angka. x kan tu pun x mampu nak beli. hishh! x paham betul aku. tu x masuk lagi novel2 aku yg dia pinjam. aduh!!!!

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan raya di opis

ni hasil kerastangan Safiah & Mira

sesi tapau-menapau

cappucino cheese cake sponsored by kakDiana


emmm... yummy..yummy


antara menu2 nyer. hehehe.. dadih aku tersembunyi di sebalik 'money plant'



lunch time smlm kat opisku ini wat jamuan hari raya. emm.. mcm2 ada. ada yg cater from outside & ada yg pot luck by staff. main menu yg kitorang order dr luar adalah sate, nasi beriyani & laksa johor. hehehe.. taste bos aku dgn aku mmg sama. risau gak aku kalo makanan yg di order x menepati selera dia sbb kuah laksa johor tu rasanya agak manis sket. tapi setakat ni dia senyap je. siap tapau bwk balik lagi. tapi mmg pun. makanan sume berlebihan. ramai org yg x dtg. aku rasa menu pot luck yg paling best adalah ayam masak palembang by Mona. "jgn lupa bg kat aku resepi tu ye Mona" emm.. i like... hehehe... aku sendirik cuma bwk dadih coklat selain dr kuih raya. ahaks.. dah tu je yg paling senang. As plak bwk kek coklat. Tangachi Ammini a.k.a. Nurul Ammini spt biasa import pau Tg. Malim yg so tempting. Safiah dgn rendang dagingnya. while Ezan plak dgn rendang ayamnya. lemangnya plak aku soh Awie beli dr bapak dia. nasi impit aku soh Yati yg rebus. kak Nik plak bwk daging kerutup. kakAni bwk agar2 prunes. as usual En. Nazli bwk apple crumble. tapi sosnya plak x ada. anyway sedap gak la. Razita bwk puding caramel & sambal sotong. oppss.. kitorang ada gak order agar2 cendol & rainbow dr makcik Safiah. Sharene dgn sebalang kerepeknya. KakDiana telah bermurah hati sponsor cappucino cheese cake dr Secret Recipe. KakLin bwk kuih raya je. si Kim sponsor fruits. last minute Heri plak sponsor ice-cream as a dessert. selalunya bila makanan x abis kitorang biar je sape nak tapau sendiri. tapi kali ni kitorang 'brake the norm'. kita tukar trend lama. dah jd mcm kenduri plak bila kitorang sama2 bungkus sama rata sume menu lps tu agih2kan pd sume org. ala2 bg berkat masa kenduri org Jawa pun ada. bukan apa. kalo mcm dolu2 tu kang ada yg main kaut x ingat org belakang. kesian plak ada org yg dpt sisa2 je. kali ni rasa mcm sume org pun puas ati la. x tau la kot kat belakang derang komplin. harap2 sume nyer ok. thanks everyone. semoga semangat bekerjasama kita akan terus berpanjangan. i'm thankful for having friends@office-mate like all of you.

Monday, October 20, 2008

open house lagiiii...

ni kat umah kwn en. supir di Klang..

ni open house kat umah Ali di Putrajaya

ni pun kat umah Ali.


hari sabtu & ahad mmg penuh ngan jadual open house. walaupun x attend kesemuanya tapi 1 umah je pun dah kenyang sampai ke mlm. ari sabtu tu lps solat zohor kitorang gi ke umah Ali di Putrajaya. kat situ mkn nasi beriyani & the lauk-pauk. ada stall charkueyteow gak. Irfan kejenya mengutip udang2 yg besar dlm charkueyteow tu je. sampai 3 kali dia tambah. sedap gak makanan kat umah Ali.kuih-muih pun byk gak. baru je selesai mkn kakyah pun call tanya jd ke tak nak beraya kat umah dia. rupa2 nyer geng UB yg lain sume dah sampai. maka aku pun terus la gerak menuju ke Bangi plak. sampai je kat situ en. supir terus gerak jumpa kengkawan lama dia. dia just drop aku kat umah kakyah & terus cabut. apa lg. dia gi lepak kat kedai dobi/laundri si Roslan kat Tmn. Tenaga la tu. x bape jauh dr umah kaksu&kakyah. masuk je umah kakyah si Syud terus tegur kata aku mcm mak datin. hahaha.. mana ada Syud? dah akak bwk handbag style sangkut kat lengan mmg la cam gitu. aku yg masih kekenyangan dok lepak je sembang2 ngan gang UB. bila Jid dtg baru la aku mkn sama2 dgn Jid. kaksu pun masak nasi beriyani gak. tapi lauk-pauk kaksu mmg mouth watering. si Irfan tu npk je udang terus sambar. ni nak kena minta resepi dr kaksu npk gayanya. sedap sgt2 udang tu. ayam tu pun sgt la lembutnya. bila dah kenyang aku pun minta diri utk pulang. tu pun setelah en. supir dtg menjemput. kalo tak mmg tak hengat nak balik punya. mlm tu mmg x mkn apa dah. kekenyangan & terus tido je.

esok tu lps gi pasar utk membeli brg dapur kitorang berangkat plak ke open house penulis novel kak Puteri Andalas di Klang. en. supir tu dah angin gak la sbb jenuh pusing2 x jumpa umah kak Putri. jenuh call Wan tapi dia x jwb. call plak Notie dia x sampai2 lg. at last selepas sesi calling2 si Wan & Notie kitorang pun jumpa umah kak Puteri. ngam2 Notie pun sampai waktu tu juga. masa tu around kol 12.00noon. kat umah kak Puteri kitorang mkn nasi goreng, mee goreng, ayam goreng perap & rendang kerang. emmm.. sungguh menyelerakan. dgr citer2 kat Puteri yg telah menang pasangan bahagia kat tv3 yg sungguh mengasyikan. aku ni kalo citer2 romantik mmg sgt suka. hehehe.. sembang punya sembang sedar2 dah pun kol 2.00pm. masa utk kitorang beransur la plak. setelah bersalam2an & berpeluk2an maka aku pun chow. ingatkan nak terus balik. tetiba en. supir nak beraya kat umah kawan dia kat Klang tu gak. singgah la kejap sbb dah sampai that area. takde mkn apa pun. saje je dia nak tgk umah kwn dia tu. dlm kol 3pm kitorang pun gerak balik umah. si Yasmin sibuk nak tgk citer princess hours kat 8tv. tah bape kali ulangtayang pun x jemu2 dia nak tgk. gambo2 kat umah kaksu & kakyah x sempat amik. lg pun kengkawan lain dah byk amik. nanti nak kena mintak kat derang dulu.

Thursday, October 16, 2008

ole-ole dr New Zealand

saat2 kemenangan Monique


Monique with the rest of the players

citer yg klua kat paper before depart to New Zealand

ole2 dr New Zealand

ni pun sama. yg ni dah lekat kat my fridge.


congrats & bravo Monique. i'm proud of you & i know you can do it. Monique is my colleaque/office-mate from Kota Kinabalu office. dia menang tempat ketiga utk Asia Pacific Cup in New Zealand bg acara Dart. Thank you very much for the souvenirs Monique. mekasih gak pada Mona yg tolong bwk ole2 tu balik. thanks a bunch for the choc too.

Wednesday, October 15, 2008

Bila Rasa Ini Rasamu

tgk tajuk kat atas tu takde kena-mengena dgn nak merasa makanan or minuman ya. ntah nape skang ni aku suka sgt2 dgr lagu Kerispatih ni. kat radio ERA selalu pasang lagu ni. dah cuba download tapi gagal. sgt la mendayu-dayu & menusuk kejiwa plak. hish!! jiwang karats x abis2...


Bila Rasa Ini Rasamu - Kerispatih

Aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernahku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meskipun cintamu tak hanya untukku
tapi cubalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan
sakitnya terkhianati cinta yang kau jaga
cuba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi

Aku memang terlanjur mencintaimu.....

Monday, October 13, 2008

Open House di rumah kekandaku Yang

saat2 memulakan keje2 kerastangan...

bunga yg dah siap aku gubah & hadiahkan pd Yang sempena house-warming

kengkawan angah

ni sebelum acara bermula.. makanan belum diletak lg.

kengkawan along

hehehe... ni aku yg tolong susunkan sebelum di bawa ke meja kat luar


smlm Yang wat open house kat umah baru dia di Taman Impian Putra. perhh.. ramai giler org yg dtg. tak menang tangan nak top-up makanan & minuman. emmm... mcm2 ada. nasi beriani dgn lauk pauk spt ayam masak merah, kurma daging, dalca & jelatah. lps tu ada mee rebus, mihun sup, spaghetti bolognese, ketupat pulut, nasi impit, rendang ayam & daging. kuih-muihnya plak ada choc cake yg marvellous, karipap sardin, puding jagung, agar2, baulu kemboja (bingka), dadih perisa oren & capucino (specially made by me). hehehe... tu je yg senang. minumannya plak adalah air oren, mangga & fruit cocktail. selain dr tu ada pelbagai kuih raya & kacang2. tapi x byk gambo yg aku amik. maklumlah bila org dah ramai serbu jd kalut sket. risau gak takut makanan x cukup. tapi alhamdulillah. sampai berlebih2an la plak. agaknya ada byk open house. so, org mkn serba sikit je la. tapi adegan yg x bole dilupakan ialah bila kengkawan anak2 buah aku ingat aku ni adik & kakak derang. hehehe.. terasa muda la kejap. jgn marah ye Angah. bukan salah ibu mengandung. itulah rahsia pemakaian Tia Amelia. hahaha...

Tuesday, October 7, 2008

Raya at my hometown

hehehe... bunga kat tgn kanan tu lebih besar drpd yg kat tgn kiri. mata dah ngantok la

pagi raya dgn baju sedondon kaler purple


naik bot keliling tasik di Gunung Lang


pusara Abah


hahaha.. kasut sape paling cantik?



hehehe.. dah kaki kemudian tangan la plak


beraya kat umah Yong Ani


bersama baby Naufal anak Marhamah



Selasa 30/09/08 aku keje 1/2 day je. as usual Ranhill kasi 1/2 day-off to those who celebrates festival such as Hari Raya, Christmas, CNY etc... 12.30 sharp 'lelaki itu' dah terpacak dpn Empire Tower. pagi2 masa nak gi keje aku dah angkut sume brg2 yg nak dibawa balik kpg sekali dgn budak2 tu. derang lepak kat opis aku together with my maid. opis pun dah kosong takde org. aku malas nak amik cuti sbb 'lelaki itu' tu pun x dpt cuti. dia baru je tuka keje kat company tu. mana leh amik cuti lama2. lg pun baju2 raya aku x siap lagi. so, naik je kete terus menuju ke Keramat sbb nak anto my maid kat umah sedare dia. dia nak raya ngan kaum kerabat dia. lps tu gi kat umah lama aku utk amik baju raya aku & Yasmin. sebelum aku gi situ aku dah call kat si Mimi tu kata kol 1pm nanti aku akan sampai situ. seperti yg dijangka baju aku mmg tak siap lagi. 1 jam aku tunggu dia nak abis kan menjahit baju raya aku. kelam kabut dia dgn hubby serta mak dia yg dtg dr Indon lomba jahit baju. yg paling wat aku terkejut & sedih adalah baju aku yg sedondon 1 family dah berlubang. dia kata masa nak iron dia x perasan akan suhu kepanasan iron tu. ada ke patut? grrrr... geramnya aku. mmg dia dah tampal lubang tu tapi aku tetap x puas ati. mengurangkan mood raya aku betul. mujur bahagian yg bertampal tu kat bahagian belakang baju. x bape perasan la. 'lelaki itu' sampai tertidur kat dlm kete masa tunggu aku. baju Yasmin dia jahit ok je. baju aku plak yg bermasalah. plak tu ada sepasang lg tak siap. takpe la. bukan aku nak pakai sume pun. bila dah settle sume tu aku pun terus balik kpg. ngam2 kol 2pm kitorang bertolak. kete dah x byk kat highway. tapi kitorang gerak pelan2 je. takde apa yg nak dikejarkanpun. mungkin org sume dah balik awal2 kot. sampai kat Ipoh dah dkt kol 5. terus gi pasar ramadan & beli kuih2 utk buka posa. mlm raya tu aku tolong Yong masak rendang je. lemang nanti cikmat akan bwk. dia bakar kat umah mertua dia di Teluk Intan. so, dah takde apa2 xtvt maka aku pun mempraktikkan kerastangan aku ni. saje je gatal tgn pakai inai & lukis kat tgn sendiri. anak2 buah aku pun teruja. tapi inai nyer x cukup. aku bwk balik 1 kotak je inai dr Mekah. mkn ati derang tgk inai aku. hahaha... Achu korang kan mmg suka menjeleskan korang sume.



Pagi raya tu lps solat sunat AidilFitri kitorang lepak kat umah je. Yong & family nyer balik ke Kpg Talang beraya kat kpg Yeop. Yasmin ikut dia sekali. tinggal la aku bertiga je. Abg Ein plak beraya dgn kwn2 dia. adik-beradik aku yg lain akan sampai sebelah petang nanti. hmmm.. apa lagiii.. xtvt aku tgk tv je la. sejak abah & mak takde ni mmg takde org dtg beraya kat umah dah. aku pun lepak je la. lps asar 'lelaki itu' agak gi jalan2. bukan gi beraya kat umah org. tapi gi naik bot keliling tasik kat Gunung Lang. hehehe... ada gak org lain yg beraya kat situ. siap bwk makanan & berkelah kat situ lagiii. dah penat berjalan & berposing kat situ kitorang pun balik. mlm tu kitorang wat bbq utk family gathering. dah lama kitorang x berkumpul 9 adik-beradik sejak pemergian abah & mak. Abg Sham yg balik dr Sudan bwk balik ole2. aku dpt kasut kulit. tapi ngeri plak aku nak pakai sbb kasut kulit ular. kang kalo ckp x nak takut dia kecik ati plak. eiiiii...



Raya kedua tu kitorang beramai2 gi ziarah kubur abah & mak. lps tu baru gi beraya kat umah bapak & mak sedare kitorang kat kpg. mcm2 menu yg kitorang pulun. bila balik umah je aku dah rasa badan mcm dah seram sejuk. emmm.. demam la plak. mlm tu derang sume gi umah Cikmat sbb dia masak nasi tomato. aku dgn 'lelaki itu' je x ikut. dah x larat nak jalan. terbaring je depan tv.



Raya ketiga tup2 'lelaki itu' ajak balik Kedah. katanya Umi balik dr Mekah ari Jumaat tu. kol 10.30am tu kitorang bertolak dr Ipoh. sampai Alor Setar dah kol 1pm. Irfan & abah dia terus gi solat jumaat kat masjid Al-Bukhari. aku & Yasmin gi jenjalan kat Giant dlm bazar Al-Bukhari tu sementara nak tunggu dia balik dr solat jumaat. kat umah Ummi mmg takde apa2 utk dimakan. so, lps solat jumaat kitorang gi Star Parade. mkn kat food court di situ. lps mkn kitorang terus gerak ke umah Ummi. bila dah kekenyangan kitorang pun tido je la. sedar2 ptg tu Ummi pun sampai dr Mekah. Huda & Ida yg gi amik Ummi. Ummi bising sbb anak lelaki dia x dtg amik dia. hehehe... bantai tido je keje nyer.



Raya keempat tu kitorang gi kenduri kawin & jalan2 umah sedara-mara Ummi. lps gi kenduri kawin tu kitorang gi umah Pak Andak & umah Bibik. Huda bwk Ummi & anak2 aku balik. derang x nak ikut gi beraya. hahaha... ada citer kelakar. masa kat umah Bibik & Paman ada org tua mana tah carik Paman. tapi Paman takde kat umah masa tu. tapi dah dia dtg maka jemput je la dia masuk. bila dia masuk je dia terus tegur aku. dia kata.. "amboi! segaknya dia.. ranum sungguh" aku wat x tau je ingatkan dia tegur 'lelaki itu'. tapi sejurus je org tua tu masuk umah tadi 'lelaki itu' terus gi solat asar kat dlm bilik. aku pun heran. org tua tu tegur siapa sebenarnya? lps tu dia asyik jeling2 & usha kat aku. aissshh! bole tahan gak org tua ni punya tahap 'kemiangan'. geli-geleman aku dibuatnya bila dia ayik nak pandang2 aku. sampai aku x lalu nak makan. dia asyik tanya kat Bibik siapakah gerangan aku nih? Bibik yg dok kat sebelah aku jenuh kena cubit. aku x suka nak bercakap dgn org tua tu. Bibik je layan org tua tu bercakap. sibuk je dia tanya aku ni org mana? kpg aku kat mana? rupa2nya kata Bibik org tua tu baru kematian isteri. huh! nak carik bini lagi la tu. bila 'lelaki itu' dtg maka Bibik terus introduce kata "ni la suami dia". terus org tua tu senyap & ckp sorry kat 'lelaki itu'. bila dia perhatikan kat tgn aku dia tgk jari aku merah berinai. dia ingat kitorang baru kawin. maklumla jalan berdua je. anak2 x ikut. lps tu dia terus tukar topik. dia tanya plak kat Bibik apa jadi dgn isteri Paklang yg dah meninggal tu. aiiikk! nak tanya pasal janda org plak ke? emmm.. org tua ni mmg kemaruk agaknya. hishhh! bila pikir2 kelakar ada.. geram pun ada.. mcm tgk drama swasta kat tv plak.



ari ahad tu lps solat zohor kitorang pun bertolak balik. elok je masa siap nak balik tu Marhamah pun sampai dr Kelantan. lps bertegur sapa & bergambar dgn baby Naufal tu kitorang pun gerak. dlm kete tu dgr laporan traffic kata kat Juru dah start jam. so, disebabkan kitorang malas nak join the crowd maka kitorang singgah plak kat umah Uda di Bertam. lg pun Irfan sibuk nak main dgn Amirul dulu sebelum balik umah. dlm kol 6. 30pm baru kitorang bergerak balik. kitorang berhenti kat R&R Bukit Gantang utk solat & makan. punya la ramai org sampai makanan pun abis. Yasmin mkn maggi je kat situ. hajat ati nak isi minyak kat situ tapi tgk2 minyak dah abis. kitorang pun tawakkal je la dgn harapan nanti nak isi kat R&R Sg. Perak. tgk2 kat situ punya la pjg que. maka kitorang pun teruskan perjalanan sampai ke R&R Simpang Pulai baru dpt isi minyak. risau gak sbb dah keluar sign blinking minyak dah kering kontang. ada sket jam dkt nak sampai Ipoh. sampai kl dah kol 12.45am. terus gi Keramat amik my maid. mujur dia blom tido. sampai umah dah kol 1.30am & terus zzzzzzzz....
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates