Irfan dgn kucing Fiza yg gebu
kat umah Awie.
ni pun kat umah Awie.
last weekend aku memenuhi jemputan open house di umah jiran, officemate, coursemate cum roommate cum classmate masa kat ITM Manjung & juga kwn en. hubby. lps solat zohor ari sabtu lepas aku memulakan kunjungan di umah Awie my officemate di Bukit Mahkota. dah umah Awie yg terdekat maka aku tuju ke situ dulu. juadah kat umah Awie ada sket kelainan. byk open house yg aku pergi mostly ada nasi beriyani, laksa, mihun goreng, lemang, nasi impit & rendang. tapi kat umah Awie selain dr lemang & nasi impit dia wat nasi lemak kukus dgn sambal kerang. setakat ni tak pernah lagi la aku mkn nasi lemak masa open house. sambal kerang dia pun sgt sedap. rupa2nya jauh gak dia import nasi lemak & karipap tu. dia soh makcik dia kat Seremban yg masak. tapi karipap tu dia goreng kat umah dia sendiri sbb dia nak hidang panas2. karipap is my fav. too & inti karipap tu sgt memenuhi selera. adegan yg paling wat aku menyirap adalah bila Irfan dgn x sengajanya telah menumpahkan nasi lemak tu kat atas tikar. hish! spoil betul. bikin malu je. "manyak soli la Awie". my boy tu mmg lepas laku sket. lebih kurang sejam kat umah Awie aku pun beransur gerak ke umah Fiza. Fiza is one of my bestie masa kat ITM. actually ari sabtu tu ada 3 open house. tapi x larat nak gi sampai 3 umah. "so sorry Ana... x dpt cheq nak beraya kat umah hang.. takpa la na.. tiap2 tahun sebelum ni aku selalu beraya kat umah hang". rasa mcm Rawang tu jauh sgt la plak kalo nak bertolak dr umah Fiza di Bukit Subang & lps tu nak patah balik kat umah aku di Salak Tinggi. sampai kat umah Fiza pun dah dkt kol 4.00pm. si Irfan sampai2 je terus gi backyard tgk kucing parsi Fiza yg sgt gebu. emmm.. idup lagi kucing Fiza tu. dr Fiza blom gi Qatar & sampai dah balik sini tetap maintain kucing tu. kat umah Fiza aku mkn nasi beriyani & laksa. actually ada lontong gak. tapi aku x bape minat & perut pun dah x leh masuk lg. maka takde la aku merasa lontong tu. lebih kurang kol 5.00pm aku pun minta diri utk pulang. en. hubby sibuk nak singgah kat opis dia kejap. after about 1/2 house kat situ baru la bergerak pulang ke rumah.
lps zohor ari ahad tu kitorang pun menuju ke umah kengkawan en. hubby di Cheras. Irfan x nak ikut sbb dia nak gi b'day umah Iyadh Uqail iaitu jiran kat umah. jenuh pujuk dia soh ikut kitorang tapi dia dah janji dgn kengkawan dia nak gi sama2. so, cuma aku, Yasmin & en. hubby je yg ke Cheras. kebetulan my maid pun x nak ikut. jd dia pun teman Irfan kat umah sementara nak tunggu party Iyadh Uqail bermula pd kol 3.00pm. sebelum aku ke open house di Cheras tu aku singgah ke umah kaksu utk amik novel terbaru kaksu 'Panggil Aku Dahlia'. hehehe.. penuh kontroversi sungguh novel tu. caner la novel yg dah tertulis nama 'Nacha' bole terlepas ke Jitra. ahaks.. takpe la at last dpt gak tgn aku. tapi pd mulanya heran gak aku apsal la aku x dpt2 lagi novel tu. rupa2nya ada silap teknik. mesej utk Pink "jgn la susah2 ati lg na... anggap je la novel tu Pink yg punya". berbalik pd citer open house tu dlm kol 3.00pm kitorang pun sampai la ke umah Yan di Cheras Jaya. Yan is my hubby punya kwn masa kat ITM dulu. aku pun kenal gak la. sebelum dia dok kat Cheras Jaya tu dulu dia pernah dok kat Selayang. kiranya ni 1st time aku beraya kat umah baru dia. Yan jamu kitorang laksa, spaghetti, lemang, nasi impit, rendang ayam & kuah kacang. oppsss.. Yan ni ialah lelaki ye. jgn confuse plak. isteri dia si Nora adalah org Sg. Siput, Perak. apa yg aku noticed adalah org Sg. Siput ni kalo wat laksa suka ltk fish cake kat dlm tu. dulu masa kekanda ku Yong dok kat situ suka wat laksa cam tu. mula2 aku rasa pelik gak tgk kuah laksa dia ada fish cake. tapi rasa kuah dia sama je sebenarnya. dah kenyang mkn kitorang pun gerak plak ke destinasinya seterusnya. takde la jauh sgt dr Cheras Jaya nak ke umah Sa'ari di Bandar Tun Hussein Onn. Sa'ari adalah classmate hubby masa kat UKM. sejak 4 tahun Sa'ari dok situ ni la baru 1st time aku nak jejak & beraya kat umah dia. rupa2nya dia dah ada 4 org anak pun. ye la.. nak wat caner.. kalo org x panggil open house mmg kitorang pun x rajin nak berziarah. dulu2 bila balik beraya di Kedah selalu la kitorang beraya kat umah tok Sa'ari di Perlis. sejak Ummi selalu beraya di Mekah kitorang pun dah takde beraya di umah sedara-mara kat Perlis tu lg. emmm.. juadah kat umah Sa'ari penuh gak 1 meja. ada mihun goreng, pasta fusili, sate ayam & daging, rendang ayam & daging, lemang & kuih tepung talam serta puding cendol. kitorang merasa serba sedikit je la sbb nak berkejar open house cum b'day Iyadh Uqail plak. so, tepat kol 5.00pm kitorang pun perderaih balik ke Salak Tinggi. sampai kat umah lebih kurang kol 5.40pm. tgk kat umah Iyadh Uqail org ramai betul. si Irfan pun x balik2 lg. seronok dia main dgn kengkawan dia. selain dr jiran tetangga ramai kengkawan mama Iyadh. mama dia adalah cikgu di sekolah Sri Sepang. si Yasmin termalu2 tgk ramai cikgu dia kat situ. bertuah punya anak. dia bukan nak tegur cikgu dia. cikgu dia yg dtg bersalam dgn dia. aish! bikin malu betul. padahal bila aku nak rushing gi keje kdg2 aku tumpangkan Yasmin naik kete mama Iyadh. kat situ pun meriah gak makanannya. ada laksa, macaroni goreng, kueytiaw goreng, roti jala & kari ayam, kuih muih & rojak buah. rasa mcm tak leh masuk lagi perut ni. pd mulanya hubby aku ajak gi sebelah mlm. tapi dkt invitation card dia ltk waktu jamuan adalah dr 3-7pm, maka singgah je la ptg tu. aku cuma rasa roti jala & kari ayam je. dah jumpa jiran tetangga bersembang je la kejenya. bukan selalu jumpa pun sbb masing2 bz dgn keje. dah puas gi open house maka semalam aku dok relax kat umah je. lg pun semalam hubby kena gi keje.
No comments:
Post a Comment