setelah puas merancang for the trip akhirnya pada 14/11 kitorang pun terbang ke Langkawi. me as 1 of the committee members telah berhempas pulas menyediakan program/agenda/xtvt yg konon2nya kebaboom. hmmm... bukan senang tau nak organise 70 org punya participants. dgn menggunakan budget yg sgt ciput kitorang plan dgn sebaik2nya. janji sume org happy. walaupun hadiah2 yg kitorang sediakan tahap 'cap ayam' je, tapi yg penting sume org bergumbira dpt bermain beach game beramai2. dgn menaiki pesawat AK 6302 maka terbang la kitorang ke Langkawi tepat pada jam 10.20am. dlm masa sejam kitorang pun sampai ke lapangan terbang Padang Matsirat. sampai je Langkawi terus isi perut di Restoran Bamboo Beach. sepanjang di Langkawi inilah restoran yg menghidangkan makanan yg sgt enak. ada ketam masak lada hitam, tomyam campur, ikan kerapu 3 rasa, lala masak cili, tauhu telur, telur dadar & sayur. selepas je kenyang terus bertolak ke hotel Holiday Villa di Pantai Tengah. setelah rehat seketika dlm kol 3.30 kitorang berkumpul di tepi pantai utk acara beach game. ada pelbagai game yg kitorang susun. antaranya adalah , bwk bola pingpong dlm botol air mineral, teka kata, make-up artist, modelling/mumia, isi air dlm botol, sibuta mencari tongkat(apek&marjina), cari 10 brg, binaan pasir & baling belon air+tepung. sgt happening permainan kitorang ptg tu. ada 3 team kesemuanya iaitu blue, red & black. game berakhir pd jam 6.30pm. ada yg sambung mandi di swimming pool & ada yg terus balik ke hotel utk bersiap2 ke bbq dinner. jam 8.30pm kitorang start our bbq dinner. masing2 penuh bergaya dgn tema beach party. mlm tu kitorang wat sket game just for fun. ada yg kena denda dlm acara kotak beracun. ada yg sporting & ada yg agak kureng. tapi tak pe la. janji takde yg nangis bila kena denda. kategori best dress utk ladies dimenangi oleh kakNormah. hehehe.. mmg betul2 memenuhi tema beach party. utk lelaki plak dimenangi oleh Suhaimi (Mona hubby). for girl si Aina anak En. Nazli yg menang while for boy Maniharan anak si Ammini yg berjaya meraih tpt pertama. sempat gak kitorang wat surprise b'day party utk November born. makanannya quite ok walaupun x byk choice. huh! mahal giler. harganya rm90 per pax. yg aku sempat mkn cuma salads, potato jacket, pasta, ayam & sotong bbq je. maklum la committee. busy kesana-kemari la jawabnya. tapi sume nyer agak berbaloi bila committee members dpt 'a token of appreciation' in a form of cash. tu yg bole bersupin sakan. aku sempat grab EDP CD - J'adore alcohol free latest collection & mini EDP Estee Lauder. BBQ dinner berakhir pada jam 10.30pm. setelah kepenatan kitorang pun pulang ke hotel.
keesokan harinya sesudah b'fast pd jam 9.00am kitorang meneruskan langkah ke Makam Mahsuri. ni kira kali ke3 aku menjejakkan kaki ke sini. dah byk perubahan skang ni. dah ada mini theatre kat situ. sempat la tgk video kisah2 Mahsuri. lebih kurang sejam spent time kat situ terus kitorang gerak ke Cable car di Gunung Matchinchang. perhh.. punya la pjg que utk naik cable car. sabor je la. bukannya ada apa2 pun kat situ. tapi dah masuk dlm package maka naik je la. dlm kol 2.00pm kitorang gerak ke restoran Salina utk lunch. bila dah lapar makanan yg agak kureng pun jd sedap. lps lunch kitorang meneruskan perjalanan ke kilang gamat. singgah beli serba sikit kat situ & teruskan ke Pekan Kuah utk shopping time. kitorang had kan masa shopping utk sejam aje utk sesiapa yg nak meneruskan perjalanan utk river cruise di Kilim Geoforest Park. utk bas A ramai yg nak shopping lama2. so, Bas B je yg bertolak utk ke river cruise. hehehe... aku yg terlambat naik bas kena sound. maklumla kan akak ni kalo dpt supin x sedo diri. aku cuma sempat beli 2 mangkuk Visions & tpt isi sudu selain dr coklat2 yg menyelerakan tu. jam 4.30pm kitorang start naik bot utk mengelilingi sungai ke Bat Cave, Kilim Geoforest Park, Eagle Feeding & Sangkar Ikan. dkt sangkar ikan tu bukan ada ikan je, tapi ada tiram, siput & belangkas gak. Irfan siap sentuh & pegang sume hidupan air tu. eee.. aku takde la.. ngeri & geli sgt. masa tgh naik bot tu kitorang dgr bot tu mcm terlanggar something. muka masing2 sgt menakutkan. kot2 la terlanggar buaya ke. sbb mmg ada sang bedal kat situ. tapi mmg sgt exciting dpt naik bot tu. utk menenangkan fikiran aku wat sesi interogasi/interview dgn kanak2 bwh umur. hehehe.. aku ni kan ala2 doktor cinta. aku dpt mengesan sesuatu di antara Sarmmistha (anak Ammini yg berumur 4 tahun) dgn Sri Ganesh (anak Siva yg berumur 5 tahun). soklan aku pd mereka berbunyi begini:
me: "Sarmmistha.. do you like him?" (sambil aku tunjuk ke arah Sri Ganesh)
Sarmmistha: "Yes, aunty." (Sarmmistha menjawab sambil mengangguk2)
me: "Sri Ganesh.. do you like her?" (sambil tunjuk ke arah Sarmmistha)
Sri Ganesh: "Nooooo..." (dgn pantas dia menjawab sambil menjeling kat aku)
me: "alamak! kesian kat Sarmmistha"
hahaha... kena kantoi. si Sri Ganesh tu ingat aku x perasan akan gelagat dia yg asyik memandang Sarmmistha. lps tu dia siap panggil Sarmmistha dgn gelaran 'baby' lagiii.. dah mcm lagu S.M. Salim & Siti Nurhaliza je. Pandang2 & Jeling2. bila dia dah sedar yg aku dok usha dia langsung dia tarik muka. tapi aku bole npk dr ekor mata dia still nak jeling2 kat Sarmmistha. amboi! kecik2 dah pandai 'dlm hati ada cinta' nih...
lebih kurang kol 6.00pm tamatlah kitorang punya river cruise. so, terus gerak ke restoran Siam for our dinner. hmm.. nama mcm bagus je. tapi makanannya kurang menyelerakan. dah la tu lbt plak nak tunggu hidangannya. lps je mkn kitorang sempat gi last minute shopping kat tepi Underwater World iaitu The Zon. tak beli apa pun. cuma tambah beli coklat je kat situ. x larat nak jalan dah. balik hotel dah kol 9.00pm. lps membersihkan diri pakat dgn Awie, Mona & As nak gi karaoke. hehehe... my hubby x ikut sbb dia kena temankan Irfan yg dah tido. so, aku cuma bwk Yasmin ke karaoke centre. sampai situ Awie dah tunggu. lps tu Joey muncul diikuti dgn Hilmy, As&hubby & lastly mona&hubby dia pun sampai. apa lagiii.. melalak la kitorang kat situ sampai kol 1.ooam. sampai pekerja karaoke remind we all yg dia nak tutup kedai dah. hahaha....
pagi ahad tu lps b'fast aku x gi kemana2 pun. yg lain2 tu ada yg gi supin utk saat2 terakhir. aku ni dah rasa pening2 lepak je la kat bilik. mana taknya. karaoke sampai x hengat. si Irfan & abah dia sempat gi mandi kat swimming pool. kol 11.00am kitorang pun check-out from the hotel utk gi lunch kat Restoran Mempelam sebelum pulang ke KL. hmmm.. kat situ makanan dihidang secara buffet style. mmg sedap2 lauk-pauknya. tapi ada yg x puas ati sbb ada lauk yg kena catu. hehehe... org tu takut udang x cukup kot. maka dia hadkan sorang sekor je. at last byk udang tu x abis. kol 12.30 kitorang dah gerak ke airport. melalui penerbangan AK 6309 kitorang pun berlepas pulang ke KL. mengikut jadual sepatutnya terbang pada jam 2.10pm. tapi ada sket problem jd flight delayed about 1/2 hour. lebih kurang 3.30pm the flight landed at LCCT safely. yay! tamatlah sesi team building cum family day kitorang. harap2 sume nyer happy. walaupun....
gambo2 bole dilihat at my MP. http://nacha252.multiply.com/
No comments:
Post a Comment