Wednesday, December 31, 2008

JJCM ke Singapore, Johor & Melaka

akhirnya terlaksanalah sudah impian geng UB utk JJCM ke kota Singa. jumaat mlm sabtu (26/12/08) bermulalah misi kami ke Singapore. actually ni merupakan kunjungan kali ke3 buat aku ke kota Singa. 1st time dulu masa darjah 6 ikut rombongan kaum ibu. lps tu honeymoon masa lepas kawin dulu. tapi aku pernah gak transit kat Changi Airport dulu masa nak ke Bali & Gold Coast. naik Singapore Airlines kena la transit kat situ dulu. emmm... berbalik pd misi kami... KaknOOr, Wan, Wabbit & Bunga menaiki tren Ekspres Senandung Malam dr KL Sentral. sementara aku plak naik dr Seremban sbb tu stesen yg terdekat dgn umah. hahaha... kononnya aku nak naik komuter je dr Nilai ke Seremban mlm tu. tapi tunggu punya tunggu komuter plak delay. so, terpaksa la hubby pecut terus ke Seremban dgn Viva forever aku tu. bayangkanlah.. mana la aku x gelabah. tren Ekspres Senandung Malam akan tiba di Seremban pd jam 11.00pm. aku plak jam 10.10pm masih dok ada kat Nilai lg. syukur alhamdulillah jam 10.40pm aku dah sampai kat stesen Seremban. hmm.. rasa melayang2 je naik Viva dgn kelajuan 120km/jam. tqvm dear. jasamu dikenang. tepat jam 11pm tren pun sampai. mak aii!!! koc aku terlajak ke depan. jenuh aku berjalan ke koc L4. tgk2 geng UB dah get ready nak tido dah. hehehe... Bunga dah tertido pun. mana taknya dia dah telan ubat sbb kurang sihat. sian kat dia. setelah tegur-menegur sket lebih kurang maka sume org pun terus panjat katil masing2 utk tido. oppss.. lupa nak citer yg kitorang amik koc yg ada katil. hmmm... bukan dkt tu nak sampai S'pore. kalo duduk je sure sakit2 badan punya la. tapi aku x lena tido pun. dgn suara budak yg menjerit2 & berlari2 kesana kemari la.. dgn suara dengkuran mat salleh kat katil atas la.. huh! sengal!!! lebih kurang jam 5.30am tren pun sampai kat JB. masa tu ramai org dah bangun sbb Imigresen nak check passport. selepas setel dgn imigresen kitorang pun terus bangun utk membersihkan diri & bersolat. lama gak la tren tu berhenti kat JB. dlm kol 6.30am tu baru dia gerak ke S'pore. sampai kat Woodland sume kena turun utk chop passport kat imigresen S'pore. perhh.. jenuh gak nak berjalan. ngeri je aku tgk ada anjing yg ikut pegawai imigresen tu. takut ada yg seludup dadah kot. lebih kurang sejam kat situ kitorang pun naik tren balik & teruskan perjalanan ke stesen terakhir iaitu di Tanjung Pagar. lps turun dr tren tu kitorang pun carik troli utk ltk beg. tetiba aku tgk mcm muka cousin aku je masa nak amik troli tu. tapi aku biarkan aje sbb takut silap org. aku ni kan rabun plak tu x pakai contact lens masa tu. kaknOOr ada kata yg dia ada ternampak muka cousin aku tu kat KL Sentral. tgh jln2 menuju ke pintu klua tgk2 ada org amik gambo kitorang. eh! dah mcm paparazzi mengejar selebrities la plak. ghope2 nyer Nor Ash & Mamajambu yg amik gambo kami. hehehe... Nor Ash kata aku dah berisi. ye la.. dah setahun lebih dia x tgk aku. di situ juga kami diperkenalkan dgn Datinella. seorang blogger yg agak aktif di S'pore. setelah bersalam2an & berpeluk2kan kami terus carik tpt bekpes. lapar dah ni. kami mkn kat railway station tu je. Nor Ash & Mamajambu cadangkan mkn prata. mula2 aku ingat caner la rupanya prata tu. ghope2 nye tu adalah nama lain bg roti canai. hahaha.... haprak betul. mmg aku pernah dgr sebelum ni tapi x dpt bayangkan caner rupa dia sebenarnya. tgh mkn tu aku terserempak dgn cousin aku semula. mmg betul la tu Yongti & Abg Mie serta Aina. Yongti pun turut mengiyakan yg dia ada ternampak KaknOOr & yg lain masa kat KL Sentral. derang pun turut sama2 bercuti ke Kota Singa. dah kenyang mkn kami pun terus gerak ronda2 kawasan sekitar sambil berposing sebelum check-in ke hotel. hmm.. berpeluh gak la nak sampai ke hotel 81 Sakura tu yg jauh terletak kat area Joo Chiat road. di hotel Athy plak muncul utk mengikut kami berjalan2. lps mandi & solat kami terus melangkah ke Geylang utk mkn tengahari. Mamajambu tanya apa yg aku nak mkn. aku mmg idamkan nak merasa nasi ayam penyet yg disebut2 org sgt popular di Geylang. syoknya bila dpt merasa makanan idamanku. tqvm Mamajambu. walaupun sambal dia pedas giler tapi tetap mengancam. licin you... kaknOOr & Wan pun ikut sama mkn nasi ayam penyet tu. Datinella mkn kueytiaw goreng, rojak s'pore & sup tulang. kitorang pun tumpang merasa serba sedikit. kat situ gak aku diperkenalkan dgn air buah Lai. eh! tapi rasa dia mcm air asam boi je. emmm.. belasah je la. lps kenyang mkn kitorang terus gerak ke China town. hehehe... kelam-kabut gak tukar2 naik MRT & LRT. tapi sbb kitorang guna tourist pass senang la sket nak gerak. bole turun naik tren sesuka hati je. kat situ kitorang byk beli souvenirs je sambil berposing. dr situ kitorang terus ke Orchard road. kat situ pun jalan2 je sambil amik gambo. during christmas time byk la lampu yg bergemerlapan yg sgt cantik. siap ada org wat show main api lagiii. ada gak la group yg wat basking/ngamen. hahaha.. ni yg ada style punya la. bukan mcm ngamen yg kat Indon tu. sempat gak la singgah minum kat area situ sementara menunggu kedatangan Niwati. tapi yg paling best adalah curry puff Old Chang Kee. curry puff sardin nyer so tempting & mouth watering. sebelum pulang ke hotel kitorang dinner kat Far East Plaza dulu. ingatkan nak tgk Merlion yg menjadi lambang kota Singa. tapi x berkesempatan. balik hotel setelah kepenatan kami pun terus tido.
ari ahad tu pd mulanya nak tunggu Datinella dtg amik kami utk ke Sentosa Island. tapi rasa mcm buang masa la plak nak tunggu dia dtg kol 12 tengahari tu. so, we decided utk jenjalan sendiri kat Merlion tu. tetiba Ifah kwn kaknOOr call & ajak kitorang jalan2. kami pun x melepaskan peluang setuju je la utk jln2. kitorang siap wat edisi terjah ke umah Hannah. Hannah pun dah well prepared dgn cheese cake. hehehe.. tqvm Hannah. merasa gak aku cake tu. yummy..yummy. sebelum ke kota Singa aku siap main2 mintak Hannah wat cake. setelah berposing serba sedikit dgn Hannah kami pun terus gerak ke Kpg Gelam & Merlion. hmm.. puas la hati dpt gi ke tpt2 tersebut. cuma 1 je hasrat aku nak ke Mustafa x tercapai. nak wat caner waktu x mengizinkan. anyway tqvm utk Ifah yg sudi bwk kita jln2 mengelilingi kota Singa dgn kete dia. walaupun dia baru lps operation tapi dia sanggup bersusah payah utk kita. we all mmg rasa terharu betul. lebih kurang kol 2.30pm kitorang sampai ke Vivo City utk meneruskan perjalanan ke Sentosa Island. kat situ Nor Ash & Mamajambu dah setia menunggu. Norabella pun ada sama. tapi dia x ikut kami ke Sentosa. di situ juga Wan menyerahkan brg kiriman kaksu pd Mimah kenalan kaksu. mmg jauh berubah pembangunan kat situ. utk ke Sentosa kami naik Cable Car & pulang plak menaiki monorel. lebih kurang 3 jam kami berada di situ. hampir jam 6pm kami pun bertolak ke railway station. masa utk berpisah sudah tiba. KaknOOr & Wan akan pulang ke KL. manakala aku, Wabbit & Bunga akan ke Johor dulu sebelum ke Melaka. jutaan terimakasih to Nor Ash, Mamajambu, Datinella, Athy, Niwati, Ifah, Norabella & Mimah. jasa kalian sume dikenang. pelbagai pengalaman pahit manis dpt kukutip di sana. semuanya bakal menjadi kenangan terindah. terima kasih daun keladi. lain kali bole la kami dtg lagiiii.. hehehe...
jam 7.10pm aku, Wabbit & Bunga naik tren ke JB. dlm masa sejam kami pun sampai di JB. di situ anak buah Wabbit amik kami & terus mengelilingi JB town. kitorang singgah ke Danga Bay utk berposing. lps tu kitorang terus ke Singgah Selalu. aku yg teruja sgt nak mkn kat situ sbb dah terbaca dlm novel Syud & Naz ada mention psl Singgah Selalu tu. punya la ramai org. tapi yg menyedihkan lambat betul nak dpt order. sampai kakak Wabbit ajak mkn kat tpt lain. cuma aku yg sempat dpt mkn tomyam. mujur sedap gak tomyam tu. yg lain cuma sempat mkn otak2 je la. kakak Wabbit bwk mkn kat mana tah x ingat. tapi sedap2 menu kat situ. aku ni dah kenyang mkn tomyam cuma meratah ikan bakar bercili & baby crab goreng tepung je. 1st time in my life makan baby crab tu. emmm.. sungguh lazat menyelerakan. dah kenyang mkn kitorang terus bergerak pulang. sebelum tu Wabbit bwk kami jalan2 kat tpt keje abg ipar dia di port Pasir Gudang. hmm.. luas betul kawasan tu. sampai kat umah kakak dia dah agak lewat. lps mandi & solat terus zzzz..
pg isnin tu selepas bekpes kami terus bersiap2 utk ke Melaka. mcm2 kakak Wabbit jamu kami pg tu. siap ada mihun goreng, roti canai, karipap & trifle yg dibuat oleh anak buah Wabbit. mekasih banyak utk kakak2 Wabbit sekeluarga yg sgt pemurah & baik hati. kami menaiki bas tpt pd jam 12.00 tengahari. sampai Melaka lebih kurang jam 2.30pm. dr stesen bas Melaka Sentral kami amik cab ke hotel Mahkota. Kaksu, Kakyah, Notie & KaknOOr dah pun sampai Melaka. begitu juga kakShema & family nyer. punya la ramai org kat hotel tu masa nak check-in. jenuh gak la tunggu nak dpt kunci. dah la lama tunggu bila dpt kunci derang kasi tersilap bilik la plak. ghope nyer bilik kami kat bangunan lain. bolak-balik je la keje nyer. elok je masuk bilik tetiba Wan wat surprise. dia dtg dgn family nyer ke Melaka utk join kitorang punya dinner. oooo.. patut la sibuk je calling2 org. ghope2 nyer dia nak wat edisi terjah ye. hmm.. aku, Wabbit & Bunga blom lunch lagik. dah lapar sgt2 ni. tup2 kakShema call ajak mkn nasi lemak kat bilik dia. emm.. apa lagi.. kitorang pun serang ke bilik kakShema. konon2 nak alas perut je sementara nak tunggu waktu dinner nanti. tapi nasi lemak hasil air tangan mak kakShema sgt sedap. nak2 perut plak tgh berkeroncong. hehehe... lps mkn kitorang terus klua. cadangnya nak naik river cruise. carik punya carik tgk2 dah tutup. dia akan buka semula lps jam 8pm. kitorang x larat nak tunggu dah. pikir2 esok je la kitorang naik cruise tu. maka kami pun terus ke Umbai utk mkn seafood. tapi kita jumpa tpt baru iaitu Anjung Batu yg kelihatannya ramai org. biasanya kalo ramai org sure sedap punya. mmg x mengecewakan. kami order ikan kerapu 3 rasa, sweet sour & bakar bercili. lps tu ada sotong goreng tepung, kupang bercili, kerang bakar & sayur kailan goreng ikan masin. air plak ada fresh orange, starfruits & tebu selain dr air suam. ada gak otak2 & jeli sbg pencuci mulut. perhhh.. kenyang giler. balik hotel lps mandi & bersolat kitorang sembang sket lebih kurang & terus tido.
ari selasa pg setelah bekpes ala kadar kitorang terus check-out utk round2 kat kota Melaka. mula2 gi naik Menara Taming Sari. ari tu kat S'pore pun ada gak. tapi mahal giler. kat Melaka cuma rm5 je. kalo kat Sentosa tu SD12. kalo convert ke RM dah bape? ok la Menara Taming Sari tu. x la gayat sgt. bole tgh surrounding area. lps tu kitorang gi melawat kawasan bersejarah kat Melaka tu. kitorang ni takde la ghairah sgt sbb dah byk kali gi situ. cuma Bunga la nak merasa naik bukit St. Paul tu. so, Wabbit la bwk dia naik ke atas sana. lps tu kitorang gi lunch dulu sebelum naik river cruise. sempat la kitorang shopping segala cencalok, belacan, kuih2 kering & keropok. aku pun sempat grab sehelai t-shirt utk aku sendirik. kat S'pore aku x beli pun sbb memikirkan kosnya yg agak tinggi. river cruise bermula pd jam 2pm. setelah puas bergambar kat area situ kami pun terus naik river cruise. tekong tu siap pasang mcm2 lagu kat dlm cruise. hahaha.. lagu 60-an, 70-an, dangdut sampai ke bollywood sume ada. siap goyang2 la kitorang. sampai Ali anak kakyah & Nurin anak buah kaksu pun heran tgk auntie2 ni yg sgt over. huahuahua... abis je river cruise kitorang gi minum2 dulu sementara nak tunggu Wabbit & Bunga gi Jonker Street utk berposing. dlm kol 4.30pm tu kitorang terus gerak ke umah adik kaksu utk anto si Nurin. selepas bersolat & minum ptg kat situ kami pun terus bergerak pulang. tamatlah percutianku/JJCM bersama geng UB. utk kaksu, kakyah, Notie, Wan, Wabbit & Bunga terima kasih byk atas kerjasama yg diberikan sepanjang percutian kita. mekasih juga utk kakShema & family nyer. kenangan bersama korang sgt mahal harganya. xtvt yg sungguh menceriakan. harap2 lps ni kita dpt melangkahkan kaki ke Brunai pula. tunggu....
p/s gambo2 bole dilihat dkt my MP. http://nacha252.multiply.com/

4 comments:

Norabella said...

Salam Nacha, kat Geylang (pasar) mmg ada nice T-shirt dan blaus yg berharga as cheap as S$5 sahaja (size kita-kita). Mustaffa centre bukak 24 jam. Haritu tak dpat join tu sebab teman dari Salak Tinggi tu ler yg dtg sekeluarga. Dia drove all the way dari Salak Tinggi. Insyaallah, lain kali iya...ni pun Nora ada misi nak ke sana lagi...

nacha said...

ooo.. ye ke Nora? ari tu kitorang cuma singgah mkn je kat Geylang tu. hahaha... ayam penyet punya pasal la nih. it's ok. ada rezeki nanti kitorang terjah lg ke S'pore. eh! kalo dtg Salak Tinggi calling2 la ye.

cikmunna said...

Hamboi jalan2 carik jantan ker carik makan!!

nacha said...

hahaha....

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates