Dian@Deeja yg gebu/tembam
Dania, Dian@Deeja & Lutfil
last weekend aku balik Kedah utk menghadiri walimah Husna(yg lebih mesra dipanggil Atun) & Khairul. Atun adalah sepupu kepada my gyabo. x sempat pun nak tgk dia bernikah masa jumaat mlm sabtu lps. ye la dah lewat sgt pun kitorang bertolak dr KL. sampai Aloq Staq dah hampir kol 3am.
ari sabtu tu sebelum gi kenduri Atun aku singgah jap kat umah Ayu@Pinkjambu di Taman Suria utk menyerahkan ole2 kiriman teman yg ke Brunei ari tu. janji nak jumpa kat SMJ kol 1pm masa nak amik Irfan. Irfan attend bengkel UPSR dgn cousin dia kat skola tu. tapi dah Umi bising soh gi kenduri cpt sket maka aku pun wat la edisi terjah kat umah Ayu@Pinkjambu 1 hour earlier. hehehe.. masa aku sampai makcik tu tgh bersolek kat atas. terkejut dia tgk aku dah muncul kat dpn umah dia. aku pun tak singgah lama sbb my gyabo & Yasmin dah tunggu kat dlm kete. sempat la amik gambo si Dian@Deeja yg gebu. selesai menyerahkan brg kiriman aku pun minta diri.
sampai kat Bukit Pinang tgk kete dah byk. sampai payah nak parking. org punya la ramai. maklumlah Atun tu kan anak sulung. jd meriah la kendurinya. tgk2 Atun tgh bersanding. hmm.. kira cpt gak la. selalu tu lama gak nak tunggu pengantin bersiap. mungkin rombongan pihak lelaki nak balik cpt kot ke Terengganu. lps snap gambo Atun serba sedikit aku terus gi isi perut. ok gak la lauk-pauknya. dah kenyang mkn lepak kat dlm umah. dok sembang dgn saudara mara. bukannya ada keje apa pun nak buat sbb sume pun dah settle & jamuan pun pakai caterer. dok rehat kejap lps tu gi pulun laksa plak. hmmm.. bubur pulut hitam pun ada gak. uishhh!!! sume pun my fevret. mkn tak hengat dunia. kenduri kat belah utara kan mmg sampai ke malam. so, selagi tak abis makanan belasah je la. hehehe... agak dah ptg sket aku pun balik umah Umi. tu pun setelah Irfan bising2 dah boring. sibuk je dia nak main2 PS2 dgn cousin dia. sebenarnya aku tau dia nak usha hamster cage maksu dia. hahaha... berjaya gak dia bwk balik cage tu. mlm tu plak my gyabo gi beli mihun sup utara & kuewtiaw kerang. sedap giler. berebut2 bebudak tu mkn. lps mkn aku pun naik atas berehat. boring nyer sbb kat umah Umi takde Astro. x dpt la aku nak menyaksikan konsert AF7 minggu pertama. huh! sabo je la. novel pun takde yg menarik utk dibaca.
ahad pg selepas bekpes kitorang pun bersiap2 utk pulang. Huda & family pun nak gi bercuti di Langkawi. dlm kol 11am kitorang pun beransur pulang. bertolak cpt sbb nak singgah kat kpg aku. Cikmat wat kenduri aqiqah baby boy dia. kat situ pun meriah sungguh kenduri nyer sbb combined dgn sepupu aku punya anak. ada 4 baby termasuk anak Cikmat yg naik buai. dah mcm kenduri kawin je gayanya. derang tumbangkan seekor lembu utk kenduri tu. sume menu pun daging je. tu pun licin lauk-pauknya. aku la sengsara dgn Yasmin. kitorang ni x mkn daging. uwaaa.... terpaksa gi umah Wah wat muka seposen mintak lauk ayam. kalo tak mmg ada org kebulur x mkn. lps lepak seketika aku pun bergerak utk pulang. Irfan la sibuk2 je nak balik cpt. dia risau x sempat nak beli hamster. muakakaka... hmmm... nak jadik cerita mmg x sempat pun. kete Waja tu wat hal masa isi minyak kat R&R Simpang Pulai. almaklumlah.. sejak ada Viva mmg jarang guna kete Waja tu. tetiba bateri plak kong. duh!!!! bopoloh den nak control steering carik tpg parking. my gyabo, Yasmin & Irfan la terpaksa tolak kete. dah mcm drama swasta la plak kitorang 1 family ni. org lain kat petrol pam tu bukannya nak tolong. tolong tgk je la derang tu. suka agaknya menonton drama sebabak part tolak kete tu. mujur mamat bangla kat situ bg phone no. pomen mana tah. punya la lama menunggu kemunculannya. plak tu ujan turun mencurah2 dgn lebatnya. dah la paler aku pun migrain. angin seluruh badan lagikkk.. aduh!!! tensen betul. aku dah minum sparkling ribena, minum Eno, mkn panadol pun x jalan. last2 my gyabo soh gi berehat kat surau sementara pomen tu nak tukar bateri. siksanya sbb kejadian tu berlaku kat highway. so, amik masa yg lama utk pomen tu klua/masuk tol utk gi amik bateri baru. konon2 nak balik awal tapi sampai ke mlm gak. we all stranded kat R&R tu for about 2 hours. grrrrr... teghobang gak la rm250 semata2 nak tukar bateri baru. my gyabo wat lawak kata jgn sesape nak bermewah2 lagik. balik kang mkn maggi je. hmmm.. ye la tu. sampai je kat R&R Sg. Buluh dia ajak mkn kat situ plak. aku & Irfan mkn laksa. Yasmin plak mkn mi soto. kat situ mmg popular dgn soto & laksa dia yg sedap. my gyabo betul2 melaksanakan impian dia nak mkn maggi. muakakaka.. ingatkan dia main2. mmg betul dia mkn maggi. abis mkn kitorang terus gi amik maid aku yg bercuti kat Keramat. sampai umah dah dkt kol 10pm. hmmm... gagal la impian Irfan utk beli hamster. dah lewat sgt & kedai haiwan pun dah tutup. tgk la sehari dua ni sure ni caner. dia tu x henti2 push aku soh belikan hamster utk dia.
as usual more pics can be viewed at http://nacha252.multiply.com
5 comments:
Alhamdulillah selamat dh kenduri,rugi xdpt dtg
hmmm.. takpe la. x dpt pi kenduri Atun nanti tunggu kenduri Bab & Yo. hehehe...
wah mak chaq, masa anak2 + hubby tentu dia dok kontrol ayu dalam wira... cam cerita drivibng schooll...
opps, SMJ tu, sekolah kaksu + ayu tau :) cik tijah tu memang la gebu, like abang like adik :) dania je yang kurus.
- tok bonda -
wah mak chaq,
masa anak2 + hubby kena tolak kereta tentu dia dok kontrol ayu dalam wira... cam cerita driving school...
opps, SMJ tu, sekolah kaksu + ayu tau :) cik tijah tu memang la gebu, like abang like adik :) dania je yang kurus.
- tok bonda -
kakNila @ Tok Bonda.. cheq mana bole control ayu sbb masa depa dok tolak kereta cheq jd panik sbb nak takut terlanggaq kereta org lain yg agark rapat. peluh jantan, peluh betina abis sume pakat keluaq.
Post a Comment