Wednesday, May 6, 2009

JJCM ke Jakarta dan Bandung

Tangkuban Perahu

bersama our supir iaitu Aa' Tian yg sgt naughty. hehehe...


the 10 of us berposing di Tangkuban Perahu Bandung


di depan Little Venice, Kota Bunga di Bogor


shopping xtvt di Tanah Abang, Jakarta bersama mbak Bunga



salam sume. perhhh!! ari ni baru la berkesempatan nak update blog. last week cuti 2 ari je tapi mcm 2 minggu plak. byk keje nak kena settle. esok & lusa nak cuti lagik. aduh! nak citer pasal trip last week pun dah ilang idea. tapi takpe la. pelan2 aku cuba story.


29/4/09 - hp aku dah berbunyi menandakan ada sms masuk pd jam 5.00am. slalunya kalo sms di waktu dinihari tu memberi makna ada benda kurang baik yg berlaku ataupun ada org yg x bape betul otaknya anto msg. tgk2 Air Asia yg send msg bg tau flight delay. sepatutnya schedule pd jam 7.00pm. ni dah retime to 9.15pm. buang karan betul. kalo tau x yah amik cuti. hmm.. tapi dah mood nak bercuti jadinya lepak je la kat umah. lg pun aku x kemas bag betul2 lg. sudahnya lepas maghrib baru aku klua dr umah utk ke airport. anak2 buah aku pakat park kete kat umah aku. my gyabo tolong anto kitorang ke LCCT. perhh.. blom pegi lg kete Avanza Along tu dah sarat. sampai kaki aku terpaksa mendarat kat dashboard. tu baru masing2 bwk 1 beg je sorang. balik nanti tentulah beranak-pinak jadinya. sakit gak la badan aku nak menahan keadaan yg mcm sadin tu. walaupun cuma 15 minit je dr umah aku nak ke LCCT tapi bopoloh gak la. sabo je la. sampai je kat sana tinggal lg 30 minit je utk check-in. agak rushing sket la. As & the geng mmg dah ada kat situ. terus je check-in & masuk ke departure hall. walaupun ada sket kalut tapi berjaya jugak melepasi segala halangan. tapi biasa la kan. dah namanya Air Asia still ada delay gak. walaupun dah retime tapi still ada gak delay nyer. dgn menaiki pesawat AK 956 maka terbang la kami ke Jakarta pd jam 9.40pm. alhamdulillah our flight selamat mendarat ke Soekarno - Hatta International Airport pd jam 10.40pm. selepas melalui proses dgn kaunter imigrasi & pengambilan bagasi maka pencarian kami utk pak supir iaitu Aa' Tian pun bermula. risau gak aku kalo dia dah lupakan aku. hehehe... hampir setahun x berjumpa. tapi dgn topi JR Ewing yg menjadi trademark beliau membuatkan dr jauh aku dah npk kelibat dia sy sdg tersenyum lebar sampai ke tinge. hehehe.. lucu banget Aa' nih. terus dia bilang "masih kenal sama saya nggak?". jawabku "iya.. ngelihat topi Aa' aja udah ku kenalin lho.. gak bisa kabur toh.." hehehe. tersengih pjg dia. maka seterusnya bermulalah perjalanan kami ke Bandung. sian kat Aa' Tian. sedari jam 8pm dah nungguin rombongan kami. padahal aku dah sms kat Bunga soh dia bg tau kat Aa' ttg our flight retime. dlm perjalanan tu jenuh la aku ngobrol dgn dia. nak wat caner dah aku jd ketua rombongan terpaksalah dok kat depan dgn dia. yg lain2 tu sedap je tido kat belakang. sabo je la. padahal aku ni dah ngantuk giler dah. sampai je kat hotel Patradisa di Bandung dah hampir jam 2.00am. tiba2 jd berantakan kerna kamarnya udah penuh lho. gimana sih? bisa gawat nih. actually, dah berbulan2 aku mintak tolong kat Bunga utk booking 2 family room. kitorang ni 10 org. aku bajet dok 5 org dlm 1 bilik. tiba2 yg ada cuma 2 standard room yg cuma bisa menempatkan 2 org dlm 1 kamar. aaahhh!!! tensen nyer. dah sampai jauh2 jd cam ni. si pak Johan kat reception bole plak soh kitorang separate dok hotel lain2. giler ke apa pagi2 buta tu nak carik hotel lain. mujur masa dia try call hotel yg berdekatan & still ada bilik kosong. malangnya Aa' Tian dah pun bergerak pulang. aku ni kalo bole x nak la berpecah-belah dgn group aku. tapi nak wat caner dah mmg kitorang sampai lambat. agaknya dia release je kat org yg walk-in drpd dia menanggung kerugian. padahal aku dah sms kat Bunga soh bg tau psl delay ni kat derang & Bunga pun dah confirmed dgn derang. nape la leh jd cam ni. mujur As & the gang x kisah utk menapak ke hotel yg jaraknya +- 100meter dr hotel Patradisa tu. dah mcm budak AF yg tersingkir je derang berempat tu seret bag utk ke hotel Royal Corner tu. sian kat derang. lebih2 lg Linda yg sakit kaki lps accident ari tu. hmmm... bila dah setel kitorang pun gerak masuk ke bilik utk melelapkan mata.


30/4/09 - selepas bekpes kitorang pun mulakan xtvt menjelajah kota Bandung. mula2 gi fetch As & the gang menginap utk ikut jln2. sampai je kat situ As kata dia nak jln2 dgn gang dia je utk 1st day tu. sbb Linda sakit kaki agaknya x larat nak byk jln2. sedangkan aku mmg dah susun agenda yg sgt tight. mula2 aku bising gak la. kita dah sewa transport besar2. rugi la jadinya kalo separate sbb aku dah collect sorang 1 juta rupiah utk bayaran hotel & transport. tapi As kata dia x kisah. takpe la. kitorang pun jln je la berenam. our 1st destination was menuju ke money changer utk tukaran wang. actually, kat M'sia mmg dah tukar. tapi derang ni takut tgh sedap2 supin lps tu x cukup duit. plak tu ada org yg kirim lg. maka tambah la lg uang nya. yg heran tu kat tpt yg sama tapi rate nyer berlainan. apa2an sih. gimana bisa jd gitu lho. dah setel tukar duit kitorang teruskan xtvt supin kat Pasar Baru. we spent about 3 hours kat situ. Di Bandung, ini merupakan lawatan yg ke3 utk aku. jadinya takde la excited sgt. anak2 buah aku la yg sgt teruja & mmg mcm org giler bila supin. maklumlah masing2 dah jadi jutawan segera. hahaha... sampai x ingat nak balik. Aa' Tian dah bape kali call utk remind kitorang yg ada byk destinasi lg. so, aku pun nasihatkan kat derang tu sume bahawasanya kat Tanah Abang di Jakarta nanti bole continue shopping. apa2 yg ada di Pasar Baru tu ada terdapat juga di Tanah Abang. pd pendapat aku kat Bandung ni lebih puas supin kat factory outlet (FO). maka kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Toko 3 dimana terdapatnya branded jeans & t-shirt. yg ku ingat kat situ ada Levi's, Lee Cooper, burberry etc... kemudian terus ke kedai batik Danar Hadi. emmm.. x beli apa2 pun kat situ sbb tu standard mak datin je aku rasa. mahal giler. jamu mata je la. jln punya jln perut pun berkeroncong. maka kitorang terus gi isi perut kat restoran Dapur Sangkuriang. cantik betul susun atur restoran tu. makanannya pun enak baget lho. aku mkn nasi timbel & air apokad kat situ. yg lain2 tu order nasi goreng je. lps kenyang perut & bersolat kitorang pun teruskan perjalanan ke Rumah Mode yg berdekatan di situ. si Amy sampai x nak balik sbb giler supin kat situ. jenuh aku pujuk dia kata ada byk lg FO yg kita nak terjah. aku x supin apa pun kat situ sbb penin paler tgk ramai sgt org. kemudian Aa' Tian bwk kitorang ke FO di Jln. Dago & Jln. Riau. kat Jln2 tersebut ada FO Heritage, Summit, Stamps, Terminal Tas, Blossom, Grande, Episode, Donatello, Raffles City, Secret etc... byk lg yg aku x ingat. kitorang supin sampai ke mlm. the worst part sampai kena halau la. musti salesgirl tu heran agaknya tgk org M'sia ni giler supin. x abis2 gamaknya duit org ni. hahaha... org nak tutup kedai dah yg kitorang2 ni x penat2 lg nak supin. aku mmg plan nak supin baju raya anak2 kat situ. dpt la sorang 3 helai. ada gak beli 3 helai t-shirt utk my gyabo. suka la dia sbb dpt t-shirt golf Ashworth & Callaway yg diidamkan. aku plak sempat grab baju blouse ZARA, Hard Rock Cafe & 1 lg t-shirt brand apa tah. kat situ gak aku beli t-shirt utk anak2 Cikmat sorang 1. sampai ke hotel dah hampir 10.00pm. kitorang mkn roti je mlm tu. x larat dah. lps packing bag terus mandi-manda & solat & kemudian terus zzzzz...


1/5/09 - lps bekpes rencananya nak ke Tangkuban Perahu. kena gi amik As & the gang dulu. jam 8.00am kitorang terus gerak ke Tangkuban Perahu. hampir sejam gak la dr kota Bandung nak sampai ke situ. setelah spent about 1 hour berposing kat atas tu maka kitorang teruskan destinasi. pd mulanya ingatkan nak terus Ke Jakarta. tgk2 ada gak yg x puas supin. maka sambung lg xtvt supin di FO Rumah Tas & Toko 3. lps tu balik ke hotel utk check-out & gerak ke Jakarta semula. sebelum tu kitorang singgah ke kedak kek Prima Rasa. beli brownies & kek utk dibawa pulang sbg ole2. dr situ kami meneruskan perjalanan ke Jakarta. on the way tu kami singgah di Kota Bunga utk bergambar. di situlah terletaknya Little Venice. sayangnya kami tiba agak lewat. jd x dpt la nak masuk ke dlm. cuma amik gambar dr luar je. mmg cantik giler kat situ. ingatkan nak singgah di Puncak Bogor. tapi memandangkan hari plak dah gelap & ujan turun dgn lebatnya maka x jadi la nak singgah. kalo x bole bergambar kat situ. kat situ kitorang berhenti mkn je. jenuh si Shikin & Nina memekak sbb derang dah lapar giler. ingatkan dah sibuk supin dah kenyang. hahaha... yg Aa' Tian plak asyik menipu kata sket lg nak sampai. x abis2 dia kelentong kata lg 10 minit sampai la restoran makanan Padang Simpang Raya itu. sampai naik kebulur derang sume. maklum la x amik lunch langsung. jenuh sumbat roti & keropok je. setelah turun bukit... naik bukit maka sampai la kat restoran Simpang Raya tu. masing2 x tunggu lg. bila makanan sampai je terus belasah. x sempat nak amik gambo pun. ngeh... ngeh..ngeh. kesian kat derang. cik kiah ni kalo berjalan mmg sampai x ingat nak mkn. lps kenyang mkn kitorang pun teruskan perjalanan ke Jakarta. +- jam 9.00pm kitorang check-in kat Hotel Grand Tropic. si As & the gang x penat2 agaknya. derang klua plak nongkrong kat Hard Rock Cafe. x tau la jam bape derang balik. aku dah tido lena sampai x sedo diri.

2/5/09 - waktu bekpes Bunga dtg utk join xtvt jln2 kami. kat sini dia la jd tourist guide kami. hehehe... tqvm Bunga. gue sayang banget sama loe. muahhhh... our 1st destination at Jakarta was Tanah Abang. kat situ ada dijual kelengkapan perkahwinan, kain & baju batik, baju2 & jubah2, telekung, langsir yg dah siap dijahit, alas meja & kerusi, kain2 sepasang utk kebaya, beg2. serba maknika brg ada dijual di situ. mak & bapak je takde. waduh2... kayak org gilak lho keponakan ku semuanya. murah2 jualannya. sampai x cukup tgn nak bwk brg2. kecape-an semuanya. abis pegal2 badan lagiii. yg dara pingitannya sume sibuk beli kain lace nak wat persediaan utk kawin. cowoknya tah ada tah idak lg. hmmm... wat preparation je la dulu. disebabkan pg tu masa bekpes kitorang dah pulun kenyang2 maka x amik lunch la. hampir 4 hours we all spent kat situ. lps tu pegi plak tukar duit lg kat money changer sbb nak sambung supin kat Mangga 2. tapi rate kat Jakarta ni sgt tinggi. so, tukar sket je wat tambah brg2 mana yg x cukup. kat Mangga 2 tu pun lebih kurang mcm kat Tanah Abang je. tapi lebih byk jual bag kat sini. CD/DVD pun ada. aku sempat grab DVD PS2 utk Irfan. lega aku bila dpt cari brg pebret dia. utk aku sendiri aku beli DVD citer Korea yg baru tunjuk kat KBS World iaitu Boys over Flower. murah giler harganya. kalo convert to RM x sampai rm10 pun full set DVD. VDV game PS2 tu pun cuma singgit lebey je utk 1 game. syok la Irfan sbb dpt game X-men wolverine. dia baru je tgk wayang citer tu dgn abah dia. siap bole compare lg between the real movie dgn game PS2. hmmm.. sabo je la. tup2 dah dkt jam 6.00pm baru sedar yg complex Mangga 2 tu dah nak tutup. terpaksa la beransur pulang. ingatkan bergambo dkt Monash. tapi ari pun dah gelap maka terus gi dinner je la. aku nak kasi derang sume merasa Pizza Hut kat Jakarta. kat situ lain sket sbb dia ada nasi & garlic bread dia pun ada udang yg beso2 kat atasnya. yummy. memandangkan duit yg aku kutip dr derang sume yg sebanyak sejuta rupiah seorang tu ada lebih lg maka aku gunakan utk wat belanja mkn ramai2. lps kenyang mkn & berposing sakan maka kitorang pun gerak pulang. tibalah masanya utk berpisah dgn Bunga. puas aku bodek Bunga utk singgah kat rumah dia. tapi katanya jalannya macet teruk sekali. hotel kami terletak di Central Jakarta sementara rumah Bunga plak kat Jakarta Selatan. agak jauh la perjalanannya. jadi berpisahlah kami di Central Jakarta. setibanya di hotel kami terus packing bag sbb esok pg sesudah subuh kami kena berangkat pulang. sume org punya beg dah beranak. dah abis penat kemas beg kami sume terus tido. jam 4.30am aku dah bangun bila alarm berbunyi. Aa' Tian pun sibuk je wat wake-up call. flight kitorang adalah pd jam 8.30am. we have to check out from the hotel before 6.00am. mmg x sempat nak bekpes kat hotel. so, aku arrange je dgn hotel tu utk tapau our breakfast. setelah selesai check out & bekalan bekpes sudahpun diterima maka kami pun terus gerak ke bandara. waduh! mcm sadin transport kitorang. penuh dgn bagasi. sampai kena saman sama itu pak Polisi oleh kerana terlebih muatan. bukan main betul pak Polisi tu. dikasi 50ribu rupiah tapi gak mau. mau 100ribu aja. x cukup kat situ masa nak turunkan brg2 kat bandara pun kena lg sekali lg. asyik menyogok je la keje Aa' Tian tu. setelah berpamitan sama Aa' Tian maka berangkat la kami ke dlm ruangan bandara utk check-in. suspen je aku takut kalo2 terlebih muatan utk bagasinya yg dihadkan utk 15kg per person. alhamdulillah, tgk2 ngam je. tu pun aku dah bg pesanan penaja kat para ahli rombongan supaya tak beratkan bag. biar lebih hand-carry takpe. mujur derang sume mengikut arahan chief. hahaha... flight kami pg tu terbang on time pd jam 8.30am & tiba di LCCT pd jam 11.30am. syukur alhamdulillah dah selamat sampai ke tanah air. semoga percutian ini akan menjadi kenangan terindah buat semua.

2 comments:

notie said...

waduh syioknya shupping sampai jatuh sih... dengar citer ko aku rasa cam aku juga ikut shuping sama... bestnya...hehehe

nacha said...

ye la Notie. kita kan kategori teman tapi mesra. bab2 supin ni mmg sehati sejiwa. hehehe.. nanti kita jln2 lagi ek. Aa' Tian dah offer nak bwk kita menjelajah ke bumi Jogjakarta plak lps ni.

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates