Tuesday, July 21, 2009

Majlis Bicara Buku III - JS


selepas puas bershopping perfume di hotel Renaissance sabtu yg lalu aku bergegas ke Majlis Bicara Buku III oleh pihak Jemariseni. hmmm.... ingatkan nak saing naik train commuter dgn Syud ke station UKM dr station KL Sentral. tapi aku terlewat sket. sampai2 je kat escalator platform no. 6 tgk2 train dah pun berlepas. sabo je la. mujur x lama menunggu kemunculan next train. after about 10 minutes train pun tiba. lebih kurang 1/2 hour tibalah ke station UKM. tgk2 disamping Syud ada Naz & Pingu sedang menunggu. lebih kurang 10 minutes kitorang berchit-chat kat situ maka KakYah pun sampai utk menjemput kitorang. hehehe.. kononnya nak dtg awal utk menolong. tapi hampeh. sampai2 je kat Bangi terus menuju ke umah KakYah. tgk2 kat situ sungguh meriah. KakUda, Izati, Azura & Faten sdg membuat kuih karipap. karipap???.. tu mmg my fav kuih. tapi suka mkn je la. nak buat tu yg fail. bukan x pernah buat, tapi kena guna acuannya la. kalo klim guna jari tu mmg x dapek la akak nak menolong. jeles aku tgk KakUda laju je klim kuih karipap tu. aku ni takat menggentel doh tu jadi bulat2 supaya senang derang nak gelek. hahaha... ok la tu. kira aku tolong la gak kan? aku ada citer kelakar pasal karipap ni. dulu aku pernah buat kuih ni & bwk ke opis. kiranya itulah the 1st & the last aku bwk kuih karipap ke opis. kena kutuk teruk dgn member aku. terus patah semangat aku nak bwk ke opis lg. cheh..cheh.. aku dgn bangganya membawa kuih karipap tu utk bg kengkawan aku rasa. bila aku bukak je tupperware tu kwn2 aku sume wat muka semacam je sambil tanya kat aku "kuih apa nih?". aku pun jawablah "karipap la. korang ni tu pun x tau ke". dlm ati aku kata teruk betul ke rupa kuih karipap aku nih?. uwaaaa... tapi aku soh derang ignore je dgn rupa karipap tu. aku soh derang rasa dulu. in a count of 3... derang pun merasa la kuih karipap tu. hmmm.. ada yg kata ok. ada yg kata sedap. ada yg lebih teruk kata kuih tu takde rupa karipap pun. mcm cokodok je. tapi mmg derang sebulat suara mengatakan rupa/presentation aku mmg fail. hahaha... takpe la. itu merupakan pengajaran utk aku.


berbalik pd kisah bicara buku JS tu. pd mulanya KakSu soh aku jd bentara aka mandur. tapi apa yg aku nak monitor kan. masing2 mmg rajin menolong & tau apa yg patut dilakukan. so, konon2 nak jd tealady/butler je la. aku siap berlawak dgn KakSu dgn mengatakan perlukah aku bertanya pd tetamu soalan berbunyi begini "coffee, tea or me"? hahaha... at last org lain yg bancuh kopi. aku cuma tolong serve je. ok la tu. yg lain tu keje aku cuma menyembang je. kalo ltk Amie & Syud sebelah aku cukuplah. gegak gempita jdnya. kalo Amie jd Tok Dalang mmg la sgt happening. Amie slalu wat aku gelak guling2. sebelum tu masa KakSu dok jd penglipurlara pun aku dah gelak2 sampai sakit perut mendengar kisah dia dulu2. Kaksu siap soh aku ltk pisau dulu sebelum nak dgr dia bercerita. maklumlah masa tu aku, Syud & Naz tgh memotong buah2an utk dibuat rojak buah. kang takut ada plak yg melatah sampai bertikam segala. sedar2 hampir habis buah2an tu kitorang potong. aku sudah melanggar arahan KakSu. dia soh potong buah tu 1/3 je. aku dah bantai potong lebih dr 1/2. opppsss.. i'm sorry KakSu. kalo ghalit bersembang tu la jadinya. tu pun Syud asyik wat akal terkena pisau je. nak ngelat ek? ke berangan? bahaya dik oiii... nanti akak jugak yg susah. haishhh.. hampir jam 3pm sume pun dah ready. para tetamu pun dah beransur dtg. maka kitorang pun mulakanlah acara mkn2. ada sup & roti bwg putih, ayam panggang, mihun goreng tomyam, kuih karipap, cucur badak, cek mek molek, egg tart, choc cake & cheese cake selain dr rojak buah & coleslaw. wow! so tempting. rugi tau sape x dtg. setelah kenyang mkn maka bermulalah acara Bicara Buku pd jam 4pm. Pingu telah diberi mandat utk menjadi host. sementara para pengulasnya pula adalah Wan, Rinn & Kucc disamping moderator masing2 iaitu Izati, Azura & Nawwir. Buku2 yg diulas adalah Tanya Pada Hati - Iman Xara, Teluki Itu Untuk Aku - Nazawati & Dame Zoete Sarah - Khairyn Othman. spt biasa x sah kalo takde acara lucky draw. hehehe.. no. aku naik. dpt la aku hadiah sebuah novel keluaran August. yay! aku bakal memiliki novel Pelangi hasil tulisan trio oleh Kaksu aka Noorsuraya, Hlovate & Syud. lebih kurang jam 6pm majlis pun berakhir. tibalah masa utk mengundur diri. daaaa...

3 comments:

Nina Suria said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Noor Suraya said...

hai nin,
walaupun tak datang, teko mu jaadi taruhan diusung tea lady...

nacha,
lepas semua orang balik, kita jadi sunyi tau :) macam nak buat je bicara buku IV cepat-cepat :)

nacha said...

kakmonnnnn.. kalo kakmon ada kat sini sure kitorang order cuppies akak yg sgt menyelerakan itu.

hah? teko yg 'tealady' tu usung adalah teko kakmon? mujur takde apa2 yg berlaku. cantik sungguh buatannya.

kaksu.. buat la lagi. sy sudi/rela jd 'tealady' lagi. seronok sgt dpt berkumpul ramai2 tanpa gangguan. hahaha...

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates