Tuesday, August 25, 2009

kisah berbuka puasa dan solat terawih

syukur alhamdulillah. dah 4 hari kita berpuasa & dah 4 mlm juga me & my family sempat menunaikan solat terawih di masjid yg berhampiran di rumah kami. apa yg aku takut & risaukan dpt diatasi dgn tenang. segalanya berjalan dgn lancar. selama ni aku dok susah hati bila mengenangkan takde maid di bulan puasa. bukannya tak pernah takde maid di bulan puasa. tapi dulu lain & skang ni lain. masa tahun 2007 dulu my gyabo & me sama2 keje kat KL. tapi last year dia dah start keje kat Shah Alam. sedangkan aku still keje kat KL. so, bayangkanlah betapa jauh jarak yg harus kami tempuhi. konon2 ari tu beli Viva sbb nak bwk kete sorang 1. tapi parking rate kat office aku plak naik mendadak. nak parking yg murah mmg ada tapi jauh la plak nak menapak. takde maknanya. sgt x worth it. duit tol je dah bape utk bolak-balik. jadinya we all still la together naik kete bersama2. pagi2 dia akan anto aku ke opis dulu. pas tu dia terus pecut ke Shah Alam. bulan puasa ni lg la kena rushing. aku kena masuk kol 8.00am utk dpt balik awal pd jam 4.30pm. waktu balik plak utk menjimatkan waktu, aku yg kena naik lrt sampai ke Kelana Jaya & my gyabo akan fetch aku di situ. huh! kalo x sabo & x tahan mmg la angin seluruh badan.
previous year me & my family rajin tukar2 masjid utk solat terawih. ye la kan. kdg2 bebudak ni boring bila asyik ke masjid yg sama. tapi skang ni derang pun dah makin besar & x byk kerenah. lg pun ramai kwn2 skola derang bersolat kat masjid yg sama. so, kat situ je la kitorang tuju tiap2 mlm. dulu rajin gak we all gi berbuka kat masjid KLIA. kat situ mmg tiap2 tahun ada jamuan berbuka puasa. tapi almaklumlah benda free ramai la org serbu. kalo sampai lewat tu abuk pun tarak. jd kena la standby bekal makanan. lps tu solat maghrib, isyak & terawih terus kat situ. yg best nyer kat situ imamnya mmg muda. sedap je suara dia berlagu ketika mengimamkan solat. tapi bab yg paling x tahan ialah dia mmg baca surah yg pjg2. menggeletar la jugak paler lutut nak abiskan solat tu walaupun cuma 8 rokaat je solat terawih kat situ. ada skali tu sorang budak pompuan sampai pengsan. agaknya time berbuka dia mkn sket je kot. sudahnya bila tgh sembahyang dia terus pengsan. sian kat dia. abis terkejut sume org dgr bunyi gedebuk. konsentrasi utk bersolat terganggu seketika. hmmm.. dugaan & cobaan di bulan ramadhan. setakat ni aku masih sempat masak utk juadah berbuka. esok lusa x tau la. tapi masa weekend bole la masak mcm2. smlm cuma sempat masak sayur je. yg lain tu beli je la jwbnya. kalo Irfan ikut ke bazar Ramadhan lg la haru. sume pun dia nak beli. tolak kerusi, meja & si penjual je dia x mintak. hahaha... kalo hari2 dia ikut leh bengkrap me & my gyabo.

Friday, August 14, 2009

Thursday, August 13, 2009

terdera minda

aaaarrgghhh.. geramnya sgt2. sebelum maid aku menamatkan perkhidmatanya dgnku aku telah dijanjikan utk mendapat maid baru oleh agent kat Keramat. tunggu punya tunggu akhirnya dpt la. tu pun janji nak dtg 4hb last week tapi asyik bertangguh je. patut la sehari dua ni my instinct spt memberitahu bahawa maid yg bakal dtg ni mcm x bape sesuai utk aku. aku asyik rasa x sedap ati je. tapi sbb dah janji aku accept je la maid tu. maid ni dah penah keje sebelum ni. kononnya bekas majikan dia adalah anggota polis. katanya polis tu adalah seorang duda. isteri pertamanya telah meninggal dunia. kemudian dia berkawin pula dgn seorang wanita yg juga anggota polis. tapi katanya x bertahan lama terus cerai. lantak la. aku malas nak fikir2 masalah org ni. the moment aku amik maid ni kat Keramat masa lps keje ari isnin tu aku dah rasa x comfortable. x henti2 dia bercakap kat dlm kete. bibit2 percakapannya kdg2 berbunyi mcm dia frust dgn bekas majikan dia. sampai aku pun x tau nak ckp apa. ada aje modal dia nak bercerita. sampai my gyabo pun naik bosan. mcm bagus je dia ni. siap ckp dia terer masak chicken chop. wah! dlm ati aku pikir haruslah aku mengujinya ttg masakan ni. masa sampai je kat umah dia pun dgn tangkasnya wat keje. dlm ati aku kata rajin sungguh dia ni. spt mulut dia yg ligat berkata2 begitu juga dia wat keje. sampai aku soh dia relax & berehat je dulu. esok bole wat keje tu sume. esok pg nyer (selasa) waktu aku sibuk kat dapur utk siapkan bekpes dia pun dtg utk menolong. pas tu sibuk je dia soh tgk kat mata dia yg sembab. katanya dia x leh tido. heran gak aku. apa kes??? katanya dia menangis2 semalaman. waktu dia tido dia bermimpi yg arwah isteri bekas majikannya telah pegang tgn dia & tanya dia nape dia tegar tinggalkan anak2 dia tanpa jagaan. wah! ni sudah lain ni. ni keturunan 'waris jari hantu' ke? huh! takutnya aku dgr. katanya lg dia dah sms kat bekas majikannya utk minta maaf sbb x dpt nak keje dgn keluarga dia lg. pas tu aku pun malas nak layan. lps je brief dia apa yg patut dia lakukan aku pun gi la keje. masa kat opis aku try call umah. Yasmin kata maid tu dok kat dlm bilik je keje nyer. apa hal plak ni??? ptg tu tgh aku sibuk wat keje tetiba dia call aku plak. sibuk je dia tanya samada kakak dia ada call aku atau tidak. dlm ati aku dah tergerak sure ada sesuatu bakal berlaku. katanya kakak dia soh dia balik Indon. tanpa alasan yg kukuh dia kata kakak dia soh dia berhenti keje & balik Indon. apahal tetiba je kena balik Indon? huh! nak menipu aku la tu. aku pun sound la dia. nak main2kan aku ke apa? smlm ckp ok aje nak keje dgn aku. aku pun terus call agent kat Keramat utk bertanyakan apakah masalah dia sebenarnya. rupa2nya dia dah ngadu kat agent tu katanya dia bosan & sunyi kat umah aku. ye la masa dia keje dgn bekas majikan dia dulu dia sgt bebas utk kesana-kemari. org tu dok kat dlm KL. mmg la senang dia nak naik bas or tren utk dia bergerak. umah aku ni kan tpt jin bertendang. kat dlm utan ni mana ada public transport utk digunakan. dia rasa terkurung agaknya. yg aku geram tu sebelum aku amik dia aku dah inform dia & dia pun fully aware yg umah aku ni category outskirts. jgn mimpi la nak bebas ke hulu ke hilir. kalo takde private transport mmg x leh nak bergerak. masa kita brief tu npk ok je. x kisah kononnya. ni tetiba nak berhenti plak. kononnya lps raya nanti dia nak dtg balik keje dgn aku. hmmm.. aku kata x payah la. aku dah takde ati nak terima dia keje dgn aku. masalah besar aku cuma bulan posa je. kalo lps raya tu dah takde hal sgt. bulan posa nanti aku takut aku terlewat sampai umah & x sempat nak masak utk makanan berbuka. bukan x leh nak beli. tapi kdg2 x kena dgn selera. kdg2 plak bila lewat sket makanan pun dah abis. tak ke hampa bila tgk takde makanan utk dimakan. aku ni kan keje jauh dr umah. distance tu mmg jd masalah besar utk aku. bila jd mcm ni mula la wat aku rasa mcm nak pindah balik dok kat apartment aku yg kecik tu. walaupun kecik tapi ianya terletak dlm centre of KL. dr umah 10 minit je dah leh sampai opis aku ni. kalo jem 1/2 jam gak la. hmmm.. back to the telenogiler ni. aku pun malas nak pikir lg. wat penin paler je. kalo aku paksa dia keje pun tapi hati dia x ikhlas caner. kang tah apa2 dia wat lg la susah. so, ari selasa mlm tu gak aku soh my gyabo anto maid tu balik. x yah nak tunggu keesokan harinya. nyampah aku nak tgk muka dia. x penah aku jumpa maid cenggini. ckp berdegar2. tapi suka main wayang. siap nangis lg peluk aku. yg herannya masa aku soh my gyabo anto dia kat Keramat dia kata nak turun kat KLCC. aku dgr dia ada call somebody. pelik bin ajaibnya masa bergayut tu dia ckp bahasa malaysia. aikkk!!! biar betul. npk sgt menipunya. dialog dia berbunyi begini "abang tunggu saya kat KLCC ye. kol 10.40 mlm nanti saya sampai. tunggu tau." apa nih??? aku syak dia contact balik bekas majikan dia. bila aku citer kat kengkawan opis ni derang membuat hipotesis bahawa dia ada affair dgn bekas majikan dia. maklum la kan org tu duda. ntah la. masa nak berpisah dgn dia mlm tu aku ada tanya kat dia. "kamu ni ckp dgn sape? kenapa ckp bahasa malaysia plak?" katanya "itu abg ipar saya punya sedare yg mmg pandai ckp bahasa malaysia". huh! logik ke? kita ni kalo bersembang dgn sedara- mara sure la nak ckp loghat kpg kita sendiri kan? nape plak nak ckp loghat org lain? ishhh.. x paham aku. agent tu pesan kat aku x payah bayar dia apa2 pun. tapi aku x la sekejam itu. aku kira balik gaji utk sehari yg dia keje tu. mungkin dia rasa guilty agaknya dia x nak amik duit tu. beriya2 dia menolaknya. hmm.. x nak sudah la. selamat duit aku. hahaha...

Monday, August 10, 2009

Selaut Kasih Segunung Impian

Irfan dgn baju pebret - Ferrari kaler merahnya yg sgt terang-benderang.

tajuk di atas adalah utk program motivasi bersama keluarga di Sek. Ren. Agama (SRA) tpt Irfan belajar sesi ptg. Irfan ni mmg la. x pernah nak amik berat pasal skola ni. pg sabtu tu masa nak gi SRA sibuk je nak pakai baju askar yg celoreng2 tu. bila aku x bg dia sibuk nak pakai baju Ferrari yg kaler merah tu. aku pun malas nak gaduh dgn dia. biarkan aje dia nak pakai baju apa pun. lg pun dah lewat. sepatutnya acara bermula jam 8.45am. tapi aku dok gosok baju yg aku nak pakai masa tu. kelam kabut aku nak setel hal2 umah sume. dah la my gyabo takde. nak basuh kain la, sidai kain la, lipat kain la. bla..bla..bla.. sampai SRA dah jam 9.00am. huh! mujur x bape ramai lg org dtg. masing2 pun lewat agaknya. masuk je kat perkarangan SRA tu aku tgk kengkawan dia sume pakai baju skola. baju melayu & samping ijau & merah. pas tu aku pun sound la dia. "apa nih! adik nak gi fashion show ke apa? kengkawan adik sume pakai baju skola". dia pun mula la sentap. dan2 tu ajak balik tukar baju. huh! aku marah la dia. "takde masa ibu nak patah balik umah. mana ada ibu gosok baju skola adik? ibu kan gosok utk seminggu masa ari ahad". kalo aku nak patah balik umah utk gosok baju dia bape lama plak nak dtg balik semula ke SRA? pas tu dia wat hal x nak klua kete. dia kata dia nak lepak dlm kete je. manyak cantikkk.. aku ckp kat dia "kalo adik x nak klua kete ibu akan panggil Ustazah adik". dia pun dgn slow motion nyer klua dr kete. huh! tau takut. tapi dia dok menyorok kat belakang aku. pelan2 dia mengekori aku masuk ke dlm dewan. masa kat pintu dewan tu kengkawan dia pandang2 kat dia one kind aje. dia tersipu2 menyorok kat belakang aku. ishh!!! bikin malu betul anak aku nih. mujur masa kat registration table tu dia x kena sound ngan Ustazah dia. lps register aku pun menonong je masuk dewan & dok kat bahagian belakang. budak2 skola patutnya dok kat depan. dah dia x pakai baju skola dia pun nyorok la kat belakang. jenuh kengkawan dia panggil ajak dia dok kat depan. hmmm.. dia wat derkkk je lepak kat sebelah aku. sabo je la...


lebih kurang 10-15 menunggu maka acara pun bermula. speaker utk program motivasi itu adalah Ustad Kamaruzaman atau lebih dikenali dgn Ayahanda airmata. huh! dgr nama je dah wat org terpegun. apakah telenovela akan berlaku? mujur takde kena mengena dgn Ayah Pin. hehehe... Ustad tu berceramah tanpa menggunakan mic. power betul sore dia. 1 dewan tu dia kasi gegar. mmg takde rasa mengantuk langsung. sgt menarik bahan ceramah yg disampaikan. pertanyaan beliau pd anak2 yg wat aku sentap adalah "kemanakah ibu bapa awak nak pergi sekiranya awak sbg anak2 x bertanggungjawab?" ye la kan... takkan kita sampai ke tua nak keje je. sampai bila nak menongkat langit? Ustad tu mmg sungguh berwibawa. sgt touching la acara motivasi tu. tgh2 dia berucap tu dia bole wat sesi mesra ibu & anak. mula2 Ustad tu panggil aku. bila dia tanya mana 1 anak aku maka aku pun tunjuk la Irfan kat sebelah. mungkin dia ingat Irfan bukan skola kat situ kot sbb dia x pakai baju skola. pas tu dia tanya plak org kat dpn aku. bila pompuan tu klua anak dia pun turut klua. aku ingat apa la Ustad tu nak wat. rupa2nya dia soh anak itu bersalaman & memeluk ibu dia sambil meminta ampun & maaf. aduh! mmg sgt sebak aku rasa. nak2 Ustad tu siap nyanyi lagu arwah Sudirman Hj Arshad. aku pun tatau apa tajuk lagu tu. tapi yg aku perasan dlm drama bertema kekeluargaan Rashid Sibir slalu ada lagu tu. liriknya berbunyi cenggini "ayah dan ibu.. ayah dan ibu.. itulah permulaan kami.." perhh.. tersentap jiwa & raga aku. mula la aku terkenang pd arwah mak & abah aku. aku tgk bebudak tu pun sume dah pakat mengalirkan air mata. Irfan pun sama gak. lps bersalaman & berpelukan dgn aku dia pun ikut tkp leleh gak. pas tu Ustad tu sambung plak nyanyi lagu Aishah bertajuk Syurga di bawah telapak kaki Ibu. uwaaaa... abis sume org kat dlm dewan tu jd tkp syahdu & tkp leleh. ada yg sampai melolong sambil menyebut Ibu..Ibu.. spt yg diduga telenovela telahpun bermula. aduh! dah la mlm sebelum tu pun aku dah tkp leleh masa sesi tazkirah kat masjid. nangis je la keje aku. tapi mmg power la program motivasi kat SRA. bila balik umah je aku tgk Irfan terus meluru ke dapur. aku ingat dia nak minum ke hape? rupa2nya dia terus gi basuh pinggan yg ada 2-3 biji kat dlm sink. masa pagi sebelum gi skola tu kitorang mkn mihun goreng. nak rushing punya pasal x sempat aku nak bereskan pinggan mangkuk tu sume. terkejut aku. ingatkan Yasmin yg rajin basuh pinggan. tgk2 si Irfan yg dok kelentung-kelentang kat dapur. wah! betul2 dah bermotivasi si Irfan nih. berbangga sungguh rasanya ada anak yg rajin membantu. Yasmin bila tgk adik dia rajin dia pun ckp la dia ada tolong aku sapu sampah. hehehe...nak jugekkkk mendapat pujian. ye la... i'm thankful for having both of you. you both are my charming prince & lovely princess. walau bagaimanapun aku mmg respect la dgn Ustad tu. dlm sibuk berceramah pandai dia 'sambil menyelam minum air'. dia mmg terer dlm bab2 marketing strategy. masa nak end the session dia siap uar2kan yg dia ada bwk air solat hajat, kismis etc... tgk tu sume utk jualan. yg x tahan tu siap ada minyak aura lagik. hahaha... kalo ada aura mcm Mawi tu kira bagus gak la. sure masyuuuukkkk. tapi org mmg serbu la kat kete dia. masing2 berlomba2 membeli barangan yg dijual oleh Ustad tu. plak tu dia ada wat pekej umrah gak. wah! mmg betul2 wat duit dia nih. kagum aku melihatnya. cayalah...

Friday, August 7, 2009

just the 3 of us

huhu.. just the 3 of us.....
mlm td my gyabo telah meninggalkan aku & anak2 utk bersuka-ria bersama teman2 old school dia. kengkononnya nak gi memancing ke Tasik Kenyir. huh! x pernah plak selama ni dia wat xtvt cenggitu bersama teman2nya. amboi!!! ayat mcm berbau jeles je. sungguh tak sedar diri. hahaha.. selama ni cuma aku je yg slalu berpoye2 bersama teman2ku utk acara JJCM. ke Korea la, Bandung la, Jakarta la, Singapore la, Brunei la, Melaka la, Johor la... skang ni bila kena tinggal baru la rasa azabnya. tah apa la yg my gyabo rasa bila dia kena tinggal kat umah kan? takpe..takpe.. skang ni i bg chance kat u. msg to my gyabo: bersiap-sedia la utk kena tinggal next February. hahaha...

hmmm... disebabkan ketiadaan my gyabo hidupku jd berantakan. dah la takde maid plak tu. sume aku nak kena uruskan sensorang. nak kena siapkan bekpes & lunch budak2 tu lagi. td kol 7.30am baru aku klua umah utk ke opis. apa lagiiii!!! jln pun jem giler la. lg skali bos aku dtg dulu dr aku. hahaha... bila aku sampai je tgk2 dia dah tersenyum tunggu kat depan bilik aku. nak wat caner?? aku pun tersengih2 je la. kol 9am baru sampai opis. ari ni aku park kete jauh kat flat belakang sana. puas la menapak. sabo je la. balik keje kang aku mmg nak kena rushing. nak kena amik Yasmin kat skola. pas tu nak kena amik makanan yg aku order kat Layar Jati utk di bwk ke masjid. mlm ni nak gi masjid utk forum Perdana. aduh!! sume aku nak kena wat sorang2. dah la esok kat skola agama Irfan pun ada perjumpaan gak. si Irfan tu memandai je bg confirmation kata mak bapak dia akan hadir ke skola. haishh!! dia tatau yg abah dia takde weekend ni. aku la kena setel mende2 ni sume. tapi esok punya hal aku x kisah. takde masalah besar utk aku. cuma mlm ni je. uwaaa.... aku kena korbankan masa utk menonton Nur Kasih. program kat masjid tu tatau kol bape abis nyer. aku rasa mcm nak cabut balik je lps solat isyak nanti. x yah tunggu acara mkn2 tu sume. tapi sian plak kat Irfan. dia musti nak mkn2 dgn kengkawan dia. hmmm... npk gayanya aku kena call Layar Jati tu utk menambah order. aku kena put aside makanan utk diriku & anak2. kang berlapar la plak & kebulur kat umah.

Wednesday, August 5, 2009

renang berirama

circle in da pool... mana 1 makcik & mana 1 anak sedare nih... kih..kih..kih..

renang berirama yg out of tempo.... muakakaka..


saranghae in da water...


control ayu la kononnya...


huhu.. td baru dpt gambo2 aksi terlampau ni dr angah. ni gambo2 masa berpoye2 di PD ari tuh. keadaan swimming pool yg tenang telah dikecohkan oleh group kitorang. bila kitorang masuk je terus jd havoc. miss world/miss universe pun kalah la dgn aksi2 kitorang. kalo derang tgk pun sure mkn ati punya. hahaha... kebabooommmm.. mana la x terus demam aku nih. over tauuuu.. ari tuh mmg aku takde amik byk gambo pun. maklumlah si angah ada camera SLR yg sgt canggih. apa brg nak guna camera aku yg ketinggalan zaman tuh. hehehe.. mcm2 gaya kitorang berposing. siap wat terjunan maut lagiii. oooppsss.. yg tu x leh la nak ltk kat sini. gambo2 tarak kesian punya.

Monday, August 3, 2009

mlm ni nak dinner kat mana ek?

waduh2!! sejak maid takde ni penin paler aku memikior kan nak mkn dimana? gyabo dah ckp x yah nak masak2. hehehe... happy sungguh rasanya dgr dia ckp cenggitu. teringat kat kakUda. selama ni bila dia bercerita bab2 mkn kat luar aku slalu ketawakan dia. mana ceruk restoran pun sume dia tau. skang ni aku la plak kena situasi cenggini. last friday time balik keje je aku dah beli KFC siap2. ingatkan my gyabo balik lbt sbb dia ada game. so, aku beli cukup2 je utk aku dgn anak2. elok je kitorang abis mkn dia call Yasmin tanya mkn apa utk dinner? Yasmin pun story la kat dia. aku ingat dia beli la makanan utk diri dia sendiri. yg dia plak ingat makanan ada lg. dia menonong je balik tanpa apa2 makanan. last2 dia bantai mkn maggi je. hahaha... isterinya yg x bape rajin ni kalo dah dpt tgk tv jgn harap la nak ke dapur lg. nak2 tgh sedap tgk Nur Kasih plak tu. mintak maaf la byk2. pg sabtu tu plak masa my gyabo nak anto Irfan gi tution dia beli roti canai utk bekpes. pas tu waktu tghari aku & anak gi kenduri kat umah jiran. hehehe.. masa ada maid aku dok menyombong x nak gi kenduri-kendara ni sgt. tapi dah malas nak masak buat muka tebal menonong je gi. lg pun my gyabo gi golfing. plak tu jiran depan umah tu pun takde geng nak gi kenduri. so, jln skali je la dgn dia. lg pun dah la jiran tu tolong anto Ifran gi skola. takkan la aku x berbaik2 dgn dia. walaupun perkhidmatannya kubayar tapi still kena la menjaga silaturrahim kan. lepas dah citer lunch. disebabkan aku dah kenyang waktu mlm tu mmg aku x mkn dah. tapi bebudak tu la lapar plak. punyalah kejam ibu derang nih. soh derang mkn maggi je. my gyabo pun lbt balik. main golf apa sampai ke mlm tah la. Irfan plak sibuk je nak mkn ikan kerapu. hmmm.. x yah nak merapu la. abah dia x tau kol bape nak balik. layan je la maggi tuh. mujur la derang berdua tu anak2 yg mendengar kata. maggi pun maggi la. janji perut kenyang. pg ahad plak my gyabo ajak gi pekena capati kat restoren RN Teguh. sedapnya mkn capati dgn kari sardin. nak senang citer aku bungkuskan nasi lemak utk derang punya lunch. huh! x sampai tghari derang dah lapar. nasi lemak pun licin. hahaha.. bagusnya ibu derang ni kan. ptg smlm ada b'day party kat umah jiran. jd mmg ingat malas nak masak la. tapi kesian plak kat derang. so, tghari tu aku goreng nasi sket la wat alas/lapik perut sementara nak tunggu b'day party tu start pd kol 4.30pm. kang takut plak anak2ku kebulur plak ke umah org mcm mak bapak dia x bg mkn. tapi bebudak tu pun dah jumpa kengkawan derang kat situ bukannya nak mkn sgt. ada mcm2 acara kat situ. jiran tu siap panggil clown utk memeriahkan acara. temanya pun cowboy style. ada yg dressing memenuhi tema & ada yg tak. sibuk je Irfan susah ati nak pakai baju apa. ishh!! x kuasa aku nak carik baju tema. pakai je black & white seperti yg stated kat dlm invitation card. mujur Irfan happy sbb dia dpt lucky draw. actually, makanan kat umah b'day tu mmg berlambak2 & ada pelbagai menu. tapi rasanya mcm kureng sket la. ada charkueytiaw, mee & mihun goreng, nasi lemak, nasi kerabu, sosej, kuih karipap, muffin, kek gula hangus, agar2, puding, tapai, rojak buah & buah2an. rasanya lauk-pauk kenduri ari sabtu tu lg sedap. ada ikan keli masak cili, daging masak itam, ayam bakar & pecal selain dr kuih-muih spt karipap, kasui, tapai & kek coklat. suka benar derang dgn tapai. aku x mkn pun. perhhh!! sungguh menyelerakan makanan kat umah kenduri tu. mlm td plak kitorang dinner kat restoran As-Salam. hmm.. biasa la bebudak ni. kalo dah gi situ musti nak order western food. Irfan nak sosej berkeju, Yasmin plak chicken chop. my gyabo mkn chicken wing & aku plak order salad/coleslaw je. uwaaa.... jenuh aku mkn salad/coleslaw. dah la aku punya semangkuk pas tu Irfan punya pun sume campak kat aku. apa nih??? teruk tau. sayur bukan main bagus utk kesihatan pun dia x nak mkn. hissh!!! masalah betul. pg td aku pesan kat Irfan soh mkn kenyang2 kat skola. aku mmg x masak apa2 utk tghari sbb Yasmin pun gi skola pg sampai ptg. Irfan pun cuma balik tghari kejap utk tukar baju ke skola agama je. mlm ni punya citer x tau lg. Irfan dah sibuk nak mkn ikan kerapu kat restoran Layar Jati. mmg Thai food kat situ sgt heaven. pg td aku dtg lewat ke opis. bos aku sibuk je tanya tealady aku. dia ingat aku demam & x dtg keje. apa kes? bos dtg dulu drpd secretary. hahaha.. dia x tau yg aku ni kelam kabut sbb maid takde. nak kena wat bekpes utk anak2 bwk gi skola. lunch td masa lepak kat pantry aku pun story la kat dia. mujur la dia paham & siap ajar aku caner nak manage dgn hal2 sebegini. maklum la kan dia pun ibu tunggal. lg la berpengalaman dlm bab2 ni bila takde maid. kalo aku nak komplen & bising2 lg la x patut. bila pikir2 balik ada org yg lg susah dr aku. ganbatte.. chaiyokkk..
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates