aaaarrgghhh.. geramnya sgt2. sebelum maid aku menamatkan perkhidmatanya dgnku aku telah dijanjikan utk mendapat maid baru oleh agent kat Keramat. tunggu punya tunggu akhirnya dpt la. tu pun janji nak dtg 4hb last week tapi asyik bertangguh je. patut la sehari dua ni my instinct spt memberitahu bahawa maid yg bakal dtg ni mcm x bape sesuai utk aku. aku asyik rasa x sedap ati je. tapi sbb dah janji aku accept je la maid tu. maid ni dah penah keje sebelum ni. kononnya bekas majikan dia adalah anggota polis. katanya polis tu adalah seorang duda. isteri pertamanya telah meninggal dunia. kemudian dia berkawin pula dgn seorang wanita yg juga anggota polis. tapi katanya x bertahan lama terus cerai. lantak la. aku malas nak fikir2 masalah org ni. the moment aku amik maid ni kat Keramat masa lps keje ari isnin tu aku dah rasa x comfortable. x henti2 dia bercakap kat dlm kete. bibit2 percakapannya kdg2 berbunyi mcm dia frust dgn bekas majikan dia. sampai aku pun x tau nak ckp apa. ada aje modal dia nak bercerita. sampai my gyabo pun naik bosan. mcm bagus je dia ni. siap ckp dia terer masak chicken chop. wah! dlm ati aku pikir haruslah aku mengujinya ttg masakan ni. masa sampai je kat umah dia pun dgn tangkasnya wat keje. dlm ati aku kata rajin sungguh dia ni. spt mulut dia yg ligat berkata2 begitu juga dia wat keje. sampai aku soh dia relax & berehat je dulu. esok bole wat keje tu sume. esok pg nyer (selasa) waktu aku sibuk kat dapur utk siapkan bekpes dia pun dtg utk menolong. pas tu sibuk je dia soh tgk kat mata dia yg sembab. katanya dia x leh tido. heran gak aku. apa kes??? katanya dia menangis2 semalaman. waktu dia tido dia bermimpi yg arwah isteri bekas majikannya telah pegang tgn dia & tanya dia nape dia tegar tinggalkan anak2 dia tanpa jagaan. wah! ni sudah lain ni. ni keturunan 'waris jari hantu' ke? huh! takutnya aku dgr. katanya lg dia dah sms kat bekas majikannya utk minta maaf sbb x dpt nak keje dgn keluarga dia lg. pas tu aku pun malas nak layan. lps je brief dia apa yg patut dia lakukan aku pun gi la keje. masa kat opis aku try call umah. Yasmin kata maid tu dok kat dlm bilik je keje nyer. apa hal plak ni??? ptg tu tgh aku sibuk wat keje tetiba dia call aku plak. sibuk je dia tanya samada kakak dia ada call aku atau tidak. dlm ati aku dah tergerak sure ada sesuatu bakal berlaku. katanya kakak dia soh dia balik Indon. tanpa alasan yg kukuh dia kata kakak dia soh dia berhenti keje & balik Indon. apahal tetiba je kena balik Indon? huh! nak menipu aku la tu. aku pun sound la dia. nak main2kan aku ke apa? smlm ckp ok aje nak keje dgn aku. aku pun terus call agent kat Keramat utk bertanyakan apakah masalah dia sebenarnya. rupa2nya dia dah ngadu kat agent tu katanya dia bosan & sunyi kat umah aku. ye la masa dia keje dgn bekas majikan dia dulu dia sgt bebas utk kesana-kemari. org tu dok kat dlm KL. mmg la senang dia nak naik bas or tren utk dia bergerak. umah aku ni kan tpt jin bertendang. kat dlm utan ni mana ada public transport utk digunakan. dia rasa terkurung agaknya. yg aku geram tu sebelum aku amik dia aku dah inform dia & dia pun fully aware yg umah aku ni category outskirts. jgn mimpi la nak bebas ke hulu ke hilir. kalo takde private transport mmg x leh nak bergerak. masa kita brief tu npk ok je. x kisah kononnya. ni tetiba nak berhenti plak. kononnya lps raya nanti dia nak dtg balik keje dgn aku. hmmm.. aku kata x payah la. aku dah takde ati nak terima dia keje dgn aku. masalah besar aku cuma bulan posa je. kalo lps raya tu dah takde hal sgt. bulan posa nanti aku takut aku terlewat sampai umah & x sempat nak masak utk makanan berbuka. bukan x leh nak beli. tapi kdg2 x kena dgn selera. kdg2 plak bila lewat sket makanan pun dah abis. tak ke hampa bila tgk takde makanan utk dimakan. aku ni kan keje jauh dr umah. distance tu mmg jd masalah besar utk aku. bila jd mcm ni mula la wat aku rasa mcm nak pindah balik dok kat apartment aku yg kecik tu. walaupun kecik tapi ianya terletak dlm centre of KL. dr umah 10 minit je dah leh sampai opis aku ni. kalo jem 1/2 jam gak la. hmmm.. back to the telenogiler ni. aku pun malas nak pikir lg. wat penin paler je. kalo aku paksa dia keje pun tapi hati dia x ikhlas caner. kang tah apa2 dia wat lg la susah. so, ari selasa mlm tu gak aku soh my gyabo anto maid tu balik. x yah nak tunggu keesokan harinya. nyampah aku nak tgk muka dia. x penah aku jumpa maid cenggini. ckp berdegar2. tapi suka main wayang. siap nangis lg peluk aku. yg herannya masa aku soh my gyabo anto dia kat Keramat dia kata nak turun kat KLCC. aku dgr dia ada call somebody. pelik bin ajaibnya masa bergayut tu dia ckp bahasa malaysia. aikkk!!! biar betul. npk sgt menipunya. dialog dia berbunyi begini "abang tunggu saya kat KLCC ye. kol 10.40 mlm nanti saya sampai. tunggu tau." apa nih??? aku syak dia contact balik bekas majikan dia. bila aku citer kat kengkawan opis ni derang membuat hipotesis bahawa dia ada affair dgn bekas majikan dia. maklum la kan org tu duda. ntah la. masa nak berpisah dgn dia mlm tu aku ada tanya kat dia. "kamu ni ckp dgn sape? kenapa ckp bahasa malaysia plak?" katanya "itu abg ipar saya punya sedare yg mmg pandai ckp bahasa malaysia". huh! logik ke? kita ni kalo bersembang dgn sedara- mara sure la nak ckp loghat kpg kita sendiri kan? nape plak nak ckp loghat org lain? ishhh.. x paham aku. agent tu pesan kat aku x payah bayar dia apa2 pun. tapi aku x la sekejam itu. aku kira balik gaji utk sehari yg dia keje tu. mungkin dia rasa guilty agaknya dia x nak amik duit tu. beriya2 dia menolaknya. hmm.. x nak sudah la. selamat duit aku. hahaha...
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kdg2 kita punya instinct boleh bagitau kita, ada sesuatu yg tak kena dgn seseorang tu, walaupun baru 1st time jumpa kan?
harap lekas dapat yg baru. yg lebih cocok ;)
betul.. betul.. betul..
1st time sy bercakap dgn maid tu on the phone pun dah rasa lain mcm.
ya Lara. saya pun harap dpt pengganti maid yg baru secepatnya. tapi sekarang ni mmg susah sikit. dia orang nak berpuasa & beraya kat kampung dia orang dulu sebelum mula kerja kat sini.
aku simpati kat ko, huhuhuhu maid of honor aku pon cuma tinggal 4 ari je lagi. dah keluar dah perangai 'aku-perasan-bagus-so-what-gitu-lho' nasib baik tak pecah counter top granite aku semua benda dia hempas, tunjuk tak puas ati kat aku. lepas tu nyesal pulak, buat muka seposen pun tak laku. boleh gak merayu-rayu nak aku bawak dia gi suping.
erk, ramadan kareem, aku dah terumpat lak, sib baik aku cuti hehehe
terima kasih kerana bersimpati pd ku. huh! rasa mcm x cukup tido je skang ni. kol 4.40am dah bangun utk sediakan makanan utk bersahur. kang balik keje nak kena rushing utk sediakan makanan utk berbuka plak.
oooo.. org baru puasa awak dah raya ye. slmt ari raya utk kLavu. hehehe... pandai plak maid tu wat rayuan gombal nak gi supin. tapi tu la kan. kita ni kdg2 tak sampai ati nak kecewakan dia. sabo je la ye.
Post a Comment