Monday, November 23, 2009

Senario The Movie Episode 2: Beach Boys


last saturday night kitorang gi tgk wayang kisah yg tersebut di atas tu. pjg sgt tajuknya. malas nak retype. hehehe.. actually takde plan pun nak tgk wayang. lps zohor kitorang dah klua umah utk gi kenduri umah kwn my gyabo. dia wat kenduri tahlil. hmmm... agak rushing kitorang mkn sbb aku dah janji dgn kakNoor & Notie utk berdating dkt jln TAR. dah la sesat barat kat Shah Alam tu nak cari umah kwn dia. mana taknya. 1st time gi dulu adalah kira2 4 years ago. bertahun x jejak area Kota Kemuning tu. mkn langsat la kitorang. dah la hp my gyabo tetiba bateri kong. tgh ckp2 dgn kwn dia tu terus off. pas tu main redah je la. bila tukar sim card dia ke hp aku baru la call kwn dia semula. at last dpt gak la jumpa umah kenduri tu. dah jamah makanan sket lebih kurang kitorang pun minta diri. sian kat kakNoor & Notie yg dah tunggu lama. dkt kol 4pm baru aku sampai jln TAR. my gyabo drop me at Sogo & dia terus gi cari parking. aku pun terus dptkan kakNoor & Notie. setelah urusan selesai dgn derang berdua aku pun gi semula ke Sogo. mak aiii!! ramai sungguh org bershopping. ye la kan. cuti skola terlahpun bermula. nak gerak pun susah. tapi aku x beli apa pun. pikir nak balik kpg raya haji ni. jd cuma window shopping je la. tgh jln2 tu terjumpa plak Kak Aina Emir. dia tgh jln dgn sedare mare dia kot. setelah bertegur sapa dgn dia aku pun cari la my gyabo & anak2. hangin betul aku bila call dia x dpt2. tah ape2 la. dkt 2 jam aku melilau kat situ. aku ingat kan hp or line aku problem. aku gi cari public phone tapi x dpt gak call my gyabo. rupa2nya line dia yg problem. grrrr... geram sungguh. sim card dia dah dia transfer ke hp Yasmin. jadinya aku x leh la nak call Yasmin. drpd buang masa gi melilau aku pun terus gi solat asar kat basement. syukur alhamdulillah. x lama lps tu baru line dia ok. pelik bin ajaib betul la. aku pun pakai line yg sama. caner plak aku punya ok & dia plak ko. issshhh.. x paham betul aku. mujur masa aku boring sensorang tu aku dpt msg utk amik caller ringtone Nur Kasih. hmm.. apa lg aku pun amik je la. 3 version skali angkat. hahaha.. kalo korang call aku lps ni mmg dgr 3 version lagu Nur Kasih. amik ko.

eh! apa yg aku melalut ni. enough said. sgt lari dr tajuk. hehehe.. citer senario tu not bad. biasa la Senario kan mmg lawak. tapi yg menambahkan lawak giler tu ialah Mek kelate tu. sape tah nama sebenarnya. aku suka dgr loghat kelate+siam dia. Marsha & Maria Farida pun ok gak lakonan derang. part yg kelakar bg aku ialah masa Azlee jd tukang urut siam. lawak giler la. sampai tercabut kaki palsu omputeh tu dikejekannya. pas tu part Lan Pet2 jd aerobic instructor pun lawak gak. hehehe.. kelakar tgk dia pakai pario singkat sambil ajar org senamrobik kat tepi pantai. Wahid plak jd coach utk swimming class. emm.. lokasi citer ni adalah di P. Pangkor. tgk citer ni mmg mengimbau kenangan lalu me & my gyabo la. ye la kan. masa study dulu bila semester break je musti kitorang gi camp-fire kat situ dgn kengkawan. bila time air surut tu kitorang bole jln kaki je gi ke Pulau yg jaraknya dlm 500 meter. aduh! bila la nak mengulangi kenangan terindah kami kat sana ye. tapi dah ada anak2 ni mmg payah sket la. bukan anak2 je yg masalah. ibu derang pun bermasalah gak. dulu2 time bercinta x kisahpun ada byk unggas & nyamuk yg mengganggu. sbb nanti ada org yg tolong halau. hahaha.. skang ni sgt tak relevant la npk gayanya. takkan la dia layan aku sorang je bila mana ada 2 kanak2 riang tu bersama. ooppsss.. skali lg lari dr tajuk la. apa2 pun pd sesiapa yg meminati kump. Senario mmg sesuai la menonton citer ni. pasti menghiburkan.

Friday, November 20, 2009

farewell karaoke

huhu... Yati our officemate is leaving the company. utk meraikan hari terakhirnya di office kitorang gi melalak kat ktv. pg td kat opis dah wat mkn2. perut pun rasa kenyang lg. maka kitorang abiskan lunch time kat ktv tu aje. kebetulan staff dr KK pun ada dtg meeting kat HQ. kitorang ajak la si Monique ikut skali. actually nak ajak Mus skali. dia pun our staff from KK branch. tapi dia nak gi solat jumaat. kalo dia ikut sure la kitorang surrender & menganga & melopong tgk dia nyanyi. sore dia mmg power giler. maklum la mmg keturunan berdarah seni. dia adalah pakcik kepada Azharina. penyanyi yg bersuara husky. meremang bulu roma kalo dgr dia nyanyi live. Mus ni juga merupakan paikcik kpd Farish seorang pelakon & juga pengacara di Astro.
kali ni aku cuma sempat nyanyi 3 buah lagu je. lagu2 yg aku nyanyi ialah Can't fight the moonlight, Ilham di matamu & Bukan kemahuan fikiran. ingatkan nak nyanyi agu Jangan kau ucapkan selamat tinggal. tapi takut ada yg tkp leleh plak. hehehe.. As pun nyanyi 3 lagu gak. kitorang saje je bg Monique release tension dgn melontarkan suaranya sesuka hati. byk gak lagu yg dia nyanyi. hahaha... ok gak sore dia. Yati gak yg bersuara emas. susah nak dgr dia nyanyi. dia still shy2 cat lg gamaknya. tak pun sedih nak tinggalkan kitorang. ye ke sedih? hahaha...
to Yati : a goodbye isn't painful unless you're never to say hello again.

Wednesday, November 18, 2009

yahoo.. my helper is back

"senangnya dlm hati.. bila maid sudah kembali"... *nyanyi ala2 lagu madu 3 nyanyian arwah Tan Sri P. Ramlee*. hehehe.. actually masa raya ke4 baru2 ni my maid ada call aku ckp nak dtg M'sia semula. aku pun terus la ajak dia keje dgn aku. dulu katanya nak bercuti setahun kat kpg dia. alih2 dah bertukar fikiran & nak keje semula. ekonomi x memberangsangkan gamaknya. tunggu punya tunggu dianya x sampai2 jugak. bape kali kena postponed. mcm2 hal yg berlaku. ye la kan. dia tu amat la penakut & x berani nak travel sorang2. dia sanggup bayar mahal2 utk ikut tekong dia kemari. huh! kalo naik direct flight dtg m'sia ni x sampai pun rm500 utk perjalanan sehala. tapi dia dah berhabis dlm rm2000 gak la. katanya +- 5 juta duit dia. 5 juta tu kalo kat Indon bole supin mcm2. tu x masuk duit dia wat passport lg. tambah lg 1 juta. dlm proses nak wat passport tu pun x leh silap. kalo silap kena 'pow' lg. pergghhh.. mahal tu. kalo nak citer mmg leh jd novel la kisah perjalanan dia utk menjejakkan kaki ke m'sia ni. mcm2 kenderaan dia naik utk sampai ke bumi m'sia ni. dr kpg dia naik bot utk sampai ke Surabaya. pas tu naik flight ke Jakarta. transit jap kat Jakarta & terus amik flight ke Medan. dr Medan dia naik bas utk ke Tanjung Balai. dr Tanjung Balai plak naik kapal laut utk sampai ke Klang. dr Klang dia amik taxi terus ke KL. pergghh.. byk betul pancaroba yg terpaksa dilaluinya. dah la dlm perjalanan masa kat Indon tu byk kali kena tahan dgn pak polisi. tu sume akal nak duit kopi/rokok la tu. kurang2 pun dia kena 'pow' 30ribu rupiah. haishhh.. buta2 je dia memeras org. sian kat dia. sampai kat sini dia dah lembik lotek kata org Perak. sampai licin la duit rupiah dia. hehehe... tu takpe la. yg aku x tahan tu dia leh wat surprise kat aku. bagai nak rak dia janji kat aku yg dia nak keje dgn aku. tapi bila sampai sini dah lain plak kisahnya. tatau la sape sudah racun fikiran dia. tetiba je tengahari ahad tu dia call aku kata nak keje dgn org lain. aku pun terus la tersentap. apa nih?? suka2 je nak mungkir janji. kalo awal2 lg bg tau takde la aku tertunggu2 mcm menunggu buah nak gugur. katanya adik dia dah carikan keje lain utk dia. lps aku slow talk & pujuk2 dia maka dia pun setuju nak keje dgn aku. tapi dia mintak 1 day utk dia rest & menenangkan fikiran. maklumlah dia sampai sini dah tgh mlm minggu ari tu. ikut janji aku nak amik dia ari ahad tu gak. takpe la. asalkan dia setuju dtg aku x kisah la bape ari pun dia nak cuti. janji mesti dtg. bukannya apa. skang ni aku slalu balik keje lbt. sian kat budak2 nak mkn. slalu dok call aku tanya kol bape aku nak balik. umah aku kan kat dlm hutan. kedai mkn pun x mandang kata org Perak. jauh & nak kena ada transport. tup2 ari ahad mlm kakak dia plak call aku. kakak dia tanya bila nak amik adik dia. sebenarnya dia nak tanya samada aku nak increase gaji adik dia ke tak? eh! org tau la. mmg aku plan naik increase gaji dia. takkan la aku nak heboh2. biar la surprise. huh! demand betul. ari isnin tu masa aku amik dia terus dia say sorry kat aku. katanya dia tatau pun yg kakak dia call aku. takkan la dia tatau plak. caner kakak dia leh tau no. phone aku? musti dia dah wat pakatan ni. takpe la. dah aku terdesak, layan je la. rupa2nya adik dia dah arrange nak keje dgn org lain tu dgn gaji yg sgt tinggi. mana la dia x teruja. tapi katanya dah aku baik dgn dia maka dia pun sambung la keje dgn aku. aku malas nak ckp byk. takpe la kalo org wat baik dgn aku musti la aku balas sebegitu juga. skang ni aku dah lega balik. takde la susah ati bila nak berjalan. kdg2 weekend tu malas nak berjalan sbb ati x senang bila memikirkan keje umah yg x beres. nak sapu la, mop la, gosok baju la. skang ni aku bole layan fb, bc novel & menonton tv dgn santainya. harap2 maid aku ni x wat hal lg.

Tuesday, November 3, 2009

happy b'day my lil' princess


selamat puja usia untuk puteriku Yasmin Izzati. you are the one and only girl for abah & ibu. be a good girl & don't be naughty ok. lots of love. muahhhh..

Monday, November 2, 2009

menonton film Papadom


ari sabtu lepas aku menonton film Papadom bersama Yasmin & Irfan kat GSC Alamanda. actually dah lama nak gi tgk. tapi every weekend penuh dgn xtvt open house je. so, last weekend baru la free & berkesempatan utk menontonnya. tahniah & syabas utk Afdlin Shauqi. this is the best film directed by him. ada pelbagai mesej & pengajaran yg boleh kita dapati dlm film ni. hmmm.. sampai Irfan pun turut menangis tgk citer ni. mmg sgt touching. kita boleh insaf melihatkan pengorbanan seorang bapa kepada anaknya. part yg kelakar ialah bila arwah Mun iaitu isteri kepada Saadom & ibu kepada Miasara asyik menghantui Saadom. masa Saadom tgh bwk kete pun arwah Mun bole lecture dia. Saadom siap ckp "hantu ni pun nak ajar aku mengucap". hehehe... pas tu 1 lg babak kelakar ialah bila Gurubesar sekolah Miasara tak bg Saadom masuk sekolah utk menemani anak dia. katanya "kalau saya tak boleh masuk sekolah saya duduk kat luar sekolah". hehehe.. gigihnya dia nak monitor anak dara dia. another part yg wat aku tergelak besar ialah bila kwn Miasara nak wat party utk meraikan kejayaan derang dlm exam. bila kwn dia call Miasara utk invite her to join the party terus Saadom kata "kita akan hadir". lawak la. party budak2 remaja pun dia nak ikut. punya la dia nak kongkong anak dia. ada lg 1 part yg wat aku gelak tak hengat ialah bila Miasara nak test drive. bole plak si Saadom tu gi ubah tiang parking. hehehe... suka2 je. adoyai.. punya la dia berkorban utk anak dia. teringat plak aku masa nak amik driving test dulu. masa tu my gyabo pun turut menyaksikannya. tapi dia bukan tolong. dia dok memerhatikan aku dgn pandangan yg menggerunkan. hahaha... sudahnya mmg aku fail part parking & kena amik 2 kali utk ujian tersebut. bila nak amik 2nd test tu aku siap wat rayuan gombal kat penguasa JPJ tu. siap ckp yg aku ni berdarah gemuruh & jgn la nak uji aku teruk2. aku siap wat muka seposen utk dia tolong kasi aku lulus. kenangan mengusik jiwa betul la. hmmm... berbalik pd citer Papadom td utk sesiapa yg blom menontonnya silalah berbuat demikian. pasti memuaskan selera anda & tidak merugikan.

hingga hujung pernafasan dilangitku

hmmm.. mula2 dgr lagu ni my gyabo & I ingatkan lagu dr tanah seberang. suara Amir mmg ada tone mcm org 'sana'. tapi bila dah dgr byk kali baru la perasan yg ni suara Amir si vocalist Sofaz. kiranya ni la lagu favourite kita berdua saat ini. hehehe...

Hingga hujung pernafasan langitku (Sofaz)
Inilah impian hidupku
Inilah mahunya hatiku
Tercipta satu rasa ini
Untukku memilikimu
Kutahu diriku
Sukar untuk mengatakan semuanya
Kutahu hatiku
Selalunya ada untuk dirimu
Hatiku ini hanya untukmu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kanku temanimu hingga hujung pernafasan dilangitku
Jiwaku tak pernahkan tenang
Bila kau jauh disampingku
Kutahu hatiku
Selalunya ada untuk dirimu
Hatiku ini hanya untukmu
Cintaku ini milikmu untuk selamanya
Lamaranku tulus bersamamu
Kanku temanimu hingga hujung pernafasan dilangitku
ooooo.. inilah impian hidupku
ooooo... menjagamu
hingga hujung nafasku
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates