Wednesday, November 18, 2009

yahoo.. my helper is back

"senangnya dlm hati.. bila maid sudah kembali"... *nyanyi ala2 lagu madu 3 nyanyian arwah Tan Sri P. Ramlee*. hehehe.. actually masa raya ke4 baru2 ni my maid ada call aku ckp nak dtg M'sia semula. aku pun terus la ajak dia keje dgn aku. dulu katanya nak bercuti setahun kat kpg dia. alih2 dah bertukar fikiran & nak keje semula. ekonomi x memberangsangkan gamaknya. tunggu punya tunggu dianya x sampai2 jugak. bape kali kena postponed. mcm2 hal yg berlaku. ye la kan. dia tu amat la penakut & x berani nak travel sorang2. dia sanggup bayar mahal2 utk ikut tekong dia kemari. huh! kalo naik direct flight dtg m'sia ni x sampai pun rm500 utk perjalanan sehala. tapi dia dah berhabis dlm rm2000 gak la. katanya +- 5 juta duit dia. 5 juta tu kalo kat Indon bole supin mcm2. tu x masuk duit dia wat passport lg. tambah lg 1 juta. dlm proses nak wat passport tu pun x leh silap. kalo silap kena 'pow' lg. pergghhh.. mahal tu. kalo nak citer mmg leh jd novel la kisah perjalanan dia utk menjejakkan kaki ke m'sia ni. mcm2 kenderaan dia naik utk sampai ke bumi m'sia ni. dr kpg dia naik bot utk sampai ke Surabaya. pas tu naik flight ke Jakarta. transit jap kat Jakarta & terus amik flight ke Medan. dr Medan dia naik bas utk ke Tanjung Balai. dr Tanjung Balai plak naik kapal laut utk sampai ke Klang. dr Klang dia amik taxi terus ke KL. pergghh.. byk betul pancaroba yg terpaksa dilaluinya. dah la dlm perjalanan masa kat Indon tu byk kali kena tahan dgn pak polisi. tu sume akal nak duit kopi/rokok la tu. kurang2 pun dia kena 'pow' 30ribu rupiah. haishhh.. buta2 je dia memeras org. sian kat dia. sampai kat sini dia dah lembik lotek kata org Perak. sampai licin la duit rupiah dia. hehehe... tu takpe la. yg aku x tahan tu dia leh wat surprise kat aku. bagai nak rak dia janji kat aku yg dia nak keje dgn aku. tapi bila sampai sini dah lain plak kisahnya. tatau la sape sudah racun fikiran dia. tetiba je tengahari ahad tu dia call aku kata nak keje dgn org lain. aku pun terus la tersentap. apa nih?? suka2 je nak mungkir janji. kalo awal2 lg bg tau takde la aku tertunggu2 mcm menunggu buah nak gugur. katanya adik dia dah carikan keje lain utk dia. lps aku slow talk & pujuk2 dia maka dia pun setuju nak keje dgn aku. tapi dia mintak 1 day utk dia rest & menenangkan fikiran. maklumlah dia sampai sini dah tgh mlm minggu ari tu. ikut janji aku nak amik dia ari ahad tu gak. takpe la. asalkan dia setuju dtg aku x kisah la bape ari pun dia nak cuti. janji mesti dtg. bukannya apa. skang ni aku slalu balik keje lbt. sian kat budak2 nak mkn. slalu dok call aku tanya kol bape aku nak balik. umah aku kan kat dlm hutan. kedai mkn pun x mandang kata org Perak. jauh & nak kena ada transport. tup2 ari ahad mlm kakak dia plak call aku. kakak dia tanya bila nak amik adik dia. sebenarnya dia nak tanya samada aku nak increase gaji adik dia ke tak? eh! org tau la. mmg aku plan naik increase gaji dia. takkan la aku nak heboh2. biar la surprise. huh! demand betul. ari isnin tu masa aku amik dia terus dia say sorry kat aku. katanya dia tatau pun yg kakak dia call aku. takkan la dia tatau plak. caner kakak dia leh tau no. phone aku? musti dia dah wat pakatan ni. takpe la. dah aku terdesak, layan je la. rupa2nya adik dia dah arrange nak keje dgn org lain tu dgn gaji yg sgt tinggi. mana la dia x teruja. tapi katanya dah aku baik dgn dia maka dia pun sambung la keje dgn aku. aku malas nak ckp byk. takpe la kalo org wat baik dgn aku musti la aku balas sebegitu juga. skang ni aku dah lega balik. takde la susah ati bila nak berjalan. kdg2 weekend tu malas nak berjalan sbb ati x senang bila memikirkan keje umah yg x beres. nak sapu la, mop la, gosok baju la. skang ni aku bole layan fb, bc novel & menonton tv dgn santainya. harap2 maid aku ni x wat hal lg.

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates