Friday, March 5, 2010

rombongan cik Siah ke Kuantan

red is in.... kedua2 pihak pun bertemakan kaler merah. hehehe.. ni gambo dr camera my niece.


ari sabtu 27hb yg lalu aku ikut my sis & family gi meminang utk anak teruna dia si Iwan. tgk tajuk kat atas tu mmg dah ala2 rombongan cik Kiah ke sukan komanwel je kan. huh! pelbagai rintangan & cabaran terpaksa ditempuhi utk sampai ke Kuantan. dah mcm masuk treasure hunt pun ada. tah bape kali berhenti kat tgh jln pun x ingat dah. nak2 my gyabo plak dilanda wabak ceri-beri. haishh!! sian dia. sepanjang hidup aku ni la majlis pertunangan yg paling happening pernah terjadi dlm hidup aku. mcm2 hal yg berlaku. nak kata apa. aku sendiri x wat persediaan apa2 pun utk ke sana. main redah je. pd hal my gyabo dah berulang kali soh aku minta alamat umah si Shida tu. mmg aku ada minta. tapi mana la aku tau caner nak ke situ. aku mmg bergantung kat my dearest sister dgn anak2nya. ingatkan nak konvoi & follow belakang derang je. tapi aku plak kol 8.30am baru nak klua umah. mana taknya. my sis kata nak kena ada kat umah si Shida tu lps zohor. jd nyer aku dah bajet baik punya la. plak tu pg2 pi singgah kat post office dulu jap sbb ada registered mail utk aku. huh! aku dah agak dah. sure surat saman punya. mmg ye pun. kitorang dpt saman polis masa gi tgk wayang kat Alamanda. my gyabo mmg suka parking merata2 suka-suki ati dia je. dia ingat jln tu dia punya agaknya. grrrr... mujur x kena byk. cuma 30 hengget je. tapi still duit kan? lps gak la kalo nak wat top-up line h/p sebulan. tapi polis tu pun berkira sungguh. waktu dah tgh mlm pun. mana ada mengganggu lalu lintas jln raya. kitorang tgk midnight masa tu. saje je nak tunjuk rajin la tu. hmmm.. dr post office tu kitorang gerak ke Keramat utk anto maid aku bercuti. dah lama aku x bg dia cuti. so, kasi chance la kat dia utk berehat utk 1 mlm. lps tu kitorang gerak ke Sentul to fetch my niece Nana. then kitorang terus gi bekpes kat Sri Gombak. sebelum meneruskan perjalanan kena la isi perut dulu kan. kang kalo dah masuk highway takut payah nak cari makanan kegemaran. hehehe.. masa tu cik Siah (my sis) dah pun melepasi tol MTD. takpe la. nanti pelan2 kitorang kejar. hahaha... pelan2 la kononnya ye. masa kitorang baru je melepasi area Jengka dia dah call bg tau yg dia dah sampai kat Gambang. mak aii!! cpt nya. pas tu dia leh soh kitorang cpt sket sbb pihak pompuan nak wat majlis ko 12tghari. masa tu dah pun ko 11am. mana nak kejar. dgn my gyabo plak sibuk nak gi 'membuang'. ishhhh.. dugaan betul la. bila dah sampai kat area R&R Kuantan kitorang singgah jap kat situ. ada yg nak melepaskan 'hajat'. masa tu my sis call lg kata dia dah sampai kat Kuantan town. apa lg?? berkejar la kitorang. abg ipar aku punya adik2 pun dah tunggu kat sana. ishhh!! bikin panas betul la. mula2 derang kata nak jumpa kat Giant. then ubah plak tunggu kat stesen minyak petronas. pas tu soh gi kat padang bola la plak. jenuh melilau cari padang bola. at last jumpa gak la. adik si Shida tu pun dah tunggu kat situ. bila ahli rombongan dah cukup maka kitorang pun terus gerak ke umah kenduri. ngam2 je azan zohor berkumandang kitorang pun sampai kat umah kenduri tu. sampai je kat situ kitorang pun kelam-kabut sibuk menyusun brg hantaran. ye la kan. brg2 bwk dr KL sure la dah berantakan jd nya. tetiba masa kira2 brg tu tgk2 x cukup 1. alamak!!! patutnya ada 11 brg. tapi yg ada cuma 10 je. jenuh pikir2 rupa2nya my sis tertinggal 1 dulang yg ada baju nikah. yenadeyyy maaaa... ayoyo... gimana sih! mujur cake yg aku sponsor tu dah soh my sis amik. kebetulan tukang wat cake tu dok kat area umah my sis. tu pun jenuh gak derang kena tunggu cake tu siap. adoyai!! byk betul dugaannya. pas tu dgn 10 dulang tu kitorang redah je ke umah kenduri. nak wat caner. takkan la nak patah balik ke KL utk amik 1 dulang yg tertinggal tu. masuk je kat umah tu pihak sebelah pompuan tu pun takde bertunggu-bertangga lg. terus je start mukadimah. pihak pompuan tu siap panggil tok kadi sbg wakil utk urusan peminangan. yg pihak kitorang ni cuma ada bape kerat je kaum lelaki. dah la my gyabo sakit perut. dia mmg lepak kat luar umah je. yg tinggal cuma my bil's dgn adik dia je terkontang-kanting 2 org utk jd spoke person. hahaha.. kelakar x hengat. tok kadi tu siap berpantun2 lg. tapi biras aku tu selamba dek je jwb mcm biasa. takde pantun2 segala. tok kadi tu pun x kisah. dia pun nak berkejar ke tpt lain utk lain agenda. dah la pg tu dia sibuk nikahkan org sampai 4 pasangan. sure dia semput punya. hmmm.. bila dah setel tu tiba la ke acara utk sarung cincin. melihatkan org lain sibuk dok kluakan camera masing2 maka aku pun teruja gak la nak bergambar. raba punya raba kat dlm handbag akhirnya jumpa gak la my digi cam. tapi heran betul aku apsal la camera aku ni ringan semacam je. tgk2 bateri aku x isi kat dlm camera tu. aku tertinggal kat umah masa charge bateri tu. uwaaaaa.... hancus. punahlah harapan utk berposing sakan. x penah2 seumur hidupku jd cenggini. betul2 mengecewakan. ni la akibatnya kalo nak berjalan tapi x wat persediaan dgn rapi. hmmm.. takpe la kan. nak wat caner. dah nasib. terpaksalah aku menyelit/interframe je kat camera org lain. dah selesai acara sarung cincin maka tibalah acara mkn2. meriah gak kenduri derang tu. selain dr nasi briyani sbg main dish ada gak bubur kacang, bubur pulut itam, cake & kuih-muih. dah kenyang mkn kitorang pun bersambung semula dgn acara berposing dgn si Shida. masa tu anak buahku Iwan pun sampai. wah! dia pun pakai baju putih merah spt warna tema majlis pertunangan dia. aishh.. dah dia yg bertunang. sure la nak sedondon. dah setel kitorang pun gerak ke homestay yg kitorang sewa. malas nak berkejar balik KL. dah dtg jauh2 baik la kitorang berehat seketika. ptg tu kitorang gi jln2 kat Kuantan town. gi mkn satar & seafood kat Tg. Lumpur. ingatkan nak gi naik bot keliling tasik/sungai Kuantan tu. tgk2 long q la. padahal masa tu baru kol 6pm. kalo nak naik gak kena tunggu sampai kol 11pm. tah rombongan bas dr mana dah booking tiket utk naik bot tu. ramai giler. sabo je la. cancel la npk gayanya. dr situ kitorang singgah kat Giant jap. aku nak beli pil chi kit teck aun utk my gyabo. sian kat dia yg x bape nak sihat tu. sebelah mlm tu kitorang berehat je kat bilik. tapi anak2 buah aku klua gi Teluk Cempedak bwk anak2ku bersama.dkt kol 1am gak la derang balik.
esok pg tu kitorang lepak je kat bilik. lps zohor baru kitorang gerak pulang. tapi me & my family singgah jap kat Gambang Water Park. saje je bg anak2 happy utk bermandi-manda kat situ. dah lalu kat situ singgah je la jap. ok gak la. not bad. mcm ala2 Lost World of Tambun kat Ipoh je. padan la dgn harganya pun. cuma my gyabo & anak2 je mandi. aku plak relax bc novel sambil layan FB. kitorang spent time about 3 hours kat situ. yg x best nyer aku ni siap bwk roti kat situ. ingatkan kot susah nak cari makanan kat dlm tu. tgk2 ada byk makanan yg dijual kat situ. patut la dia x kasi bwk makanan dr luar ke dlm tu. aku ni mana la tau. slalu tu ok je. takde la nak scan beg segala. punya la strict kat situ. makanan x leh bwk masuk langsung. dia soh simpan kat tpt penyimpanan brg. dah la soh kita simpan. pas tu kena bayar plak utk storage cost tu. huh! ada je jln nak pulun duit org. sabo je la. dah la nak beli makanan kat situ kena top-up sia2p kat tag yg dipakai kat pergelangan tgn. x leh guna cash langsung kat dlm tu. mujur makanan yg dijual kat dlm tu not bad. bole la diterima oleh anak tekak. kol 5.30pm dah klua siren & announcement yg derang nak tutup water park tu tepat jam 6pm nanti. kitorang pun bergegas kemas beg & cabut. lps maghrib kitorang pun sampai la KL. anto my niece kat Sentul dulu baru gi amik maid aku. lps tu singgah plak kat umah my sis sbb sorang anak dia ikut aku. sampai kat umah aku dah kol 10pm.

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates