ptg smlm aku & Notie pi b'day party Remy Ishak. Naz la yg mula2 bg tau aku pasal b'day party ni. tapi dia x dpt nak join atas alasan2 yg tertentu. mmg dah lama aku teringin nak jumpa Remy in person. masa 1st time RIFC wat gathering dulu aku x dpt join sbb dia wat majlis buka puasa. x sampai ati la plak nak tinggalkan family. masa tu maid aku cuti balik kpg. sian plak derang nak buka puasa tanpa aku. huhu.. aku sabarkan hati dgn niat kalo ada rezeki lain kali aku leh join. tu pun smlm b4 klua umah Irfan siap perli aku. katanya "hari minggu, keutamaan adalah bersama keluarga". pas tu dia terus hi-5 dgn abah dia. alamak!!! berdesing telinga aku. huhu.. bisa sungguh. dah la masa mula aku ckp dgn my gyabo dia ketawakan aku. katanya "you tu dah tua, x payah la nak pi". aduh! berasap betul aku. takpe2. aku senyap je. sabo je la. 2 hari lps tu bila dia ngadu kata badan dia sakit2 & lenguh2, aku terus smash dia balik dgn ayat yg sama. pas tu dia kata lg "eh! you tu tak tua gak ke?". aku balas la balik.. "dah you yg start dulu kata i dah tua". hahaha.. amik ko. ari isnin yg lalu bila Naz bg tau pasal info ni terus aku call org kuat RIFC. tapi sebelum tu aku ajak Notie utk menemani aku. aku tau mmg dia pun minat Remy gak.
acara smlm patutnya bermula pada jam 2.30pm. tapi jam 1.50pm kitorang dah terpacak kat Hotel Singgahsana. tgk2 kwn2 Notie lg bersemangat. derang dah tunggu kat dlm dewan Intan sejak jam 1.00pm lg. kitorang sembang2 je sementara tunggu Remy dtg. ikut jadual sepatutnya Remy tiba pd jam 3.00pm. tapi biasa la kan. kol 3.30pm baru dia muncul. masa mula2 dia sampai tu dia terus bersalam dgn para tetamu dr meja ke meja. mak aiii!! ensem nyer Remy. siap pakai spek itam lg. dah ala2 actor bollywood je rupa dia. lps salam sume org dia terus berucap. hmm.. mujur dia x gagap mcm masa dia terima award ABPBH ari tu. hehehe... lps tu terus kitorang nyanyi lagu b'day ramai2 masa dia nak potong kek. bukan takat kek aje. pulut kuning & rendang daging pun ada. lps acara potong kek & pulut kuning selesai kitorang pun terus la acara makan2. perghhh.. lazat2 sungguh makanan yg disediakan. utk appetizer ada cream of mushroom soup served with bread & unsalted butter. main dishes ada chinese fried rice, laksa penang, murtabak ayam, rojak pasembor, roti jala & kari ayam. dessert plak ada local fresh fruits, bubur pulut hitam, lai chi kang, cream caramel, kuih kole kacang, popiah, fruit tartlets, sliced cake & ABC. beverages nyer plak ada coffee/tea & punch cordial. yummy... sementara acara mkn2 sedang berjalan ada diselangi dgn beberapa games & lucky draw. emmm.. aku tak join pun. segan la. lucky draw pun x dpt apa2. huhu.. masa part game musical chair yg x tahan gelak. Remy suka wat lawak. bila music berhenti je dia bwk lari kerusi. ada sekali tu sorang pompuan tu dah nak duduk tapi tetiba Remy tarik kerusi & budak tu terus jatuh tergolek dog. sian kat dia. nakal sungguh la Remy ni. pas tu masa acara tiup belon sampai pecah Remy takut. hahaha.. bila org kutuk2 dia baru la dia nak tiup belon. aishhh!! sungguh x sangka yg Adam Hassan ni takut tiup belon. ahaks.. dlm Q&A session bersama Remy sempat la dia diterjah oleh beberapa soalan. masing2 teruja dgr citer dia pasal mula2 penglibatan dia dlm arena seni ni. mcm2 dugaan & cabaran ditempuhi. masa mula2 Remy nak dtg KL katanya mak dia x bg sbb ada ramai org kpg dia yg jd 'doktor' bila dtg KL. ye la kan. mak mana la yg x risau bila anak nak berhijrah. dia bermula dgn keje di hotel. dgn harapan dia akan bertemu ramai golongan org seni di situ. katanya ada ramai kwn kat hotel tu yg perli2 dia nak jd artis. tapi dia bersabar & nak membuktikan yg dia boleh jd pelakon. akhirnya tgk la skang ni dia dah jd pelakon yg berjaya. tapi dia mengaku drama Nur Kasih la yg benar2 mengangkat nama dia. caya dowh. Remy sempat bercerita bahawa utk world cup nanti dia menyokong pasukan Argentina. katanya lg nanti kalo nak tgk game Argentina boleh la lepak sama2 dia sambil minum2. hmmmm.. setelah puas bergurau senda dgn Remy maka tibalah masa utk mengundur diri. but, b4 that sesi menandatangani & fotografi diadakan. pengalaman bersama Remy Ishak adalah kenangan terindah buatku. beliau adalah seorang artis yg sgt sporting & pandai melayan para peminat. semoga dia terus berjaya menjadi spt artis idola dia Eman Manan. gambatte neh.. aja2 hwaiting... chaiyo2.
as usual more pics can be viewed at my FB. :D
No comments:
Post a Comment