Tuesday, October 7, 2008

Raya at my hometown

hehehe... bunga kat tgn kanan tu lebih besar drpd yg kat tgn kiri. mata dah ngantok la

pagi raya dgn baju sedondon kaler purple


naik bot keliling tasik di Gunung Lang


pusara Abah


hahaha.. kasut sape paling cantik?



hehehe.. dah kaki kemudian tangan la plak


beraya kat umah Yong Ani


bersama baby Naufal anak Marhamah



Selasa 30/09/08 aku keje 1/2 day je. as usual Ranhill kasi 1/2 day-off to those who celebrates festival such as Hari Raya, Christmas, CNY etc... 12.30 sharp 'lelaki itu' dah terpacak dpn Empire Tower. pagi2 masa nak gi keje aku dah angkut sume brg2 yg nak dibawa balik kpg sekali dgn budak2 tu. derang lepak kat opis aku together with my maid. opis pun dah kosong takde org. aku malas nak amik cuti sbb 'lelaki itu' tu pun x dpt cuti. dia baru je tuka keje kat company tu. mana leh amik cuti lama2. lg pun baju2 raya aku x siap lagi. so, naik je kete terus menuju ke Keramat sbb nak anto my maid kat umah sedare dia. dia nak raya ngan kaum kerabat dia. lps tu gi kat umah lama aku utk amik baju raya aku & Yasmin. sebelum aku gi situ aku dah call kat si Mimi tu kata kol 1pm nanti aku akan sampai situ. seperti yg dijangka baju aku mmg tak siap lagi. 1 jam aku tunggu dia nak abis kan menjahit baju raya aku. kelam kabut dia dgn hubby serta mak dia yg dtg dr Indon lomba jahit baju. yg paling wat aku terkejut & sedih adalah baju aku yg sedondon 1 family dah berlubang. dia kata masa nak iron dia x perasan akan suhu kepanasan iron tu. ada ke patut? grrrr... geramnya aku. mmg dia dah tampal lubang tu tapi aku tetap x puas ati. mengurangkan mood raya aku betul. mujur bahagian yg bertampal tu kat bahagian belakang baju. x bape perasan la. 'lelaki itu' sampai tertidur kat dlm kete masa tunggu aku. baju Yasmin dia jahit ok je. baju aku plak yg bermasalah. plak tu ada sepasang lg tak siap. takpe la. bukan aku nak pakai sume pun. bila dah settle sume tu aku pun terus balik kpg. ngam2 kol 2pm kitorang bertolak. kete dah x byk kat highway. tapi kitorang gerak pelan2 je. takde apa yg nak dikejarkanpun. mungkin org sume dah balik awal2 kot. sampai kat Ipoh dah dkt kol 5. terus gi pasar ramadan & beli kuih2 utk buka posa. mlm raya tu aku tolong Yong masak rendang je. lemang nanti cikmat akan bwk. dia bakar kat umah mertua dia di Teluk Intan. so, dah takde apa2 xtvt maka aku pun mempraktikkan kerastangan aku ni. saje je gatal tgn pakai inai & lukis kat tgn sendiri. anak2 buah aku pun teruja. tapi inai nyer x cukup. aku bwk balik 1 kotak je inai dr Mekah. mkn ati derang tgk inai aku. hahaha... Achu korang kan mmg suka menjeleskan korang sume.



Pagi raya tu lps solat sunat AidilFitri kitorang lepak kat umah je. Yong & family nyer balik ke Kpg Talang beraya kat kpg Yeop. Yasmin ikut dia sekali. tinggal la aku bertiga je. Abg Ein plak beraya dgn kwn2 dia. adik-beradik aku yg lain akan sampai sebelah petang nanti. hmmm.. apa lagiii.. xtvt aku tgk tv je la. sejak abah & mak takde ni mmg takde org dtg beraya kat umah dah. aku pun lepak je la. lps asar 'lelaki itu' agak gi jalan2. bukan gi beraya kat umah org. tapi gi naik bot keliling tasik kat Gunung Lang. hehehe... ada gak org lain yg beraya kat situ. siap bwk makanan & berkelah kat situ lagiii. dah penat berjalan & berposing kat situ kitorang pun balik. mlm tu kitorang wat bbq utk family gathering. dah lama kitorang x berkumpul 9 adik-beradik sejak pemergian abah & mak. Abg Sham yg balik dr Sudan bwk balik ole2. aku dpt kasut kulit. tapi ngeri plak aku nak pakai sbb kasut kulit ular. kang kalo ckp x nak takut dia kecik ati plak. eiiiii...



Raya kedua tu kitorang beramai2 gi ziarah kubur abah & mak. lps tu baru gi beraya kat umah bapak & mak sedare kitorang kat kpg. mcm2 menu yg kitorang pulun. bila balik umah je aku dah rasa badan mcm dah seram sejuk. emmm.. demam la plak. mlm tu derang sume gi umah Cikmat sbb dia masak nasi tomato. aku dgn 'lelaki itu' je x ikut. dah x larat nak jalan. terbaring je depan tv.



Raya ketiga tup2 'lelaki itu' ajak balik Kedah. katanya Umi balik dr Mekah ari Jumaat tu. kol 10.30am tu kitorang bertolak dr Ipoh. sampai Alor Setar dah kol 1pm. Irfan & abah dia terus gi solat jumaat kat masjid Al-Bukhari. aku & Yasmin gi jenjalan kat Giant dlm bazar Al-Bukhari tu sementara nak tunggu dia balik dr solat jumaat. kat umah Ummi mmg takde apa2 utk dimakan. so, lps solat jumaat kitorang gi Star Parade. mkn kat food court di situ. lps mkn kitorang terus gerak ke umah Ummi. bila dah kekenyangan kitorang pun tido je la. sedar2 ptg tu Ummi pun sampai dr Mekah. Huda & Ida yg gi amik Ummi. Ummi bising sbb anak lelaki dia x dtg amik dia. hehehe... bantai tido je keje nyer.



Raya keempat tu kitorang gi kenduri kawin & jalan2 umah sedara-mara Ummi. lps gi kenduri kawin tu kitorang gi umah Pak Andak & umah Bibik. Huda bwk Ummi & anak2 aku balik. derang x nak ikut gi beraya. hahaha... ada citer kelakar. masa kat umah Bibik & Paman ada org tua mana tah carik Paman. tapi Paman takde kat umah masa tu. tapi dah dia dtg maka jemput je la dia masuk. bila dia masuk je dia terus tegur aku. dia kata.. "amboi! segaknya dia.. ranum sungguh" aku wat x tau je ingatkan dia tegur 'lelaki itu'. tapi sejurus je org tua tu masuk umah tadi 'lelaki itu' terus gi solat asar kat dlm bilik. aku pun heran. org tua tu tegur siapa sebenarnya? lps tu dia asyik jeling2 & usha kat aku. aissshh! bole tahan gak org tua ni punya tahap 'kemiangan'. geli-geleman aku dibuatnya bila dia ayik nak pandang2 aku. sampai aku x lalu nak makan. dia asyik tanya kat Bibik siapakah gerangan aku nih? Bibik yg dok kat sebelah aku jenuh kena cubit. aku x suka nak bercakap dgn org tua tu. Bibik je layan org tua tu bercakap. sibuk je dia tanya aku ni org mana? kpg aku kat mana? rupa2nya kata Bibik org tua tu baru kematian isteri. huh! nak carik bini lagi la tu. bila 'lelaki itu' dtg maka Bibik terus introduce kata "ni la suami dia". terus org tua tu senyap & ckp sorry kat 'lelaki itu'. bila dia perhatikan kat tgn aku dia tgk jari aku merah berinai. dia ingat kitorang baru kawin. maklumla jalan berdua je. anak2 x ikut. lps tu dia terus tukar topik. dia tanya plak kat Bibik apa jadi dgn isteri Paklang yg dah meninggal tu. aiiikk! nak tanya pasal janda org plak ke? emmm.. org tua ni mmg kemaruk agaknya. hishhh! bila pikir2 kelakar ada.. geram pun ada.. mcm tgk drama swasta kat tv plak.



ari ahad tu lps solat zohor kitorang pun bertolak balik. elok je masa siap nak balik tu Marhamah pun sampai dr Kelantan. lps bertegur sapa & bergambar dgn baby Naufal tu kitorang pun gerak. dlm kete tu dgr laporan traffic kata kat Juru dah start jam. so, disebabkan kitorang malas nak join the crowd maka kitorang singgah plak kat umah Uda di Bertam. lg pun Irfan sibuk nak main dgn Amirul dulu sebelum balik umah. dlm kol 6. 30pm baru kitorang bergerak balik. kitorang berhenti kat R&R Bukit Gantang utk solat & makan. punya la ramai org sampai makanan pun abis. Yasmin mkn maggi je kat situ. hajat ati nak isi minyak kat situ tapi tgk2 minyak dah abis. kitorang pun tawakkal je la dgn harapan nanti nak isi kat R&R Sg. Perak. tgk2 kat situ punya la pjg que. maka kitorang pun teruskan perjalanan sampai ke R&R Simpang Pulai baru dpt isi minyak. risau gak sbb dah keluar sign blinking minyak dah kering kontang. ada sket jam dkt nak sampai Ipoh. sampai kl dah kol 12.45am. terus gi Keramat amik my maid. mujur dia blom tido. sampai umah dah kol 1.30am & terus zzzzzzzz....

6 comments:

cikmunna said...

wah wah siap ber henna lagi...

nacha said...

a'ah. inai mekah yg Ummi bwk balik tu la.

iejay Zakaria said...

aduhai nacha...cerita pakcik mencari bini tu memang kelakar lah... pakcik tu hensom tak nacha?

nacha said...

hahaha... Iejay perasan tak dulu kat Astro ada pakcik Abas yg suka sebut "macam2 ada". hah! mcm tu la rupanya dia. dah mcm atuk2 dah. paler dia pun dah beruban.

intan said...

mencabar jugak nk dpt pakai bj raya tu yer,hehee...ble pulak terlobang kat belakang, apa la indon nih, kalau sy xnak byr upah hehee

nacha said...

mmg dia tak kira pun utk baju yg tu. actually baju2 lain pun harga upah dia murah gak. tu yg dah 10 tahun setia je tempah kat situ.

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates