Saturday, September 26, 2009

bersantai di Nilai Springs Golf & Country Club




siang td my gyabo ajak gi swimming kat Nilai Springs. ye la kan.. kalo x guna facilities yg ada mcm sia2 je bayar monthly maintenance kat club tu. dulu ada gak bowling alley kat situ. tapi sejak dah ada resort/hotel ni dia close plak bowling centre. ingatkan mcm x happening. rupa2nya ada jacuzzi, sauna & gym selain dr swimming pool. nyesal x bwk baju spare. mula2 aku mcm takde mood nak gi. sbb Yasmin gi beraya dgn kengkawan dia. jd mcm x meriah bila x cukup korum. hehehe... hmmm... takpe next week aku akan ajak anak2 buah aku gi situ dgn attire yg lengkap. dah lama aku x ber'sauna'. hmm... nanti bila gi open open house musim raya ni sure mkn byk. so, utk membuang lemak2 yg terkumpul tu haruslah aku membalasnya dgn berkunjung ke sauna. lg 1 yg wat aku teruja ada swimming class kat situ. wah! bole la aku mendaftarkan diri. x leh jd nih.... anak2 ku & my gyabo dah terror berenang. aku je yg terkial2 lg. ari tu masa belajar dgn org yg x bape pro a.k.a. my gyabo abis cramp kaki aku. 2 minggu aku x leh jln dgn betul. rasa mcm tobat dah x nak belajar swimming lg. grrr....

Friday, September 25, 2009

Aidil Fitri 2009 at my hometown

my family during 1st day raya.... turqouise is in..

raya at my aunty house. yg best nyer ada buah rambai kegemaranku. yay!!!

me & Adhan beraya kat umah Eila. sibuk je budak nakal kat belakang tu nak interframe.. :)


bbq time.... pulun ikan dulu. sotong & udang blom siap lg..



ari ni adalah raya ke6. aku baru je sampai dr kpg. rasa mcm x puas je beraya di samping sanak saudara. kalo ikutkan aku nak stay kat kpg sampai ari ahad. tapi Yasmin kata dia ada byk homework nak wat. yo-yo-oo je. yg ye nyer dia nak beraya dgn kengkawan skola dia. kengkawan dia x henti2 sms & call tanya bila nak beraya together2. hmmm...

friday 18hb yg lalu aku dpt 1/2 day off. kebetulan bebudak tu pun dah start cuti. so, aku pun angkut la derang sume ke opis. 12.30noon my gyabo dtg & aku pun terus cabut balik kpg. tapi sbb ari jumaat kena la tunggu Irfan & abah dia solat jumaat. bersabar je la aku dgn Yasmin tunggu derang kat dlm kete. kat dpn masjid di KKB tu ada la org jual lemang. kurang asam betul si penjual lemang tu. dah la x gi solat jumaat, dia leh mkn & minum kat warung dia. siap minum teh tarik lagik. huh! sungguh x bermoral. bukannya dia x npk aku & Yasmin kat dlm kete tu. apa la dia rasa agaknya??.. x tau malu langsung. org tgh dgr khutbah solat jumaat dia leh start motor bwk lemang sebatang. agaknya cari port utk melahap dgn puasnya la tu. sabo je la. Yasmin pun sama naik hangin. grrrr...

ari sabtu tu spt lg kitorang gi last minute shopping kat Jusco Kinta City. punya la ramai org. nasib baik kitorang klua awal. dpt la tpt parking. kalo gi lewat sendiri mau ingat la. my gyabo la yg x sempat supin baju raya dia. aku & budak2 sume dah setel. cuma tambah sepasang baju kurung & kasut utk Yasmin & je. mlm raya tu me & my sis sama2 masak rendang ayam, kuah kacang & nasi impit. lemang kitorang beli sket je sbb nanti abg aku akan bwk lemang yg dibakar kat umah mertua dia.

ari ahad 1st day raya tu lps sarapan terus je gi solat AidilFitri. 1st day raya tu biasa la. adik-beradik aku x sampai lg. cuma ada my eldest sister & 1 of my bro yg mmg stay kat umah arwah abah tu. bila my sis gi beraya kat umah MIL's dia tinggal la my family je. my bro tu awal2 lg dah lesap. gi beraya ngan kengkawan dia. tghari tu Irfan dah boring. so, terpaksa la kitorang bwk dia gi jenjalan. nak gi beraya rasa mcm x best je. sbb adik-beradik aku blom sampai lg. kitorang lepak kat Taman DR Seenivasagam & Railway Station. mmg takde org melayu pun kat situ. ramai org China & India je. kalo ada yg muslim pun cuma org Indon yg x balik kpg. derang pun pelik tgk aku beraya dgn baju kurung kat Taman permainan. si macha jual ice-cream tu siap wish Selamat Hari Raya kat aku. hahaha.. normal la utk aku bila waktu raya. kalo Ummi ada sure la aku beraya kat Kedah. tapi bila mlm tiba sume bertukar jd sgt happening. 2 lg my bro's & 1 of my sis dtg together with their family. kitorang wat bbq mlm tu. ni la part yg sgt best. acara mkn2 of course la kan. sampai nak malatop pewot.. ye la.. setelah sebulan berpuasa, terus je belasah & pulun cukup2. sampai x larat nak mkn.

2nd day raya keesokannya kitorang beramai2 balik kpg arwah atuk & opah di Pdg Rengas. sebelum mengunjungi sanak saudara kitorang berziarah di pusara arwah abah & mak. lps tu baru la gi beraya kat umah pakcik & makcik2 ku. tgh syok2 beraya tu tetiba dpt citer yg agak mengejutkan. 1 of my bil's telah terlanggar mamat naik motor. aku mmg x npk kejadian tu sbb kete aku dah kedepan. elok je aku sampai umah makcik aku, anak buah aku call bg tau. aku pun ajak my gyabo patah balik tgk derang yg tersangkut kat tepi jln tu. mujur x serius sgt. mamat motor tu cuma terseliuh je. mula2 derang tu mcm nak 'pow' my bil's. tapi bila abg aku yg polis tu dtg terus derang jd kecut sket. my bil's, my bro & my gyabo gi bwk mamat tu ke hospital & anto dia balik umah. pas tu terus repair motor dia skali. hmmm.. sampai ke mlm la kitorang lepak kat umah makcik aku sementara nak tunggu sume tu setel.

3rd day raya tu aku berjalan dgn anak2 buah aku gi beraya. memula aku gi umah Eila @ Ariela Sahimi (penulis Kaki Novel) kat Taman Temara. aku dah berjanji dgn Adhan my geng UB utk ke umah Eila together2. siap bwk buku dia utk ditandatangani oleh Eila. puas gak la kitorang mkn langsat masa nak cari umah Eila tu. sampai anak2 buah aku naik fed-up pusing keliling. ghope2 nyer dah byk kali kitorang lalu kat lorong umah Eila tu. cuma x perasan kan nama jln/lorong umah dia. ada org sudah tutup nama jln tu dgn ampaian kain. byk lg tpt lain bole sidai dia gi halang sign board tu. ishhh!!! sabo je la. bila dah jumpa Eila rasa sgt lega. plak tu mak dia hidang mcm2 menu. kitorang yg tgh lapar ni apa lg. pulun je la. ada pecal jawa, mihun soto, nasi impit, kuah kacang & lontong. Mak Eila pun sgt la ramah melayan kitorang mkn. lps tu kitorang beraya kat umah sepupu aku kat Kpg Temiang yg berhampiran dgn umah Eila. kat situ kitorang cuma mkn kuih raya je. dr situ kitorang beraya ke umah boyfriend anak buahku kat Tmn Jati. emmm.. kat situ dia jamu mihun goreng plak. dah jamah serba sket, kitorang gi beraya kat umah kakSu (staff NB Kara). ingatkan ada la sate. hehehe.. kakSu tu family dia mmg business sate. kalo kat Ipoh tu mmg popular la sate Endut tu. tapi takpe. takde sate pun ok. kakSu jamu kitorang mee jawa yg sgt lazat. anak2 buahku sume kata sedap. tapi sbb dah kenyang kitorang takde la mkn byk. mee jawa kakSu mmg lain dr yg lain. sgt berbeza. masing2 sibuk bertanyakan resepinya. kakSu kata rahsia. hehehe.. takpe nanti aku akan korek & menuntut dr kakSu. punya la concentrate mkn sampai lupa nak berposing dgn kakSu kat umah dia. fail betul. masa on the way back tu sempat kitorang jeling2 kat umah aktor kacak tu. si Iqram Dinzly tu berjiran dgn kakSu. punya la ramai peminat yg beraya kat umah dia. aku pun rasa teruja nak gi. hahaha... saje je nak tgk dia dkt2 / face to face. tapi sbb rushing nak kena amik my sis, maka terpaksalah kuburkan hasratku. mlm tu aku sambung raya kat umah sedara yg berdekatan.

4th raya aku lepak kat umah je. cuma sebelah ptg tu kitorang gi tgk wayang. ye la kan. ari rabu ada discount rate utk menonton. so, kitorang pun x melepaskan peluang. me & my family tgk citer G-force. anak2 buahku plak tgk The Ugly Truth. hmmm.. mmg penuh la panggung. citer G-force tu pun not bad. Irfan kan mmg suka dgn hamster. happy la dia dpt tgk guenea pig & hamster tu.

smlm raya ke5 aku gi beraya kat umah my cousin kat Klebang. sedap sungguh Yong Ani punya mee goreng basah. npk simple je. tapi sgt enak & menyelerakan. lps gi beraya aku pun terus jenjalan sambung bershopping. x sah kalo balik Ipoh tapi x gi kat Pasarayaku. hehehe... kat situ mmg 'ada mariiii..' bak kata org Penang. sume brg murah2 kat situ. x sedar ari dah mlm. sebelum shopping tu kitorang pekena cendol dulu. perghhh.. dah lama x mkn cendol. so cool.

ari ni lps bekpes td me & my family pun bergerak pulang. 1 of my sis pun sama balik KL pg td. deepavali nanti kitorang akan berkumpul semula utk meraikan hari perkahwinan my naphew. x sabo menunggu hari bahagia Ajib & tunangnya. hehehe... aku plak yg over dr pengantin.

Friday, September 18, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

Teristimewa utk para pengunjung blog, terimalah ucapan ikhlas dr ku.
Mana yg ada terlepas kata... terlebih gurau senda... tersentuh hati dan perasaan sepanjang persahabatan... diharap tidak disimpan di dalam hati. sejujurnya kumenyusun 10 jari memohon ampun dah halalkan makan dan minum. Semoga di hari lebaran nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sesama umat dan moga dilimpahi rahmat dariNya.

Sungguh cantik kain pelekat
dipakai orang pergi ke pekan
hari raya semakin dekat
silap dan salah mohon dimaafkan

Monday, September 14, 2009

buka posa kat Rimba Klasik, Bangi

Ina & Angah berposing sementera menunggu waktu berbuka.

Irfan yg x abis2 dgn tanda peace dia

smile & say cheese...


smlm my family & my sis family buka posa kat Rimba Klasik di Bangi. Iwan my naphew sgt bermurah hati utk belanja. hehehe... tqvm Iwan. semoga Allah swt merahmatimu & memurahkan rezeki melimpah ruah. family derang mmg slalu gi mkn kat situ. me & family kira 1st time la ni. emmm.. punya la ramai org. sampai tersilap tpt duduk plak. caner la pekerja restoran tu organise. patutnya kitorang dok kat tpt ala carte tapi derang ltk kat tpt buffet. takpe la. maybe ada miscommunication. penat gak tunggu confirmation utk our table. ada la dlm 10 minit menunggu. pas tu baru dpt table. mujur kitorang gi awal. kalo x sure kalut punya. weekend pun kat Bangi tu jem giler. mujur gak waktu time berbuka makanan sume dah ready on time. kalo x nanti ada org yg melalak rasanya. hehehe... si Irfan dah asyik remind je yg dia nak ikan kerapu 3 rasa & udang goreng tepung. mujur derang dah order siap2. makanan dia pun not bad. tapi Irfan kata ibu dia masak lg sedap. hahaha.. nak membodek la tu. tau dah akal pjg dia. tgh sedap2 mkn tu black-out la plak. may be kuasa elektrik tu x dpt menampung jumlah kapasiti yg digunakan. mujur x lama kitorang bergelap. kalo x sure mkn ala2 candle light dinner gitu. romantik youuuu. hahaha.. tapi Angah kata dulu kalo kena black-out derang akan kasi 1/2 price. ok la tu. abis je mkn aku rushing gi solat maghrib kat surau. kat situ mmg betul2 bergelap. cuma ada sebatang lilin je. tgh aku dok tunduk2 nak betulkan sejadah tetiba aku rasa bontot aku panas. automatic terus aku terlompat. mujur x melatah. apahal la plak ni? tgk2 lilin tu dah condong tala kat bontot aku. tetiba rasa mcm gi sauna la plak. mujur x terbakar slua jeans aku. hahaha... mcm2 hal. dah la my gyabo kata time dia solat dia tgk pekerja restoran tu bergaduh sampai bertumbuk segala. mana taknya. pelanggan terlalu ramai. order pun bersusun byk. derang jd kelam kabut nak masak. emm.. sabo je la. di hari baik & bulan baik ni jgn la nak bergaduh2. patutnya derang bersiap-siaga dr awal. takde la kalut cenggitu. nanti kalo derang wat huru-hara pelanggan pun lari. akhirnya sape yg rugi. tokey korang gak la yg ditimpa bahananya. secara x langsung korang pun terbabit la sama. bila takde business sendiri mau ingat la.

Sunday, September 13, 2009

akhirnya kini pasti

hehehe... npk x buah mangganya. sibuk je Irfan tanya bila boleh kait. dia mmg hantu mangga.

setelah 6 tahun me & my gyabo menanam pokok mangga akhirnya dia telahpun membuahkan hasilnya. hehehe.. ni citer betul. bukan citer bercucuk tanam kat farm ville or farm town kat facebook tu. yg tu kejap je dah dpt hasilnya. tu bercucuk tanam di alam siber. ni ttg bercucuk tanam di alam yg nyata. ingatkan pokok mangga tu dah mogok. ptg td masa my gyabo & Irfan dok belek2 pokok tu tiba2 Irfan tunjuk ada buah mangga kat atas pokok tu. huh! ingatkan pokok tu dah mogok. setelah sekian lama menunggu akhir berbuah gak dia. terus aku & Irfan nyanyi lagu KakNita 'akhirnya kini pasti'. hahaha.. baru ada 2-3 biji je pun dah kecoh. ye la kan. tu merupakan hasil usaha sama me & my gyabo. sejak tahun 2003 dulu lg. happy giler kitorang tgk kemunculan buah mangga tersebut. penantian kitorang telahpun berakhir. masa mula2 dulu betapa gigihnya kitorang menyiram & menabur baja. tapi x npk hasilnya. sampai naik fed-up dibuatnya. jiran kat umah tu tanam kejap je dah berbuah. pokok derang tu x setinggi manapun. tapi subur je. yg pokok kitorang ni sampai dah melayut tingginya tapi x berbuahpun. dah cecah cable TNB pun. sampai kitorang dah malas nak pikir lg. maid pun dah bertukar ganti bape kali. teringat dulu maid aku yg bernama Murni tu sgt rajin bercucuk tanam. dulu masa dia ada rajin je dia wat batas kat backyard. dia tanam sayur sawi la, pakchoy la, bayam la, terung la, ulam kacang botor la, ulam raja la, serai, daun pandan, lengkuas, pokok limau purut, limau kasturi & daun kari. pendek kata senang la nak masak. nak apa sume pun ada kat belakang umah. tapi sejak dia takde abis sume nyer musnah belaka. kering kontang je kat backyard tu. dulu pokok bunga pun sume segar bugar. elok je tersusun cantik segala pasu bunga. tapi skang ni almaklumlahkan. gagal diselamatkan. yg tinggal cuma pokok daun kari, limau purut & limau kasturi je. sedih aku menengoknya. nak wat caner. nak jenguk kat backyard tu pun dah x cukup masa.

Tuesday, September 8, 2009

mcm2 hal

punya la busy sampai tak sedar yg my driving license dah expired 2 minggu. ye la kan. bwk kete pun jarang2. mana x lupa. plak tu bulan posa ni mcm2 hal nak setel. lunch time td aku pun berkejar ke post office di Ampang Park utk renew the license. punya la ramai org. sabo je la. no. giliran aku 1170 while the no. yg tgh berurusan kat counter baru 1144. masak aku dibuatnya. tgk2 ramai yg x sabo menunggu. maybe derang rushing & blah dr situ. jd laju je la melompat ke no. aku. hehehe... last weekend tu lega gak aku sbb dpt pinjam maid kwn aku. bukannya apa. raya kan dah dkt. umah x berkemas lg. takde la penat aku nak mengelap tingkap, menyapu sawang segala. tapi cuak gak aku tgk maid tu kalut nak cuci peralatan umah aku tu. tgh2 dia sibuk cuci/lap tu mcm2 bunyi yg aku dgr. yg paling aku suspen masa dia cuci lampu perhiasan kayu jati aku. terkejut aku bila lampu tu jatuh. mujur mentol dia mmg dah lama terbakar. kalo kayu jati tu pun pecah alamak nangis la aku. jauh tu aku beli kat Indon dulu. pas tu masa dia lap perhiasan yg aku beli kat Langkawi pun terjatuh gak. aishh!! jenuh aku usap2 dada. sabo je la. nak marah x bole sbb pinjam maid org. jd nyer terpaksa la tahan je. mujur x pecah berderai. kalo x pasti la angin kus2 aku malatop. ok la tuh. kalo x penat gak aku nak mengelap & mengemas. aku pun bole concentrate tgk Irfan wat revision. hmmm... caner la dia menempuh UPSR dia ari ni. harap2 dia dpt menjawab dgn tenang & lancar. weekend ari tu aku ada soh dia wat karangan. dia ni mmg suka beremosi. tajuk karangan yg dibuatnya adalah tentang keluarga. part ibu & abah dia mmg ok la dia citer. tapi bila tang kakak dia tah apa2 dia tulis. ayatnya berbunyi begini "saya tidak suka kakak saya kerana dia tidak berpuasa di bulan ramadan". aduh! rasa ketidakpuasan hatinya telah di lepaskan melalui karangannya. kakak dia bila baca karangan tu terus la hangin kat dia. hahaha... tu la. kakak dia pun 1 hal. dah x posa gi la mkn sorok2 sket. ni mkn kat dpn dia. hangin la kwn tu. dan2 tu terus ckp badan dia panas & dia pun x nak posa. adoi la budak nih. mujur perenggan terakhir karangannya tu ayatnya ok sket. agaknya ayat nak membodek kakak dia la kot. katanya "saya suka kakak saya membelikan gula2 utk saya bila dia pulang dr sekolah". hahaha... mcm2 hal la dia nih. bila abah dia bc karangan dia abah dia pun sound la dia. abah dia x suka dia wat citer merapu2 kat dlm karangan tu. abah dia pun terus wat karangan mengikut persepsi dia. mana la tau kot2 soklan ramalan tu klua. terus dia soh Irfan bc & ikut cara abah dia menulis. apa citer dia jwb soklan ujian dia td pun tah la. jenuh aku call umah tapi takde reply. agaknya melepak kat umah kwn dia la kot sementara nak tunggu gi skola agama. minggu dpn dia ada ujian PSRA plak utk skola agama dia. hmmm... nak kena push dia lg nih. kalo x mmg dia dok ghalit main je la kejenya.

Wednesday, September 2, 2009

hadiah utk diri sendiri


hmmm.. raya dah dkt. baju raya dah ready, kasut raya pun dah ready, tudung pun dah ready. tetiba rasa mcm ngelenyor je nak beli alat make-up baru. hehehe.. kebetulan Estee Lauder pun tgh wat offer. apa lagiiii... sambar je la. nak tunggu org hadiahkan npk gayanya mcm takde. b'day dah lama lps. anniversary pun dah berlalu. 'org tu' dpt bonus tapi wat senyap je. senyap2 dia gi sign club membership dgn Nilai Spring. aduh! bunyinya mcm org kaya-raya je. huh! what a waste. buta2 je campak 3k kat club tu. huhu... jadinya sendiri nak melaram maka kena la klua duit poket sendiri. tgk ghege nyer pun agak reasonable. ye la kan. kalo nak beli sebatang lipstick Estee Lauder dah cecah 70 hengget. ni dlm 1 set tu ada 4 btg lipstick, 3 btg eyeliners, sebotol make-up remover, 3 colours of blushers, 15 colours of eyeshadows & 2 btg mascaras. pas tu ada free gift gold colour pouch, mirror, brushes & make-up bag yg colour merah menyala tu. hmmm.. mmg berbaloi dgn ghege 220 hengget. wah! malatop la mak raya nanti. aduh! x tahan... from top to toe kebaboommm... wahai anak2 buahku sekalian. jgn jeles ye. kasi chance la Acu korang ni melaram. hahaha... yo-yo-ooo je nak melaram. bukannya nak beraya kat Kedah pun. Ummi beraya kat Mekah lg this year. so, agenda aku musti ada acara berposing di taman bunga, taman tasik & shopping complex as usual. lg pun masa cuti deepavali nanti my naphew nak kawin. so, bole gak aku bergaya dgn beg merah estee lauder tu ala2 mak andam. hahaha... perasan x hengat. tqvm to Zira yg soh cousin dia yg keje kat Isetan KLCC tolong reserve kan set make-up ni. make-up punya pasal berkejar aku ke KLCC lunch time yesterday.
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates