Tuesday, September 8, 2009

mcm2 hal

punya la busy sampai tak sedar yg my driving license dah expired 2 minggu. ye la kan. bwk kete pun jarang2. mana x lupa. plak tu bulan posa ni mcm2 hal nak setel. lunch time td aku pun berkejar ke post office di Ampang Park utk renew the license. punya la ramai org. sabo je la. no. giliran aku 1170 while the no. yg tgh berurusan kat counter baru 1144. masak aku dibuatnya. tgk2 ramai yg x sabo menunggu. maybe derang rushing & blah dr situ. jd laju je la melompat ke no. aku. hehehe... last weekend tu lega gak aku sbb dpt pinjam maid kwn aku. bukannya apa. raya kan dah dkt. umah x berkemas lg. takde la penat aku nak mengelap tingkap, menyapu sawang segala. tapi cuak gak aku tgk maid tu kalut nak cuci peralatan umah aku tu. tgh2 dia sibuk cuci/lap tu mcm2 bunyi yg aku dgr. yg paling aku suspen masa dia cuci lampu perhiasan kayu jati aku. terkejut aku bila lampu tu jatuh. mujur mentol dia mmg dah lama terbakar. kalo kayu jati tu pun pecah alamak nangis la aku. jauh tu aku beli kat Indon dulu. pas tu masa dia lap perhiasan yg aku beli kat Langkawi pun terjatuh gak. aishh!! jenuh aku usap2 dada. sabo je la. nak marah x bole sbb pinjam maid org. jd nyer terpaksa la tahan je. mujur x pecah berderai. kalo x pasti la angin kus2 aku malatop. ok la tuh. kalo x penat gak aku nak mengelap & mengemas. aku pun bole concentrate tgk Irfan wat revision. hmmm... caner la dia menempuh UPSR dia ari ni. harap2 dia dpt menjawab dgn tenang & lancar. weekend ari tu aku ada soh dia wat karangan. dia ni mmg suka beremosi. tajuk karangan yg dibuatnya adalah tentang keluarga. part ibu & abah dia mmg ok la dia citer. tapi bila tang kakak dia tah apa2 dia tulis. ayatnya berbunyi begini "saya tidak suka kakak saya kerana dia tidak berpuasa di bulan ramadan". aduh! rasa ketidakpuasan hatinya telah di lepaskan melalui karangannya. kakak dia bila baca karangan tu terus la hangin kat dia. hahaha... tu la. kakak dia pun 1 hal. dah x posa gi la mkn sorok2 sket. ni mkn kat dpn dia. hangin la kwn tu. dan2 tu terus ckp badan dia panas & dia pun x nak posa. adoi la budak nih. mujur perenggan terakhir karangannya tu ayatnya ok sket. agaknya ayat nak membodek kakak dia la kot. katanya "saya suka kakak saya membelikan gula2 utk saya bila dia pulang dr sekolah". hahaha... mcm2 hal la dia nih. bila abah dia bc karangan dia abah dia pun sound la dia. abah dia x suka dia wat citer merapu2 kat dlm karangan tu. abah dia pun terus wat karangan mengikut persepsi dia. mana la tau kot2 soklan ramalan tu klua. terus dia soh Irfan bc & ikut cara abah dia menulis. apa citer dia jwb soklan ujian dia td pun tah la. jenuh aku call umah tapi takde reply. agaknya melepak kat umah kwn dia la kot sementara nak tunggu gi skola agama. minggu dpn dia ada ujian PSRA plak utk skola agama dia. hmmm... nak kena push dia lg nih. kalo x mmg dia dok ghalit main je la kejenya.

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates