raya at my aunty house. yg best nyer ada buah rambai kegemaranku. yay!!!
me & Adhan beraya kat umah Eila. sibuk je budak nakal kat belakang tu nak interframe.. :)
bbq time.... pulun ikan dulu. sotong & udang blom siap lg..
ari ni adalah raya ke6. aku baru je sampai dr kpg. rasa mcm x puas je beraya di samping sanak saudara. kalo ikutkan aku nak stay kat kpg sampai ari ahad. tapi Yasmin kata dia ada byk homework nak wat. yo-yo-oo je. yg ye nyer dia nak beraya dgn kengkawan skola dia. kengkawan dia x henti2 sms & call tanya bila nak beraya together2. hmmm...
friday 18hb yg lalu aku dpt 1/2 day off. kebetulan bebudak tu pun dah start cuti. so, aku pun angkut la derang sume ke opis. 12.30noon my gyabo dtg & aku pun terus cabut balik kpg. tapi sbb ari jumaat kena la tunggu Irfan & abah dia solat jumaat. bersabar je la aku dgn Yasmin tunggu derang kat dlm kete. kat dpn masjid di KKB tu ada la org jual lemang. kurang asam betul si penjual lemang tu. dah la x gi solat jumaat, dia leh mkn & minum kat warung dia. siap minum teh tarik lagik. huh! sungguh x bermoral. bukannya dia x npk aku & Yasmin kat dlm kete tu. apa la dia rasa agaknya??.. x tau malu langsung. org tgh dgr khutbah solat jumaat dia leh start motor bwk lemang sebatang. agaknya cari port utk melahap dgn puasnya la tu. sabo je la. Yasmin pun sama naik hangin. grrrr...
ari sabtu tu spt lg kitorang gi last minute shopping kat Jusco Kinta City. punya la ramai org. nasib baik kitorang klua awal. dpt la tpt parking. kalo gi lewat sendiri mau ingat la. my gyabo la yg x sempat supin baju raya dia. aku & budak2 sume dah setel. cuma tambah sepasang baju kurung & kasut utk Yasmin & je. mlm raya tu me & my sis sama2 masak rendang ayam, kuah kacang & nasi impit. lemang kitorang beli sket je sbb nanti abg aku akan bwk lemang yg dibakar kat umah mertua dia.
ari ahad 1st day raya tu lps sarapan terus je gi solat AidilFitri. 1st day raya tu biasa la. adik-beradik aku x sampai lg. cuma ada my eldest sister & 1 of my bro yg mmg stay kat umah arwah abah tu. bila my sis gi beraya kat umah MIL's dia tinggal la my family je. my bro tu awal2 lg dah lesap. gi beraya ngan kengkawan dia. tghari tu Irfan dah boring. so, terpaksa la kitorang bwk dia gi jenjalan. nak gi beraya rasa mcm x best je. sbb adik-beradik aku blom sampai lg. kitorang lepak kat Taman DR Seenivasagam & Railway Station. mmg takde org melayu pun kat situ. ramai org China & India je. kalo ada yg muslim pun cuma org Indon yg x balik kpg. derang pun pelik tgk aku beraya dgn baju kurung kat Taman permainan. si macha jual ice-cream tu siap wish Selamat Hari Raya kat aku. hahaha.. normal la utk aku bila waktu raya. kalo Ummi ada sure la aku beraya kat Kedah. tapi bila mlm tiba sume bertukar jd sgt happening. 2 lg my bro's & 1 of my sis dtg together with their family. kitorang wat bbq mlm tu. ni la part yg sgt best. acara mkn2 of course la kan. sampai nak malatop pewot.. ye la.. setelah sebulan berpuasa, terus je belasah & pulun cukup2. sampai x larat nak mkn.
2nd day raya keesokannya kitorang beramai2 balik kpg arwah atuk & opah di Pdg Rengas. sebelum mengunjungi sanak saudara kitorang berziarah di pusara arwah abah & mak. lps tu baru la gi beraya kat umah pakcik & makcik2 ku. tgh syok2 beraya tu tetiba dpt citer yg agak mengejutkan. 1 of my bil's telah terlanggar mamat naik motor. aku mmg x npk kejadian tu sbb kete aku dah kedepan. elok je aku sampai umah makcik aku, anak buah aku call bg tau. aku pun ajak my gyabo patah balik tgk derang yg tersangkut kat tepi jln tu. mujur x serius sgt. mamat motor tu cuma terseliuh je. mula2 derang tu mcm nak 'pow' my bil's. tapi bila abg aku yg polis tu dtg terus derang jd kecut sket. my bil's, my bro & my gyabo gi bwk mamat tu ke hospital & anto dia balik umah. pas tu terus repair motor dia skali. hmmm.. sampai ke mlm la kitorang lepak kat umah makcik aku sementara nak tunggu sume tu setel.
3rd day raya tu aku berjalan dgn anak2 buah aku gi beraya. memula aku gi umah Eila @ Ariela Sahimi (penulis Kaki Novel) kat Taman Temara. aku dah berjanji dgn Adhan my geng UB utk ke umah Eila together2. siap bwk buku dia utk ditandatangani oleh Eila. puas gak la kitorang mkn langsat masa nak cari umah Eila tu. sampai anak2 buah aku naik fed-up pusing keliling. ghope2 nyer dah byk kali kitorang lalu kat lorong umah Eila tu. cuma x perasan kan nama jln/lorong umah dia. ada org sudah tutup nama jln tu dgn ampaian kain. byk lg tpt lain bole sidai dia gi halang sign board tu. ishhh!!! sabo je la. bila dah jumpa Eila rasa sgt lega. plak tu mak dia hidang mcm2 menu. kitorang yg tgh lapar ni apa lg. pulun je la. ada pecal jawa, mihun soto, nasi impit, kuah kacang & lontong. Mak Eila pun sgt la ramah melayan kitorang mkn. lps tu kitorang beraya kat umah sepupu aku kat Kpg Temiang yg berhampiran dgn umah Eila. kat situ kitorang cuma mkn kuih raya je. dr situ kitorang beraya ke umah boyfriend anak buahku kat Tmn Jati. emmm.. kat situ dia jamu mihun goreng plak. dah jamah serba sket, kitorang gi beraya kat umah kakSu (staff NB Kara). ingatkan ada la sate. hehehe.. kakSu tu family dia mmg business sate. kalo kat Ipoh tu mmg popular la sate Endut tu. tapi takpe. takde sate pun ok. kakSu jamu kitorang mee jawa yg sgt lazat. anak2 buahku sume kata sedap. tapi sbb dah kenyang kitorang takde la mkn byk. mee jawa kakSu mmg lain dr yg lain. sgt berbeza. masing2 sibuk bertanyakan resepinya. kakSu kata rahsia. hehehe.. takpe nanti aku akan korek & menuntut dr kakSu. punya la concentrate mkn sampai lupa nak berposing dgn kakSu kat umah dia. fail betul. masa on the way back tu sempat kitorang jeling2 kat umah aktor kacak tu. si Iqram Dinzly tu berjiran dgn kakSu. punya la ramai peminat yg beraya kat umah dia. aku pun rasa teruja nak gi. hahaha... saje je nak tgk dia dkt2 / face to face. tapi sbb rushing nak kena amik my sis, maka terpaksalah kuburkan hasratku. mlm tu aku sambung raya kat umah sedara yg berdekatan.
4th raya aku lepak kat umah je. cuma sebelah ptg tu kitorang gi tgk wayang. ye la kan. ari rabu ada discount rate utk menonton. so, kitorang pun x melepaskan peluang. me & my family tgk citer G-force. anak2 buahku plak tgk The Ugly Truth. hmmm.. mmg penuh la panggung. citer G-force tu pun not bad. Irfan kan mmg suka dgn hamster. happy la dia dpt tgk guenea pig & hamster tu.
smlm raya ke5 aku gi beraya kat umah my cousin kat Klebang. sedap sungguh Yong Ani punya mee goreng basah. npk simple je. tapi sgt enak & menyelerakan. lps gi beraya aku pun terus jenjalan sambung bershopping. x sah kalo balik Ipoh tapi x gi kat Pasarayaku. hehehe... kat situ mmg 'ada mariiii..' bak kata org Penang. sume brg murah2 kat situ. x sedar ari dah mlm. sebelum shopping tu kitorang pekena cendol dulu. perghhh.. dah lama x mkn cendol. so cool.
ari ni lps bekpes td me & my family pun bergerak pulang. 1 of my sis pun sama balik KL pg td. deepavali nanti kitorang akan berkumpul semula utk meraikan hari perkahwinan my naphew. x sabo menunggu hari bahagia Ajib & tunangnya. hehehe... aku plak yg over dr pengantin.
2 comments:
cu...awat gambar kasi gegar je smua heheheh...
tu arr. tatau la sama ada camera tu yg dah mogok or tuan punya camera tu yg dah kena parkinson. kdg2 ok & kdg2 hampeh. nak kena beli baru nih. hehehe..
Post a Comment