Wednesday, February 25, 2009

terima kasih..thank you..arigato..gamsahamnida..rumba nandri..tochei



lunch time td kengkawan kat opis ni wat surprise bday party utk aku. x sangka betul. ingatkan nak celebrate esok sbb my Unit Trust Agent nak belanja. wat suspen je. aku dah gabra tadi sbb bos soh carik business card tapi x jumpa. aku ingat mesti dia nak sound aku. tgk2 bila Mona panggil soh masuk bilik Siva derang terus nyanyi lagu happy bday kat aku. ahh! malu nyer bila bos2 pun ada sama. entah bila masa derang gi beli kek & kitchen fresh chicken pun tah la. senyap2 je geng bawah tanah ni beroperasi. thanks a lot anyway. to NAR, NIMM, Mona, Ammini, As & Hilmy mekasih kerana bersusah payah utk aku. terima kasih juga pd kawan2 yg lain yg menghantar mesej through SMS, phone calls, chatbox, tagged, facebook, multiply etc. bermula dgn msg dr Celcom, Mona, kakNOOr, Ammini, Azmir, Syud & phone calls from Wan, Notie, kakYah & Along. tak ketinggalan juga msg di alam siber dr Infa, Wabbit, Nor Ash, Ti, Bunga, Ruby, June, Wan, Norabella, makcik Raja, kakUda, Iejay, mamaErra, Ahada & Hannah. walau dimana jua korang berada terima kasih kuucapkan kerana mengingati diriku ini. muahhh.. emmm... kat mana la my gyabo nak bwk aku dinner mlm ni ek? x sabo gak nak celebrate kat negara jiran this weekend.

Saturday, February 21, 2009

reflexology

bila ikan jaws takde ikan bilis pun mula merangka strategy 'gedik santai'. huahuahua... slalu nyer kitorang gi jenjalan. tapi skang ni ada tukar sket program. kitorang wat reflexology kat opis. minggu ni je dah 2 kali kitorang panggil reflexologist dtg opis utk xtvt 'gedik santai'. 1st day masa ari rabu lps cuma aku, As, Ammini & Ezan je yg wat. lps tu smlm dah tambah lg 3 org. Safiah, Ifuan & Man pun tumpang sekaki. ala.. bukan nyer mahal pun. 15 hengget je. kalo kita gi umah dia lg la murah. cuma 10 hengget. mana nak dpt ghege cenggitu kat luar sana. actually dah lama aku x wat reflexology ni. so, byk la urat2 yg dah berselirat & kembang setaman. kebetulan the reflexologist bole dtg opis utk 'mengerjakan' kaki kitorang. bagai pucuk dicita ulam mendatang la. hahaha... kelakar tgk gelagat masing2. ada yg wat gaya crawling crab, ada yg wat gaya spiderman. gaya silat kuntau pun ada. gaya ultraman apa tah lagiii. ada gak yg menjerit melolong sampai terangkat badan. sakit sgt la tu. aku yg nakal nih sempat amik gambo derang dgn masing2 punya post yg mcm nak tersembul urat2. hehehe... tapi x dpt la aku ltk kat sini. kat bwh tu cuma 1 post yg agak under control. adegan terlampau kena sensored.


berikut adalah kelebihan urutan refloxology:-
1. dapat melancarkan peredaran darah
2. supaya tubuh dapat berfungsi dengan normal
3. supaya setiap organ tubuh mendapat darah yang mencukupi, kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan seperti oxygen, hormon, antibiotic
4. supaya darah boleh berfungsi sebagai pembawa keluar kekotoran yang ada pada tubuh. jika salah satu organ tubuh sakit, maka ia memerlukan peredaran darah yang lancar bagi membantu menyembuhkan penyakit itu. jika peredaran darah semakin lancar, maka semakin sihat tubuh kita.

Friday, February 20, 2009

drama bersiri



mlm td berakhirlah drama Rona Roni Macaroni. puas rasanya tgk ending dia. mula2 tu panik gak ingatkan betul la Rona tu adik Roni. haishh!!! bapak dia mmg real womaniser sampai x tau bape org anak yg dia ada. masa tgk the earliest epidose dulu aku dah agak dah yg ntah2 driver taxi tu la bapak Rona sbb nama dia pun Jalil gak. tapi mmg salute la kat the producer iaitu Radius One sbb dgn jujurnya memberitahu drama melayu mmg tak logic. hahaha... ini adalah kerana dgn pantasnya bapak dia bole kejar Roni & Jes ke Penang. sekejapan je dah sampai. lg 1 yg aku suka pasal drama ni sbb dia memaparkan realiti artis kat M'sia ni. walaupun lakonan Amani kdg2 npk over tapi yg over tu la yg aku suka sgt2. mmg 'mantop' la bak kata Shamsul Ghau-Ghau. one more thing english dialogue kat dlm drama ni mmg superb. especially masa adegan Gia dgn her manager. hmmm.. lps ni nak concetrate tgk drama Kasut Tumit Tinggi la plak kat Astro Prima. mlm td mmg kelakar bila adegan Rose & Sofia gi 'Speed Dating'. teringat kat novel kakMeen Zulaika bertajuk 'Warna Hati'. mmg kelakar giler. gitu ghope nyer saat2 sesi suaikenal utk ice breakers. punya la desperate nak carik jodoh sampai nak tunjuk body & muscle kat calon girlfriend. ada yg sampai mengelap peluh x henti2 sbb gabra. emmm.. drama sebabak pg ni kat radio ERA pun sgt kelakar. mmg happening lakonan Ziana Zain & Din Beramboi. 'kelasssss menjahit'....

Wednesday, February 18, 2009

Tag from MamaElla

nothing specials about the pic. i just follow the rules. this pic was taken during my office trip to Bangkok in 2005. sawadeekarp.. masuk pintu klua tingkap. hahaha...

The rules:-

Go to your photos in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and decription of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
6 person i am going to tag are:-
1. Syud
2. Amie
3. Mona
4. Tina
5. Wabbit
6. Wan

Monday, February 16, 2009

TAG by Athy

i got this TAG from Athy last saturday. Athy adalah kenalan dr Singapore. ari ni baru berpeluang wat sbb last weekend my gyabo bwk camera gi KK. hmmm.. hampeh je my gyabo nih. yo-yo-oo je plan nak amik gambo kat cockpit pesawat MAS. pilot kat umah tu pelawa my gyabo dok kat cockpit tu tgk caner dia landing. bukannya senang nak dpt peluang dok dgn pilot kat cockpit tu waktu tgh fly. dia nak tunjuk saat2 caner dia landing. tup2 dia bantai tido. ye la flight tu pun take-off kol 4am. mmg la dia ngantuk. masa balik dr KK dia terpaksa naik Air Asia sbb MAS dah fully booked. nyesal x sudah la dia. nak wat caner sendirik punya silap.
emm... berbalik pd citer tag nih. cara2 tag ni adalah:-
1. Snap the picture of both inner & outer of your wallet.
2. Introduce your wallet brand, the price & where you bought it (bunyi mcm nak menunjuk je. takpe la layan je. actually segan gak nak tunjuk my personal belongings nih)
3. Take out whatever it is inside the wallet (at least 5 pictures).
4. Snap a picture of your wallet with yourself.



i bought this wallet during my Jakarta & Bandung trip last year together with geng UB. brand MNG. Syud pun beli the same brand tapi dia punya kaler merah. rhege dia bape tah. rasanya x sampai 100ribu pun. opppsss.. mcm mahal je bunyinya ye. padahal 100ribu ribu rupiah je. kalo convert to RM dlm 30 lebey je. hahaha.. citer pasal saat beli wallet ni sgt happening. mana taknya. actually aku nak beli brand Armani. tapi ada plak pig skin kat inner side of the wallet. me & kaksu dah terpegang. x pasal2 kena samak kat situ. mujur ada air & tanah kat depan boutique tu. heran betul aku. salesgirl tu kata dia muslim. tapi elok je dia pegang wallet yg ada pig skin tu. musykil aku.





kat dlm tu selain dr duit adalah kad2 yg sgt penting spt I.C., kad ATM, kad credit, driving licence, membership card utk mcD, Isetan & Jusco. kad mcD tu Irfan la yg punya. npk gayanya ni yg terakhir la. selamat jalan romeo la pd mcD membership card. selain dr itu ada kat ahli Cosway & kad Clinipath. penting tau kad ni. kad ni adalah pemberitahuan utk my blood group. mana la tau kalo accident tgh jln & kehilangan byk darah. senanglah org spital tu nak wat blood transmission tanpa buang masa wat ujian darah.
gitu la adanya ttg my wallet. so, spt biasa adalah utk forward this tag utk mangsa2 seterusnya. mereka adalah:-
1. Tina
2. Mona
3. Syud
4. Amie
5. Mar

geng (pengembaraan bermula)




betul..betul..betul.. hehehe... cute je bila Ipin & Upin sebut perkataan tu. tu yg menyebabkan Irfan x senang duduk & x sabo nak tgk movie Geng: pengembaraan bermula. gelisah je dia dok kat umah ari sabtu ahad. janji nak gi tgk lps abah dia balik dr KK . tup2 flight dia delay semalam. sepatutnya sampai kol 12.30pm. tapi terbabas sampai kol 6pm. hish!! Air Asia biala la. mmg x reliable. dah tu aku plak tersesat gi ke arah Bagan Lalang masa nak fetch dia kat LCCT. hmmm.. bukannya x pernah gi LCCT. tapi slalu tu org lain bwk. bukan nak tgk jalan. itulah bahananya kalo x amik peduli hal jalanraya nih. padahal LCCT tu dkt je dgn umah aku. sepatutnya 10-15 minit je dah sampai. hahaha... sampai umah dah maghrib. abis sume plan berantakan. nak gi visit Yong kat hospital Selayang pun x jd. lps tu ingatkan sempat nak tgk kol 10pm punya show. tgk2 tiket dah abis. terpaksa la tunggu 11.45pm punya show. mak aii!! lama la nak kena tunggu sementara nak tunggu show start. kedai2 kat Alamanda pun sume dah tutup. sempat gi Carrefour kejap je. Yasmin dah bising2 kata boring la.. sakit kaki la nak round kat that area. hish!!! lorat betul la dia. padahal kalo kat umah tu bukannya dia tido awal pun. selalu bergayut dgn kengkawan dia. kdg2 sampai kol 2am pun x tido lg. bila dah x tau nak kemana lps tu lepak kat video game centre la. syok la Irfan dpt main kat situ. tepat kol 11.45pm kitorang pun masuk panggung. mmg full house betul la. walaupun tu citer kanak2 tapi yg ramai tgk tu adalah student MMU. aku leh dgr derang bersembang sebelum movie tu start. hmmmm...melangut kitorang dok kat 2nd row depan screen. ok gak la. walaupun ada part yg aku terlena jap tapi disebabkan sound effect dia yg agak mengancam masa pengembaraan derang tu berjaya wat aku membulatkan mata menonton citer ni. persoalan dia mudah je. nak carik hantu yg curik durian kat kpg tu. tapi mcm hal2 yg terjadi masa pengembaraan derang tu. aku tgk opet tu dah mcm Stitch dlm Lilo & Stitch je. takpe la.. yg penting Irfan puas hati dpt tgk citer ni.

Tuesday, February 3, 2009

tagged - award

Got this award from Syud


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Namanya Syuhada. nama pendeknya yg juga menjadi nama penanya adalah Syud. aku mengenalinya melalui blogging. aku suka membaca e-novel dia. kini salah satu e-novel dia telahpun dibukukan & telahpun berada di pasaran. pd siapa yg blom tahu silalah dapatkan novel Syud yg bertajuk Tentang Dhiya yg diterbitkan oleh Jemariseni. sgt best woooo... hehehe... tolong wat promosi walaupun sudah setahun berada dipasaran. i'm waiting for your 2nd novel ye. cpt2 la finalise citer Aulia & Adif. ganbatte... chaiyokk... aza aza fighting.. (sori ye Syud. tagged yg ke2 tu akak x dpt nak buat la. lemah sket nak Google Image nih. lg pun intipatinya sama je mcm yg akak pernah jwb sebelum nih)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
- suka bc novel terutamanya yg jiwang karat. :)
- suka mengelamun... kdg2 tgh drive pun bole khayal. hish...
- suka dgr lagu2 yg sentimental
- suka tgk citer2 yg bertemakan komedi romantik
- JJCM merupakan xtvt yg paling digemari
- walaupun ada lesen memandu & ada kete sendiri tapi x suka bwk kete sendirian. huh!!!
- kalo takde keje kat umah suka bergurau senda dgn permata hatiku.
- kdg2 kalo boring kat umah suka gak menggubah artificial flowers
- bila free & x tau apa nak wat suka melalak kat karaoke center
- tabiat paling buruk bila takde keje ialah selalu layan gosip...hahaha...
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
1. Mona
2. Intan Soraya
3. Joey
4. Mar
5. Amie
6. Nor Ash
7. Wabbit
8. Wan
9. Lia
10. Adhan
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates