Saturday, February 20, 2010

ayam den lapeh.. oi.. oi..

lunch at Restoran Sederhana kat Bukittinggi

berposing kat Istana Silindung Bulan

6 Puteri Minang bersaudara. hehehe

pada tanggal 13/02/10 pengembaraan geng UB telahpun bermula. kiranya ini adalah acara pertama utk JJCM ke luar negeri pd tahun 2010 ni. hehehe.. bunyinya mcm jauh je ye? padahal ke tanah seberang je. hmmm.. lama gak perancangan ni dibuat. tiketnya pun dah dibeli sejak bulan ogos tahun lepas lg. rencana awalnya ada 12 org yg nak turut serta. tapi at last tinggal 8 org je iaitu aku, kakSu, kakYah, kakNoor, kakUda, Wan, Iejay & Eila. Nawwir, Wabbit, Lia & Syud telah menarik diri atas alasan yg tertentu. selepas terjadinya kejadian gempa bumi di Padang pada 30/09/09 mmg ramai yg dah tawar hati nak ke sana. ye la kan. mana la tau kot2 ada susulan gempa bumi yg bakal berlaku. mengikut laporan media mcm teruk sgt2 keadaan di sana. tu yg masing2 rasa sgt cuak nak mempertaruhkan nyawa di tpt org. duit 50% deposit yg dah dibayar pd agent utk ground package tu pun kitorang tuntut semula. hmmm.. tapi biasa la kan. adat org berniaga. derang tak akan bg refund 100%. ada gak yg kena cukai. takpe la kan. kita cuma berfikir kalo ada rezeki insyaAllah dpt juga ke sana satu hari yg tenang nanti. actually, aku bukannya tak pernah ke sana. hampir 10 tahun dulu aku dah jejak kaki kat sana. tapi ye la kan. nak gak tgk kot2 ada apa2 perubahan sejak dr 2001 dulu. alhamdulillah selepas kira2 3 bulan kejadian gempa bumi itu berlaku keadaan semakin pulih & aman. so, pd awal januari yg lalu kami mula berdiskusi utk meneruskan rancangan JJCM kami. pd awalnya kami buat booking ground package dgn Liberty Travel. tapi bila dah cancel & nak rebook dah jd naik harga la pulak. so, aku try tanya agent kwn kitorang iaitu Notie. dia pun nak ke sana lebih kurang tarikh yg sama. jadinya kami bertukar pulak agent baru iaitu Triways Network. emm.. mmg la harga yg dia quote tu rendah. tapi setelah dicongak rupa2nya lebih kurang je. Liberty Travel pd mulanya quote kita dgn harga rm500. bila dah rebook dia naik harga jd rm550. aku rasa mcm mahal la pulak. Triways Network telah menawarkan dgn harga rm500. hmmm..ok la tu. tapi bila dah dkt nak berangkat Air Asia memandai2 cancel flight ptg dr Padang-LCCT. derang dah tolak kitorang ke flight pg. habis berantakan lho. disebabkan tak nak rushing di waktu pg makanya kitorang decide utk tido di Padang utk malam terakhir. tak sanggup plak nak bangun awal pg kalo nak tido di Bukittinggi. dr Bukittinggi ke Padang mkn masa 2 jam gak la. buang masa kat jalanan je. disebabkan itu kitorang terpaksa request utk bermalam kat Padang pd mlm terakhir. jd kena la tambah another rm30. plak tu kena tambah tippings utk tourist guide & supir lg sebanyak rm25. pi mai pi mai lebih kurang je dgn Liberty punya rate. rate Liberty tu dah termasuk tippings skali. ikut pada jadual asalnya flight Air Asia dr LCCT-Padang akan berangkat pd jam 2.10pm. tapi kira2 sebulan sebelum depart derang retime pd jam 3.25pm. tu biasa la kan. tapi bila dah sampai ke tarikh 13 thgari tu derang tukar lg jadual ke jam 4.50pm. haish!!! melampau2 betul Air Asia ni. kalo tak retime/delay mmg bukan Air Asia la namanya. rasa sgt rugi la. separuh hari dah gone. lain kali mmg kena book flight pg je. mmg derang suka delay flight ptg. selalunya kalo waktu pg mmg derang on time. tapi takpe la kan, nak wat caner dah nasib badan. alhamdulillah kitorang slmt gak sampai di sana pd jam 5pm waktu tempatan. waktu Indon kan 1 jam time different dgn Malaysia. kiranya pukul 6pm waktu kita la. dah la flight delay, cabin crew pun terhegeh2 wat keje. mcm x fully prepared je. aku ni dah siap pukul canang kat kwn2 mengatakan nasi beriyani Air Asia sgt sedap. dah berangan nak order makanan. tapi bila tiba je steward & stewardess kat kitorang terus klua pengumuman dr pilot bahawa flight akan landing. hmmm.. melepas la jwb nya. penerbangan dr LCCT ke Padang kan cuma sejam je. mujur tghari tu dah mkn sket kat umah. sabo je la. sampai je kat sana tgk2 our tourist guide dah tunggu kitorang sambil menayangkan sepanduk yg tertulis nama aku. hah! rasa glamer la sekejap. yg kakSu dok kesian kat org tu sbb dok pegang sepanduk punya lama. hehehe... terus kakSu soh dia put down sepanduk tu. aku ni saje je nak dera dia soh pegang sepanduk tu lama2. rasa mcm VIP guest yg giler glamer la plak. tapi mmg lama nak tunggu pihak imigrasi mengechop paspot kitorang. sian gak kat tourist guide yg dah tunggu lama tu. huh! bila dah setel tanpa berlengah lg kitorang terus bergerak ke Bukittinggi. bila masuk mini bus maka bermulalah sesi suaikenal dgn our tourist guide & juga supir kitorang. our tourist guide bernama Anang & supirnya plak bernama Indra. wah! glamer tu. nama dah ala2 selebriti Indon je. si Anang tu x abis2 bg tau bahawa dialah duda Krisdayanti. hahaha... Indra tu plak dah ala2 Indra Lesmana musician dr Jakarta je. destinasi kitorang yg pertama sebelum sampai ke kota Bukittinggi ialah mkn mlm di restoran Pak Datuk. makanan Minang/Padang kat situ mmg enak2 belaka. biasalahkan.. makanan derang mmg penuh meja lauk-pauk yg disediakan. tambahan plak kitorang ni mmg tgh lapar giler. abis licin sume makanan tu kitorang kerjakan hehehe.. dah kenyang mkn kitorang teruskan ke acara melontar. hahaha..bukan mcm melontar di mekah tu ye. ni melontar uang kat kedai. kedai pertama yg kitorang kunjungi ialah kedai Mahkota. mak aii!! terkejut aku tgk kan harganya. sepasang kain yg aku beli kat Jakarta last year punya la jauh beza harganya dgn yg ada kat kedai tu. dulu aku beli idr100,000 je. skang ni kat kedai tu sampai idr300,000. 3 kali ganda bezanya. mmg aku x beli apa pun kat situ. lps tu singgah plak kat kedai Lindungan Bulan. kat situ aku beli telekung yg dipesan oleh kekandaku utk hantaran majlis pertunangan anak dia. aku mmg x plan nak beli kat situ pun. ingat nak supin kat Pasar Atas or Aur Kuning je. dr situ kitorang terus bergerak utk check-in kat hotel Kharisma. aku berkongsi bilik dgn kakUda. bilik kengkawan yg lain sume nyer dpt katil single bed. bilik kitorang je katil queen. takpe la drpd takde katil langsung. time ni la nak bermesra2an dgn kakUda. hahaha.. over tau.

2nd day tu lps bekpes je terus sambung acara supin. sebelah pg tu gi melontar kat Butik Cany & area Pandai Sikek iaitu Butik Karya & butik Pak Datuk. kat situ kitorang borong kain sulam, baju batik & t-shirts for souvenirs. lps tu singgah sebentar kat Lake Singkarak utk ngeteh & ngopi. kemudian kitorang teruskan acara sightseeing kat Istana Pagar Ruyung yg still under construction selepas terjadinya kebakaran kira2 2 tahun lalu. kitorang cuma boleh tgk dr luar je. kemudian kitorang terus ke Istana Silindung Bulan. walaupun x dpt masuk dlm tapi dpt bergambar kat laman Istana tu pun dah cukup baik. kat situ sempat gak aku beli key chain as souvenirs. then, tghari tu we had our lunch at restoran Flora kat tepi sawah. rasa segar & nyaman bila ditiup angin sepoi2 bahasa. kat situ makanan dia lain sket sbb ada ikan bakar. walaupun x sama mcm kat Malaysia tapi bole la kan. setiap hidangan derang sure x tinggal derang punya speciality iaitu sambal berlado. sedap sgt. x ketinggalan aku turut order air apokad kegemaranku. kalo kat Malaysia ni x penah jumpa lg la yg enak mcm kat Indon tu. perghh.. slurp.. slurp.. setelah kenyang mkn kitorang terus je melakukan solat jamak kat situ. dr situ kitorang teruskan perjalanan ke kedai yg menjual pisang salai, teh, kopi & kulit kayu manis. emmm.. kat situ kitorang diberi peluang utk wat minuman sendiri. bila nak kacau gula di dlm minuman x pakai sudu biasa. kena kacau guna kulit kayu manis. mmg membangkitkan aroma yg harum la jadinya. kat situ aku cuba rasa air teh mulberry. rasa mcm minum air akar kayu pun ada. org lain x lalu nak minum. tapi aku ok je. antara2 kebaikannya meminum air teh mulberry itu adalah utk mengubat penyakit kencing manis, darah tinggi & kolesterol. emmm.. byk khasiatnya tu. kemudian kitorang teruskan perjalanan ke kedai/rumah Sulaman Hajah Rosma. tpt ni mmg popular & pernah klua kat Majalah 3 dulu. dulu pun aku dah penah gi. pd mulanya kitorang x nak ke situ sbb ramai yg bg tau kononnya mahal harga barangan yg dijual kat situ. tapi si Anang tu beriya2 ajak ke situ. katanya takut kitorang menyesal x gi situ sbb brg2 kat situ lain kualitinya dgn tpt2 yg lain. mmg la dia kategory high quality berpadanan la dgn harganya. aku cuma beli table runner & sehelai tudung bersulam je kat situ. nak beli yg lain agak kurang berkemampuan la. byk lg brg dlm list yg blom dibeli. dr situ kitorang bergerak ke area Pasar Atas / jam Gadang. kat situ mmg byk aku beli kain sulam. aku byk gak beli kain kiriman adik-beradik aku. kan kitorang nak pakai sedondon utk kenduri anak buahku nanti. kat situ gak berpeluh2 aku cari baju bola yg Irfan nak. dia nak baju pasukan Chelsea yg ada nama Lampard. jenuh gak la aku nak cari yg kaler itam & putih. kaler biru pun takde yg size bersesuaian dgn Irfan. sudahnya dpt kaler fluorescent je. emmmm.. jadilah drpd takde. sebenarnya x penah tgk Chelsea pakai kaler tu bila derang main bola. aku musykil gak la. tapi si penjual kata mmg derang akan pakai baju kaler tu bila main kat luar kawasan. ntah ye ntah idak wallahu'alam. lps penat supin kitorang terus gi dinner kat restoran Gon Raya. wah! jus sirsak kat situ enak banget lho. lps mkn terus bergerak pulang ke hotel. badan pun dah penat makanya lps membersihkan diri & tunaikan kewajipan pd yg ESA terus aje zzzzzzz...

hari ketiga tu program bermula agak lewat. so, lps bekpes tu kitorang jenjalan ke kedai buku just opposite the hotel. x byk buku pun yg ada kat situ. cuma kakSu, kakYah & Wan je yg beli. dr situ kitorang jln2 kat kedai yg jual kuih-muih. emmm... kuih dia rasa mcm sama je yg aku biasa beli kat org Indon yg berniaga kat area my office. ada risoles, tahu sumbat goreng & mcm2 lg. balik hotel around 10am tu kitorang terus check-out bergerak ke Taman Panorama & Lobang Jepang. sini pun aku dah penah gi dulu. kat area ni mmg murah2 harga jualannya. cuma kakYah, kakUda, Wan, Iejay & Eila je yg masuk ke Lobang Jepang tu. aku malas nak turun naik tangga kat situ. wat penat je. aku ngan kakNoor teruskan supin kat kedai2 di situ. cuma kakSu je yg relax sambil bc buku kat dpn Lobang Jepang tu sementera menantikan mereka yg berlima siap menyelusuri Lobang Jepang. aku sempat beli key chains, fridge magnets, lukisan & sepasang kain sulam kat situ. lebih kurang sejam spent time kat situ maka kitorang teruskan perjalanan utk mkn tghari kat restoran Gon Raya Lamo. kat situ aku order plak Es Teler. emmm.. rasanya lebih kurang mcm ABC. mujur aku x lupa utk soh dia jgn ltk nangka. dulu2 aku tatau yg dlm tu ada nangka. mmg sakit paler la lps minum. haishh! kang x pasal2 angin kus2 plak. lps lunch kitorang teruskan perjalanan ke Lake Maninjau. kitorang akan overnight kat Nuansa Resort di Lake Maninjau. dipertengahan jln tu kitorang singgah solat jamak kat sebuah masjid baru yg hampir siap. cantik betul masjid tu terletak kat sebelah sawah padi. sungguh nyaman terasa. baguslah derang ni. walaupun blom siap sepenuhnya tapi derang bg org guna. dr situ kitorang singgah kat silver shop. npk menarik je dia barangan dia. tapi takde bajet la nak beli accessories tu sume. kitorang just tgk2 & cuci mata je la. kemudian perjalanan diteruskan ke rumah Buya Hamka melalui Kelok 44. pergghhh.. kalo Michael Schumacher bwk kete kat situ sure dia surrender punya la. sgt mengerikan. dah la jalan dia berkelok pas tu turun naik bukit lg. tabik spring kat Indra yg sgt terer menyetir. kagum aku melihatnya. menurut kata Anang jalan itulah juga yg dilalui oleh Buya Hamka utk beliau bolak balik dr Maninjau-Bukittinggi-Maninjau dgn hanya mengayuh speda suatu ketika dahulu. rumah kelahiran Buya Hamka tu telah dijaga dgn rapinya oleh keponakannya. seronok dgr dia bercerita ttg sejarah pamannya itu dr kecil hinggalah dewasa. betapa gigihnya Buya Hamka berusaha utk menuntut ilmu sampai ke Mekah. setelah puas berbual2 & memotret di sekitar rumah tersebut kitorang turun plak ke rumah sedare beliau yg menjual buku2 Buya Hamka. sgt murah harganya. malangnya uang rupiahku udah abis. dia tamau terima duit RM sbb katanya agak jauh utk dia tukar kat bank di Bukittinggi. kalo nak jugak dia akan kenakan bayaran yg agak tinggi. huhu.. kemudian dr situ kitorang terus menuju ke resort Nuansa Maninjau utk check-in. waduh! dingin banget cuaca di situ. seperti cuaca di Cameron Highland je waktu mlmnya. mlm tu kitorang dinner kat hotel je. tgh2 mkn tu tetiba dgr suara org ramai yg bising2. rupa2nya Notie & the geng sudah sampai. kiranya itu merupakan 1st day utk dia di situ. sejurus tiba di Padang dia terus jenjalan kat Bukittinggi tanpa bermalam di sana. sesudah dinner kitorang cuci mata kat pasar malam dpn resort. ceh! cuci mata la kononnya. bila tgk je brg2 harga murah mula la aku x senang duduk. waduh! gimana sih? uang rupiahku udah abis nih? uang 3 juta rupiahku (rm1,100.00) udah licin. bila peniaga tu kata dia accept duit RM baru la aku tersenyum lebar. hahaha.. aku sempat grab jubah seluar sepasang & 1 beg telekung yg bertulis Bukittinggi. then, aku dgn Wan, kakNoor, kakYah & kakUda berkongsi beli pouch utk isi handphone sbg souvenirs. ok la tuh. dgn senang hati & riang gumbiranya kitorang balik ke bilik. emmm.. b4 tido mlm tu dok kemas beg je. dah bape kali dok punggah klua masuk beg. hehehe..

slps bekpes hari ke4 tu kitorang memutar sekeliling kawasan resort tu utk berposing. sgt cantik view kat situ. pd jam 10am baru kitorang check-out utk menuju ke Padang. tapi sebelum ke Padang tu sempat lg kitorang singgah ke kedai sulaman yg terakhir iaitu butik Annisa. takde beli apa pun kat situ. harganya mahal giler. lg pun ongkosnya pun tak punya. hahaha.. kitorang sempat jugak singgah minum di suatu kawasan perbukitan. tah apa la nama tptnya pun x ingat la. kat situjugak ada jual souvenirs. aku tak beli pun. dah byk souvenirs yg aku beli. aku cuma beli seketul sabun yg dibuat dr kulit kayu manis je. kononnya sabun tu ada byk khasiat. cuba je la kan. kat situ gak aku minum teh jahe (halia). sedap gak rasanya. lps tu kitorang singgah lunch kat restoran Sederhana. nama je Sederhana tapi tpt tu npk agak exclusive. kat situ aku order jus Naga (dragon fruit). kat Malaysia ni aku x penah jumpa lg la minuman fresh dragon fruit ni. lps lunch kitorang teruskan perjalanan ke Padang. sebelum tu sempat gak singgah kat Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau kat Padang Panjang. mula2 tu aku mcm ngantok je & dok pikir apa hal la si Anang ni bwk kita kat situ. dokumentasi amende la yg kitorang nak saksikan di situ. rupa2nya kat situ la tpt pusat kebudayaan derang. masa mula2 masuk situ tgk mcm takde benda yg menarik pun. tetiba ada sorang petugas pompuan tu bg tau aku yg kitorang boleh turun ke bawah & tgk pelaminan. aku pun rasa mcm best je bunyinya. makanya aku ajak kakUda turun bwh. bila dah sampai bwh petugas pompuan tu kata aku boleh cuba pakai pakaian pengantin derang. wow! sounds good. aku mmg teringin sgt nak try. masa kunjungan pertama aku dulu tu anak2 aku masih kecik sgt. jenuh nak kepung derang yg suka berlari ke sana ke sini. waktu tu dkt Istana Pagar Ruyung ada wat this kind of service gak. sayu je aku tgk kwn2 lain mencuba pakai pakaian org minangkabau. so, skang ni aku x nak lepaskan peluang mencubanya. kalo kat Malaysia x dpt nak sewa sepersalinan minangkabau dgn harga rm12. murah sgt dah tu kiranya. siap dgn sunting & mahkota lagiiii.. aku rasa kalo kat Malaysia sure mkn ratus2an gak la bila nak disewa. disebabkan aku org yg pertama mencuba, so dpt la aku pilih yg cantik2. hahaha.. actually my fav. kaler mmg la biru turquoise & pink. tapi sbb nak npk kurus terpaksa la aku pilih kaler itam. walaupun itam dia punya embroideries tu byk kaler pink. menarik gak di mata aku nih. plak tu dia kata x payah buka baju yg aku pakai di badan. so, berlapis2 la jd nya. mak aiii!! panas giler tu. tapi sbb nak cantik bergaya punya pasal sabo je la. bukannya selalu dpt peluang mcm ni. belasah je la. yg petugas pompuan tu pun punya la pandai soh aku berposing kat sana sini. hebat sungguh marketing strategy derang ni. hahaha.. actually kakUda pun nak pakai baju kaler itam gak. tapi setiap suits ada 1 kaler je. makanya dia memilih kaler merah. katanya waktu dia kawin dulu kaler merah gak la yg dia pakai. warna merah pun npk cantik gak. aku ada gak ajak Eila try pakai. mula2 tu dia x nak. malu agaknya. pas tu dtg kakNoor, Wan & Iejay. derang pun teruja nak pakai. bila tgk sume org pakai dia pun teruja gak. hehehe.. cuma kakSu & kakYah je yg x berminat. so, derang cuma jd tukang amik gambo je la. kakNoor dgn kaler biru, Wan dgn kaler fav. dia la kuning, Iejay plak kaler turquoise & last skali Eila dgn kaler pink. ada yg ala2 Puteri Hang Li Po je. hahaha... kat sini la aku rasa sgt happening. berposing sakan dgn baju Puteri Minangkabau. musykil aku caner la org sana bole pakai baju tu berjam2 waktu kenduri. menurut kata Anang dr jam 10am sampai ke 6pm derang kena pakai baju tu. eeewwww.. x panas ke? aku yg pakai kejap ni pun x tahan. dgn sunting kat atas paler tu lg. pd mulanya Anang bg masa utk berada di tpt tu sekita 30 minit je. tu pun aku rasa mcm lama & nak wat apa sampai 1/2 jam kat situ. rupa2nya bila dah dpt berposing kat situ jd x sedar diri. hahaha.. dkt sejam gak la kitorang spent time kat situ. dah setel kat situ kitorang teruskan perjalanan ke Padang. ooppss.. ada gak yg nak supin last minute lg. so, destinasi terakhir adalah singgah semula kat kedai Mahkota yg penah kitorang gi masa 1st day tu. sempat gak aku grab sepasang lg kain sulam & 2 helai tudung sulam dgn menggunakan RM. actually tu dah kali ke3 kitorang melontar kat situ. masa 2nd day tu kitorang ada singgah kat umah cum kedai dia yg kat town Bukittinggi. kat situ gak kitorang wat solat jamak utk memudahkan urusan. kemudian sempat gak singgah kat Lembah Anak waterfall. sepatutnya masa 1st day yg lalu dah singgah kat situ. tapi dah sbb flight delay x sempat la nak singgah situ. hari dah gelap masa tu. kononnya air kat situ leh wat awet muda. hahaha.. saje je basuh muka sket wat syarat. kemudian kitorang pun sambung perjalanan ke kota Padang. dah sampai ke kota Padang tu Indra & Anang bwk kitorang mutar2 keliling kota tgk kesan2 gempa bumi tempohari. emm.. omong kosong. propa je lebih. takde la teruk sgt kesan2 gempa tu . cuma bangunan retak sket je. plak tu bukannya byk pun yg terbabit. cuma certain bangunan je. ada yg tingkap kaca berlubang, ada yg bumbung sompek sket je. masa 1st time kunjungan aku dulu penah stay kat Hotel Bumi Minang. hotel tu ada rosak sket la kat bahagian tepi. skang ni dia tgh tutup utk keje2 membaikpulih. kemudian kitorang terus ke hotel Inna Muara utk check-in. hotel ni pun ada sket je rosak kat bilik meeting. takde la terjejas teruk & masih boleh beroperasi. lps check-in tu kitorang klua semula jenjalan ke sekitar kota Padang. sempat tgk jambatan Siti Nurbaya, China Town & ke toko Gramedia. kat situ byk gak la buku2 yg ada. tapi aku ni dah x berduit just cuci mata je. spt biasa cuma kakSu, kakYah & Wan je la yg beli novel. dr situ kitorang terus gi dinner. npk tpt tu mcm class je. tapi makanan dia takde la hebat mana pun. kat situ dihidangkan masakan Sunda. dah bape hari asyik mkn masakan Padang yg penuh semeja. bila sampai kat situ rasa mcm x puas sbb lauk dia sket je. takpe la. dah itu rezeki kita mkn je la. lps mkn terus balik ke hotel. lps kemas beg utk terakhir kalinya terus berehat. esok pg2 nak kena bangun sbb flight kitorang pd jam 8.30am.
pd hari rabu iaitu hari ke5 & tepat jam 4.30am derang dah wat wake-up call. masuk waktu subuh ialah pd jam 5.10am. lps solat je kitorang terus klua dr bilik utk bekpes & check-out skali. pg2 sgt x bape lalu plak nak mkn. jamah nasi goreng sket je. tepat jam 5.45am kitorang pun berangkat ke bandara (airport). perghhh.. kali ni flight agak penuh. mana taknya. kan derang dah cancel flight ptg. sume dah dikumpul masuk flight pg. bila tiba part timbang barang utk check-in yg agak susah sket. masing2 supin x hengat. tapi mujur masing2 dah tambah kg utk beg. aku sendiri tambah 10kg dr actual 15kg. so, aku leh bwk sampai 25 kg la. tapi x sampai pun. luggage aku cuma 22kg je beratnya. aku transfer sket brg2 ke beg yg bole hand carry. sebenarnya luggage aku tu bole je nak sumbat sampai 25kg. tapi x nak la berat sgt sbb takut x larat nak angkat. mmg berat giler. dah setel urusan check-in di counter maka tibalah masa utk berpisah dgn si Anang & Indra. setelah Anang selesai membayar airport tax sume maka aku pun bg duit tippings utk dia. utk Indra telah di bg lebih awal sebelum masuk ke ruangan dlm. dah hi2-bye2 kitorang bergerak masuk ke boarding area. mujur kali ni flight on time takde kucar-kacir. dlm flight pun kitorang sempat order makanan. aku pun apa lg. order la nasi beriyani. ingatkan nak order utk anak2 skali. tapi roti fav. Irfan dah abis. dia suka sgt dgn roti foccacia chicken cheese. takpe la. nanti flight dah landing aku cari je chocolates kat kedai bebas cukai kat airport tu. mungkin sbb asyik makan makanan yg pedas2 kat sana aku dilanda menchret. terseksa betul nak berjalan bila dilanda virus ceri-beri ni. kejap2 nak ke kamar kecil je. hahaha... sampai ke hari ni baru la agak pulih. demikianlah sahaja ceritera tentang pengembaraanku bersama geng UB ke Ranah Minang. walau apa pun yg terjadi percutian ini tetap menjadi kenangan manis yg terindah utkku. terima kasih utk teman2ku yg turut menceriakan hari indahku. harap2 korang sume pun begitu. semoga kita berpeluang utk JJCM lg di lain waktu.


p/s kakSu... rakan fb2an/chatting2an ku di Surabaya udah ngajak aku ke sana. katanya dia siap kok utk membawaku mutar2 di Jogja & Surabaya. siap nak bawak ke ladang Semangka lagiii. hahaha..

Friday, February 12, 2010

OPS Sikap sudah bermula

memandai-mandai memotong barisan, akhirnya terkena saman jua. ni ala2 pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. huhu.... my gyabo mmg x penah serik. suka melanggar undang2 lalu lintas jalanraya. smlm dia wat hal lg masa on the way balik keje. x reti2 nak beratur. padahal masa awal2 lalu kat Putrajaya/Cyberjaya dah npk police traffic tgh saman org. time CNY ni OPS Sikap mula dijalankan. tapi nak gak jump q. huh! inilah padahnya. sebenarnya kat dpn kete kitorang ada taxi. we all just follow je la. pas tu tetiba aku tgk ada police traffic kat belakang. aku pun terus la sound kat my gyabo. tapi x leh nak lari la sbb traffic light tgh merah. apa lagiiiii u ols. terima la padahnya. kali ni x leh nak wat rayuan gombal lg. dia dtg kat kete kitorang & terus mintak I.C. & driving license tanpa beri salam langsung. hey tidak & hoi pun tidak. hai2 & bye2 pun takde. pas tu dia terus tulis saman. saman plak tu bukan ada ltk bape yg kita kena bayar. dia terus soh gi mahkamah jumpa majistrate je. huhu..nak ckp apa lg kan? terima je la CNY punya surprise gift utk kitorang. hishhh!!! baru je nak happy lps dpt ang pow & durian runtuh. ada2 je bala yg menimpa. huh!! tensen betul. wat ilang mood aku je nak JJCM waktu CNY ni. moral of the story pandulah dgn lebih berhati2 & patuhilah undang2 lalulintas jalanraya. slmt bercuti utk korang sume.

Thursday, February 11, 2010

berpoye2 di hari sabtu

soooooooo tempting...


eh! mana perginya En. Rizal ni? nyorok ek? hehehe...


last saturday aku punya agenda mmg full. rasa mcm nak tercabut kaki berjalan ke sana sini. program aku bermula pd jam 9.30am dr Salak Tinggi-TTDI-Wangsa Maju-Chow Kit-Jln TAR-Salak Tinggi. tujuan aku ke TTDI adalah utk collect travelling bag kat our travel agent office. yay! CNY ni kan nak JJCM ke tanah seberang. aku ke sana bersama kaknOOr & Iejay. dr situ kitorang gerak ke Wangsa Maju plak. KN ada wat small gathering utk launching buku baru . but, b4 that kitorang gi LRT station Wangsa Maju utk fetch Ain@Cucuratap dulu. hmm.. sampai kat office KN dah dkt kol 1pm. hmm.. tanpa membuang masa terus juruacara merasmikan majlis & memulakan acara tandatangan dgn penulis Hanni Ramsul utk novel terbarunya Pergilah Air Mata. dah setel bab tu teruskan plak dgn acara mkn2. hmmm... kitorang dijamu dgn nasi tomato & kuih-muih. ada gak limau mandarin sbg pencuci mulut. bila kitorang dah selesai mkn baru la si Notie & Eila sampai. oooppsss.. ada sorang lg penulis baru KN yg melancarkan novel barunya kat situ iaitu Imias Farhani dgn bukunya Jauhari Hatiku. bila dah sembang & bersoreh (kata org Perak) baru la tau ghope2 nyer ramai pekerja KN adalah org Perak. mana taknya tokey dia kan mmg org Perak. hehehe.. mula la bukak citer2 lama. huhu... setelah lebih kurang 2 jam lepak kat situ kitorang pun beransur pulang. tapi b4 gerak tu solat zohor siap2 sbb nanti nak berjalan kat Chow Kit & Jln TAR plak. dah nak JJCM ke tanah seberang kena la gi tukar duit kat money changer dulu. jenuh la kitorang singgah kat beberapa money changer utk compare the rate. aku ni dgn muka x malu gi wat rayuan gombal kat tokey money changer. hahaha.. mana taknya rate skang ni dah tinggi kalo nak compare dgn last year. rate standard yg derang offer ialah rm370 equivalent to idr 1juta. tapi kitorang berjaya dpt rm368.5. tu je rate yg paling rendah kitorang leh dpt. ok la tu. sampai naik melecet kaki aku berjalan. maklum la kan. pakai kasut Crocs baru. nak bergaya punya pasal lupa plak nak pakai stokin. uwaaaa.. sampai ari ni pedih lg kat kaki. tapi takpe. nak bergumbira punya pasal no hal la. b4 balik umah ari tu kitorang singgah mkn laksa kat pasar malam Jln TAR dulu. dah penat berjalan lepak la kejap kan. perghhh.. alangkah leganya dpt mkn laksa. hilang sume kepenatan berjalan bila dpt berehat seketika. bila waktu dah hampir ke kol 6pm kitorang pun beransur pulang. hmmm.. lps ni nak kemas beg. x sabar dah nak berpoye2 di tanah seberang. yeehhaaaa...

Wednesday, February 3, 2010

i don't want banana fruit 2 times


"i don't want banana fruit 2 times". apakah itu?? hahaha.. tu adalah pepatah Adnan Sempit. finally, berjaya gak aku gi tgk movie ni. walaupun just the 2 of us (me & Irfan) tapi ttp happening. aku tgk movie ni masa last saturday night. perghh.. walaupun dah lebih dr 2 minggu ditayangkan panggung still full house. aku sampai kat GSC Alamanda kol 8.40pm. ingatkan nak tgk kol 9.30pm punya. tapi sgt hampeh. tiket sume dah sold out. terpaksa la tgk yg kol 11.30pm punya. jenuh la kitorang hanging around kat situ. pi mkn Kenny Rogers la, pi jln2 kat Cold Storage la, Parkson la, bla.. bla.. bla.. actually we all pi sana 1 family. tapi Yasmin nak tgk citer Tooth Fairy. so, my gyabo temankan Yasmin pi tgk citer tu yg ditayangkan serentak dgn Adnan Sempit. mujur Irfan nak temankan aku tgk Adnan Sempit. kalo tak mana la syok tgk sorang2. huhu.. bukan aku x penah tgk film sorang2. penah aku wat keje giler dulu tgk citer Cinta Kolestrol kat Mid Valley. masa tu aku boring sbb my gyabo kena stayback wat keje kat his office. jadinya aku memberanikan diri pi tgk sensorang sementara nak tunggu dia fetch aku kat my office. masa tu mmg office kat Mid Valley boulevard. huh! org yg tgk movie tu sume nyer berpasangan. aku je sensorang. tensen giler bila kena apit dgn couple kiri kanan. aku ni jd mcm patung cendana kat tgh2. mcm org x betul je aku ni sbb tgk wayang sensorang. hahaha..

oooppss.. apa yg aku merepek dah ni. sebenarnya nak citer pasal Adnan Sempit. hmmm... mmg x merugikan menonton citer ni. film ni memberikan persepsi yg berbeza pasal Mat Rempit. dlm film ni takde la kisah nak merempit je. ianya mengisahkan ttg seorang despatch boy dgn lady bosnya. dia sgt perasan yg bos dia sukakan dia. padahal bos dia nak gunakan dia je. sian dia. tapi akhirnya kebenaran terbukti & bos dia pun lembut hati dgn dia. adegan yg paling lawak bg aku ialah bila sorang mat rempit tu accident. pas tu kepala dia tercampak kat atas pokok. malangnya takde org jumpa kepala mat rempit tu yg hilang. lps 2-3 hari bila Along & Yana berdating kat bwh pokok kelapa & terlanggar pokok kelapa tu tetiba ada kepala org yg jatuh melayang. hahaha.. terkejut beruk la derang berdua yg tgh syok menyanyi ala2 citer hindustan. lakonan Shaheizy Sam mmg class. Along Raja Lawak pun not bad. cayalah...
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates