Monday, May 31, 2010

rombongan cik Siah ke Jengka la pulokkkk

hari kenduri dgn kaler purple sebelah kitorang & kaler peach sebelah pengantin pompuan


malam nikah dgn tema merah & putih

28hb yg lalu me & my gyabo ikut my sister family gi majlis nikah & kenduri anak teruna dia Iwan. huhu.. anak2 aku x ikut. Yasmin kena attend kem motivasi. yg Irfan plak nak main dgn kawan dia. kitorang bermlm kat Jengka utk 1 mlm. menggagau gak la kitorang mencari umah nenek Shida. abis sesat barat. at last jumpa gak la setelah menelepon sana-sini. huhu... adventure sungguh. actually Iwan nikah ari jumaat mlm sabtu tu. kendurinya pulak keesokkan harinya. wah! dgn sekali lafaz je Shida dah jd wife Iwan. caya dowh. tah bape kali la dia praktis agaknya. hehehe. ari sabtu tu masa kitorang tgh2 siap2 utk kerumah kenduri ada sorang pakciktu dtg kat umah nenek Shida. dia npk my gyabo jln ke kereta. dia ingat my gyabo la pengantin lelakinya. wah! sesedap rasa je pakcik tu membuat hepotesis. agak2 la pakcik oi!!.. aku ni nak dicampakkan ke mana? aku takde berhajat pun nak kejarkan payung emas. nehi khabi nehi...




alhamdulilah majlisnya berjalan lancar walaupun ada sedikit teknikal problem. hahaha.. x payahlah aku bercerita dgn pjg lebar. wat panas tinge je. biarlah gambar2 di atas saje yg menceritakan suasana majlis nikah Iwan & Shida.

Monday, May 24, 2010

Jalan2 Syurga

Untuk renungan bersama.....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia". Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah". "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat". "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun". Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini". Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah". Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu". "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik". itulah kata-kata yang paling indahyang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka". Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Tuesday, May 11, 2010

sauna

Sauna

Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh
Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.

Keluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.


Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
• Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
• Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
• Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
• Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
• Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Tips Untuk Kesihatan:
• Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
• Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
• Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
• Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
• Lakukan mandian sauna 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
• Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

Nak order Nazcon Sauna, Contact No:

ZIDI: 012-216 1135
EMI: 016-396 6032

Tuesday, May 4, 2010

KL Bird Park


actually aku beli tickets utk ke KL Bird Park ni during MATTA fair last march. masa tu aku saje jenjalan ke situ dgn my officemate. cadangnya nak wat outing dgn kengkawan office ke Redang. lps gi booth Trengganu punya travel agent si Hilmy ajak ke booth KL Bird Park. katanya dia mmg every year purchase those tickets kat situ. dpt 50% discount tu. mana nak dpt kat luar kan? so, aku & Ammini pun ikut dia beli sekali. hmmm.. aku ni takde la teruja sgt nak ke situ. kenangkan Irfan yg sgt cintakan haiwan tu makanya beli je la. asyik bertangguh je nak gi situ. at last kitorang pi jugak la ari sabtu lps. aku dah kata kat my gyabo kena gi pg2 utk elakkan cuaca panas. tapi dia tu nak main tennis gak dulu pepagi buta. huh! sudahnya kol 10.45am baru la klua umah. sampai je kat situ dah kol 11.30am. lupa la plak ari sabtu tu adalah public holiday. sendiri mau ingat la. parking lot mmg full. kena la parking jauh sket. dah la panas giler. sabo je la. cari payung kat dlm kete. tapi tak mandang. payung ada kat kete 1 lg. huhu.. mujur bwk topi. tapi takde la membantu sgt. aku ni leh bertahan lg. si Yasmin la asyik merengek panas. asyik dok ajak balik cpt je kejenya. siap ckp nak bukak tudung la. nak bukak baju la. haish!! over tau. emm.. penat gak la kitorang menyelusuri KL Bird Park tu. byk gak species burung kat situ. puas la si Irfan menengoknya. sempat gak kitorang amik family photo kat situ. risau gak aku kalo burung yg bertenggek kat lengan & bahu aku tu melepas hajat. silap2 dia cakar plak muka aku. bahaya nih. aku mmg wat keras kejang je masa photography session tu. takut nak gerakkan badan. segalanya berkemungkinan. tapi memandangkan dah sampai kat situ. nak gak la menciptakan kenangan terindah kat situ. hahaha.. sabo je la. lebih kurang 3 jam kitorang spent time kat situ. bila si Yasmin dah memekak nak balik maka kitorang pun beredar la dr situ. ingatkan nak pekena mee kari / mee kicap kat Jalan Tanglin tu. tapi dah ptg mana ada lg. cuma ada nasi je yg dijual kat situ. belasah je la. dr situ kitorang gerak ke Mid Valley. ingatkan nak tgk citer Iron Man. tapi tiket dah abis. layan je la citer 3D Clash of the Titans. Irfan suka sgt dpt tgk citer tu. lps tu kitorang gerak ke Bangi utk amik novel Sweet Sour kat JS. wow! best giler novel tu. novel ni membuatkan aku senyum sampai ke tinge. komedi romantik mmg kena dgn jiwa aku. sampai x leh nak ltk buku tu. waima nak masuk toilet pun aku nak usung gak. adoyai!! parah dah ni.
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates