Monday, November 2, 2009

menonton film Papadom


ari sabtu lepas aku menonton film Papadom bersama Yasmin & Irfan kat GSC Alamanda. actually dah lama nak gi tgk. tapi every weekend penuh dgn xtvt open house je. so, last weekend baru la free & berkesempatan utk menontonnya. tahniah & syabas utk Afdlin Shauqi. this is the best film directed by him. ada pelbagai mesej & pengajaran yg boleh kita dapati dlm film ni. hmmm.. sampai Irfan pun turut menangis tgk citer ni. mmg sgt touching. kita boleh insaf melihatkan pengorbanan seorang bapa kepada anaknya. part yg kelakar ialah bila arwah Mun iaitu isteri kepada Saadom & ibu kepada Miasara asyik menghantui Saadom. masa Saadom tgh bwk kete pun arwah Mun bole lecture dia. Saadom siap ckp "hantu ni pun nak ajar aku mengucap". hehehe... pas tu 1 lg babak kelakar ialah bila Gurubesar sekolah Miasara tak bg Saadom masuk sekolah utk menemani anak dia. katanya "kalau saya tak boleh masuk sekolah saya duduk kat luar sekolah". hehehe.. gigihnya dia nak monitor anak dara dia. another part yg wat aku tergelak besar ialah bila kwn Miasara nak wat party utk meraikan kejayaan derang dlm exam. bila kwn dia call Miasara utk invite her to join the party terus Saadom kata "kita akan hadir". lawak la. party budak2 remaja pun dia nak ikut. punya la dia nak kongkong anak dia. ada lg 1 part yg wat aku gelak tak hengat ialah bila Miasara nak test drive. bole plak si Saadom tu gi ubah tiang parking. hehehe... suka2 je. adoyai.. punya la dia berkorban utk anak dia. teringat plak aku masa nak amik driving test dulu. masa tu my gyabo pun turut menyaksikannya. tapi dia bukan tolong. dia dok memerhatikan aku dgn pandangan yg menggerunkan. hahaha... sudahnya mmg aku fail part parking & kena amik 2 kali utk ujian tersebut. bila nak amik 2nd test tu aku siap wat rayuan gombal kat penguasa JPJ tu. siap ckp yg aku ni berdarah gemuruh & jgn la nak uji aku teruk2. aku siap wat muka seposen utk dia tolong kasi aku lulus. kenangan mengusik jiwa betul la. hmmm... berbalik pd citer Papadom td utk sesiapa yg blom menontonnya silalah berbuat demikian. pasti memuaskan selera anda & tidak merugikan.

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates