Wednesday, June 9, 2010

jjcm ke Joglo (Jogja & Solo)

foto beramai2 kat Candi Borobudur

liburan lagi sih???? iya dong. hahaha... disebabkan org tu jd okb sekejap ari tu, makanya dpt la berpeluang melontar uangnya ke indon lg. flight tix telah dibeli masa MAS travel fair last february. mcm bagus je kan. main belasah je beli tiket tanpa tgk calendar. patutlah dpt tiket murah. rupanya 1-6hb June blom lg cuti skola. hmmm... ibu mcm apa aku ini? masa ga tau sih tanggal liburan sekolah anak2? huhu. akhirnya apa yg aku takuti menjadi kenyataan. tarikh mid year exam utk Yasmin telah ditukar pada tarikh yg aku dah plan nak bercuti. cis! abis berantakan lho. mujur Yasmin x sedih. dia lebih teruja nak ke Jepun. dia dah 3 kali ke Indon. katanya tarak hal la. dia mmg x kisah. ibu dia yg kisah. bukan senang nak dpt peluang liburan sekeluarga. emm... takpe la kan. nak wat caner dah takde rezeki dia nak ikut. mujur la anakku ni lebih sayangkan exam dia dr jenjalan. kalo ikut abah & ibu dia yg suka main belasah je ni mmg fail la. hahaha...

spt yg dirancang maka terbanglah kami 3 beranak bersama2 3 org keponakanku ke Jogjakarta. kitorang dah booked ground package dgn Liberty Travel utk 6days & 5nights. emmm.. agak lama tuh. apa nak buat ek? ahaks.. kalo korang berminat nak tau bc la citer merapu aku nih. korang yg x suka citer merepek lg meraban ni sila la ke blog lain ye. aku mmg citer utk kenangan & kepuasan diri sendiri. pd pg 1/6 yg lalu tu MAS ada anto msg mengatakan flight ke Jogja kena retime for 35minutes. sepatutnya flight depart at 9.15am. tapi bila dah retime jd 9.50am. yg kitorang ni bajet baek punya. x nak lepak kat airport lelama kononnya. so, kitorang klua la lbt sket iaitu lebih kurang kol 8.00am. from our house just take about 15 minutes je nak sampai KLIA. sampai je kat situ counter dah closed. pas tu petugas MAS tu sound aku apsal dtg lbt. aku pun dgn muka terkejut tanya la kat dia. "bukan ke flight retime?" aku pun teruslah tunjukkan msg yg aku dpt. pas tu dia kata kalo retime pun kena check-in ikut the actual time. alamak!!! aku sudah panik. jgn la x dpt nak pi plak. then, that girl called seseorang (bos dia kot) & bg tau ada org nak check-in last minute. mujur org kat dlm tu bg chance. huh! slmt kitorang. kalo x kena patah balik umah la npk gayanya. uwaaaa... x sanggup nak face the reality. dah la kena wat 2 trips ke airport sbb x muat 1 kete. mula2 my gyabo anto aku & yg lain2 ke airport. pas tu dia patah balik umah & minta tolong jiran sebelah anto dia plak. tu pun wat aku panik. sbb masa aku check-in tu my gyabo x sampai lg. petugas counter tu soh terus masuk dlm terus. caner nih. apa lg? asyik call my gyabo soh dia dtg dgn pantasnya. kalut betul. len kali jgn wat lg ek. pengalaman yg sungguh mendebarkan. huh! bila dah setel tu aku pun cpt2 bg tau kat agent aku soh inform kat tourist guide & pak supir yg tunggu aku kat airport di Jogja tu. kang takut dia lama tunggu kat sana nun. sian kat derang tuh. bila dah selesai baru la lega aku. dgn jangkamasa 2jam 35min maka sampai la kitorang ke bumi Jogja pd jam +- 11.45wib equivalent to 12.45 waktu m'sia. sampai je mmg Pak Nagun our tourist guide dah tunggu dgn sepanduk yg tertera nama aku. 1st xtvt bila sampai situ ialah mkn. sebenarnya masih kenyang lg sbb kat dlm flight dah mkn nasi lemak. tapi disebabkab flight retime kena la tukar plan. after lunch baru la gi jenjalan. masa lunch tu hidangan secara buffet. biasa la buffet. ada mcm2 tapi x bape lalu nak mkn. jamah serba sket je. yg agak menarik kat restoran tu siap ada entertainment. ada sorang penari pompuan yg menari tarian tradisional kat situ. takde la boring sgt. lps mkn & solat jamak zohor & asar kat situ kitorang teruskan xtvt seterusnya. utk 1st day cuma pi melawat batik & silver factory. emmm... menarik gak. kilang batik mcm lebih kurang je yg ada kat Kelantan & Trengganu. cuma x penah plak aku gi silver factory kat M'sia ni. tatau la ujud ke x kat M'sia. kat kilang batik tu ada batik chop & lukis. kat situ aku beli table runner 2 helai. kat silver factory plak aku beli sebentuk cincin. ni sume sbb teruja tgk anak2 buah aku membeli cincin sorang 1. murah giler aku rasa. rugi kalo x beli. lps abis melawat both factories kitorang pun terus check-in kat hotel Istana Batik Ratna berhampiran dgn Jln Malioboro. then, after maghrib kitorang klua utk dinner plak. emmm.. masa dinner tu menarik sket sbb dia hidang course by course. menu dia pun agak menarik. berselera kitorang mkn. restoran tu pun npk cozy sket. lps dinner kitorang proceed ke jln Malioboro. emm.. borong t-shirt & kain batik kat situ. bos aku kirim kain batik ela utk dibuat baju kurung/kebaya. mula2 aku try amik gambo & mms kat dia. tapi x lps2 mms aku tu. huh! belasah je la beli. kalo dia x nak nanti aku amik je la. setelah shopping lebih kurang terus balik ke hotel.

esoknya tu lps bekpes terus memulakan langkah ke Kraton - Sultan palace. masih ada Raja di situ. tapi dia dok kat bahagian dlm sket la. kitorang jln kat luar2 je. menurut kata guide kat dlm istana tu anak2 Raja tu sume ada 5 org puteri. 3 dah kawin & dua lg belum. sume nyer dok kat oversea. wah! caya dowh. puteri bongsunya masuk pertandingan ratu cantik & menang katanya. mmg lawa2 pun puteri2nya. cuma yg ke3 je agak montok sket. puterinya yg 1st bila kawin dgn org biasa kena dukung oleh pengantin lelaki. tapi yg ke3 tu sbb dia montok x dpt la dia kena dukung. sian dia. hehehe.. masa kitorang sampai situ ada mesyuarat antara pegawai2 kat istana tu. yg peliknya derang ni meeting kat tepi corridor je sederet sebaris memanjang. heran aku. caner nak meeting kalo x mengadap mcm kat meja bulat org meja pjg tu. caner derang nak berkomunikasi pun aku tatau la. agaknya main bisik dr ujung sebelah sini sampai ke ujung sebelah sana. emmm.. lantak korang la kang mas. janji jgn gaduh. tourist mat/minah saleh tu sume pun heran & kalut nak amik gambo kang mas tu sume. hehehe... kitorang pun sama gak berposing sakan kat dpn kang mas tu sume. kemudian ada plak musicians istana yg memainkan gamelan & rebana sume tu. lps berfoto segala kat situ kitorang pun teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Sari Water Castle sebelum gi lunch. ada swimming pool yg sgt besar kat situ. kononnya dolu2 ada ramai awek2 yg mandi-manda kat situ. then raja akan menonton awek2 tu dr 1 bilik yg tersembunyi. kalo ada yg dia berkenan dia akan pilih menjadi calon isterinya. wah! gitu kisahnya. siap ada secret tunnel lg kat situ. dr situ kitorang gerak ke restoran Sekar Kedhaton. makanan kat situ mcm kureng je aku rasa. gulai lemak tauhu dia ok la. tapi masak asam dia mcm takde rasa je. bayangkan la kan ayam dia wat masak asam. apa nih? x sedap langsung. yg herannya kat restoran Sekar Kedhaton tu punya la ramai selebrities Indon yg penah singgah mkn kat situ. siap amik gambo & ltk t/t kat restoran tu. ada gambo Bambang (singer Samsons), Luna Maya, Tamara Blezynsky, Glenn Fredly, Dian Sastrowardoyo & ramai lg kat situ. ini taste derang kot. kita ni walaupun serumpun tapi sorry to say la. mmg ada yg x kena jiwa. hehehe.. lps lunch & solat kitorang teruskan ke Kasongan village utk visit pusat seramik/tembikar. emmm.. kat situ aku sempat beli mcm2 perhiasan umah & beg tgn yg dibuat dr lotus. cantik2 belaka. mmg giler dibuatnya shopping kat situ. main beli je. bila pi kat kedai sebelah lg murah. grrrr... geramnya bila beli x menyempat2 & x nak survey dulu. sakit ati punya pasal terus aku ajak tourist guide & supir tu gerak ke tpt lain. dr situ kitorang gerak ke Parangtritis Beach. mula2 aku x nak turun & nak berehat kat dlm van je sbb hujan. cuma my gyabo & Irfan yg turun. bila hujan dah reda Irfan dtg panggil aku. aku ni pun malas nak dgr dia memekak ajak aku turun maka aku pun ikut la dgn Ina my niece. Pak Nagun tu dah kata cuba la naik kete kuda. dah pengemudi kuda tu pun asik wat rayuan gombal soh naik kuda dia maka aku pun jatuh kesian kat dia. punya la dia berusaha utk cari duit. murah je pun. sorang or 2 org same je harga dia. cuma 20ribu rupiah je. aku pun x sampai ati ajak la Ina naik. mula2 Ina soh aku naik dgn my gyabo. tapi my gyabo nak perhatikan Irfan yg naik kuda sensorang keliling pantai. kang apa2 jd susah plak. dia tu suka2 ati je nak turun dr kuda terus terjun je. hahaha.. maka aku dgn Ina je la yg naik. si angah & Nana dok berehat kat dlm van. kitorang naik kete kuda sampai ke waterfall. mmg cantik sgt waterfall tu. puas ati la dpt berposing kat situ. lps tu kitorang terus gerak ke restoran berikutnya utk dinner. wah! restoran tu lg hebat sbb presiden Bambang Susilo Yudhiyono pun penah mkn kat situ. mmg makanan kat situ pun sgt superb. penuh meja hidangannya. makanan dia pun sket lebih kurang mcm yg ada kat m'sia ni. ada ikan kakap yg dimasak ala2 sweet sour. pas tu ada ikan bakar. ada sup yg ala2 tomyam. ada sotong goreng tepung selain dr sayur & telur dadar. lps dinner kitorang terus pulang ke hotel.

sesudah sarapan hari ke3 tu kitorang menjejaki candi borobudur. ramai giler org kat situ. rupa2nya ada rombongan skola dr daerah Surabaya. jenuh berebut2 dgn budak2 skola tu utk bergambo kat situ. mkn ati aku tgk bebudak tu sume pakai blackberry / iphone yg canggih segala. terdetik kat hatiku ini yg murah sgt ke mende alah tu kat situ. jenuh gak la nak memutar kat kawasan candi tu. penat naik tangga lg. mmg merembes la kitorang kat situ. dgn penat nak melayan para penjual yg x jemu2 membuat rayuan gombal kat kitorang soh beli brg2 derang tu. kesian punya pasal beli la serba sedikit souvenirs. bersungguh2 derang mengekori kita sampai nak naik ke van. rimas pun ada gak. terasa mcm selebrities la plak bila kena serbu dek penjual2 tu. hahaha... dr situ kitorang teruskan ke xtvt lunch kat resto apekenama pun aku x ingat dah. tapi best gak makanan kat situ. ada tempe & tahu berempah yg digoreng. ayam pun goreng berempah jugak. ikan plak dia masak goreng tepung je. aikk!! sume pun goreng. tapi takde hal. tetap memenuhi selera. ada mcm2 sambal such as sambal lada merah, lada ijau & sambal lada kering yg sgt berlainan rasanya. hiasan restoran tu pun sgt menarik & teratur. lps kenyang mkn & solat kitorang pun bergerak ke destinasi seterusnya. acara sebelah petangnya plak adalah shopping ke beberapa factory outlet. ada kedai kasut, baju, handbag segala. sempat la aku beli jeans, baju2 utk aku sekeluarga. dah penat shopping kitorang terus ke restoran Sintawang yg menyediakan chinese food. ada kelainan la kat situ. slalu tu makanan jawa je. byk plak menunya. sampai x lalu nak mkn dah. selain dr nasi & lauk-pauk ada gak mee goreng. dpn restoran tu plak ada jualan dr peniaga kaki 5. wow! murah giler jualannya. sampai kitorang kelam kabut mkn sbb nak bershopping kat luar restoran tu. hahaha... uniknya sbb brg jualannya sume berasaskan batik. key chain, beg sandang, beg duit, beg tgn, shopping bag sume dibuat dr kain batik. caya dowh. kreatif betul derang ni. mcm org giler kitorang shopping. dah penat shopping kitorang terus balik ke hotel.

4th day as usual after b'fast kitorang menuju ke Solo utk melawat beberapa tpt menarik di sana. perjalannya amik masa 1 1/2 jam. emmm.. sempat la tido jap kat dlm van tu. hehehe.. kumpul tenaga cukup2 utk berjalan2 sekitar area Solo. our 1st destination was Triwindu Antique market. tapi x beli apa2 pun kat situ sbb brg2 antique tidaklah menjadi fav. kami. takat cuci mata je la. dr situ kitorang gerak ke Mangkunegaran Solo Palace. Raja kat situ ada 4 org anak. dgn his ex-wife ada sepasang anak & begitu juga dgn isteri dia sekarang. his ex-wife tu adalah anak kepada almarhum Sukarno & adik kpd Megawati. kedua2nya adalah bekas presiden Indonesia. menurut kata guide kat situ ada kerabat di raja tu yg berkahwin dgn kerabat di raja johor. gitu kisahnya. setelah mendengar citer serba sedikit ttg salasilah kerabat di raja di situ & melawat ke dlm kawasan sekitar istana maka kitorang pun beransur ke tpt seterusnya. tapi b4 that sempat gak kitorang borong rempah lulur utk mandi. ada pelbagai barangan kecantikan di jual kat situ. segala jamu pun ada. rupa2nya bonda pd raja yg memerintah di situ dulu mmg wat jamu tradisi keluarga. patut la cantik & slim je body dia kat dlm gambo. dia sendiri wat jamu tu utk di amalkan oleh seluruh keluarga dia. jenuh gak guide tu promote soh beli jamu tu. tapi malas la aku nak beli. benda tu bukan bole mkn sehari dua je. dia kena amalkan berhari2 baru la mujarab. tapi mmg para petugas istana yg perempuannya comel2 belaka size mereka. hehehe... dr situ kitorang teruskan xtvt shopping kat pasar kelewer. pasar ni ala2 tanah abang di Jakarta, pasar baru di Bandung & Pasar Atas di Bukittinggi. agak sempit pasar tu. mmg merembes la kitorang kat situ. kat situ aku sempat beli 4 helai tudung, sehelai jubah & 2 pasang pakaian kerja. utk Yasmin aku beli gak la baju. ada gak aku beli kain pelekat gajah duduk & kain batik utk souvenirs kat adik beradik & jiran tetangga. lama gak kitorang kat situ sbb nak tunggu my gyabo & Irfan gi solat jumaat. sebenarnya x puas shopping lg kat situ. tapi my gyabo dah sibuk ajak pi lunch. kita org pompuan ni kalo dpt shopping mmg x rasa lapar pun. hahaha... dgn x bape happy sbb x abis bershopping kitorang pun terus ke restoran Sederhana yg menjamu masakan Padang/minang. biasala kan masakan Padang ni mmg bermacam & penuh meja. tapi dia hidang dlm jumlah yg sedikit. berebut2 gak kitorang mkn. ye la kan. dah kat kol 3pm baru nak lunch. giler shopping punya pasal terimalah bahananya. tapi kat restoran Sederhana tu agak menarik sbb ada jus apokad yg menjadi minuman kegemaranku. rasa sgt lega bila dpt menikmati minuman tersebut. kat resto ni pun ada entertainment gak. ada musicians yg menghiburkan dgn memainkan beberapa instruments sambil menyanyi. lps mkn & menunaikan solat kitorang bergerak pula ke Bengawan Solo river. emmm.. biasa je sungai tu. takde la apa2 keistimewaan pun. tapi dah ada dlm program kitorang tu maka jengah je la kejap utk berposing serba sedikit. dr situ kitorang bergerak pulang ke kota Jogja. masa on the way back tu ada la lalu dpn Universiti Gadjah Mada. emmm.. luas gak universiti yg agak popular ni. nak amik gambo kat situ pun x bape sesuai sbb hujan. pas tu kitorang terus gi dinner kat restoran Bumbu Desa. actually masih kenyang lg sbb kitorang lunch agak lbt ari tu. tapi sbb malas nak bolak-balik ke hotel & restoran maka terus je dinner. ala2 meratah lauk je la. minuman dia adalah sirap campur kelapa. emm.. sedap & sgt cool ok. makanan dia pun agak menyelerakan. ada 1 menu tu aku ingatkan tapai utk cuci mulut. rupa2nya ianya adalah tauhu yg diperap dgn cili & bwg. sedap gak rasanya. menu yg lain tu biasa la. ada ayam perap goreng, ada ikan goreng celup tepung, daging masak kicap, sayur masak asam, sayur goreng & ulam2an. lps dinner terus balik hotel. Irfan yg dah gian nak mandi kat pool terus je ajak kak Ina dia berendam kat situ.

hari ke5 adalah free & easy for us. so, kitorang just jln2 kat area Malioboro je. aku malas nak beli kain batik byk2. kang takut kena tahan kat kastam bila sampai M'sia nanti. jadinya kitorang just jln2 je la. duit rupiah aku ada sejuta lebih lg dlm purse. apa nak wat ek? tetiba masa jln tu ternampak kedai jual handphone. my gyabo pun sesaje je ajak pi tgk. bila dah tgk tu mula la gatal tgn nak beli. murah2 plak tu handphone kat situ. tahap keterujaan dah sampai ke level maksima dah ni. hahaha.. maka aku pun beli la 1 blackberry. ala... blackberry china je. mmg la murah. tapi tahap murah tu mmg murah dr yg kat dijual kat M'sia. dgn sejuta rupiah dah dpt blackberry? kalo convert baru je rm360. kaler merah plak tu. sgt la mengujakan. bila dah beli tu terus rasa kenyang. hahaha.. x lalu nak mkn dah. mula2 tu cuak gak nak beli. takut nanti dah balik M'sia ada problem ke apa ke. tawakal je la. takat ni ok je. walaupun pd mulanya mcm ada bunyi bising je bila ada incoming/outgoing calls. bila aku adjust sana sini dah ok. lega aku.. pergghhh.. kalo tak nanti ada org yg nak melalak sakan. dah dpt apa yg dihajati terus gi lunch kat pizza hut. kat situ skali lg aku order jus apokad. mmg rasa dia sama je mcm kat restoran Sederhana tu. bila teringat2 balik mula la mouth watering. huhu... lps lunch kitorang balik berehat di bilik. mlm tu lps maghrib kitorang klua semula ke Jln Malioboro. cari CD game PS2 yg Irfan nak sgt2 tu. jln punya jln dpt gak la jumpa kedai yg dia idamkan. aku pun sempat beli sekeping cd lagu2 terbaru indon. pas tu gi cari makanan spesel dr Jogja yg bernama Bakpia Phatog. rasanya mcm kuih raya je. ingat nak beli buah salak. tapi takde yg fresh. kang takut x sedap plak nak bwk balik buah yg x bape nak segar. pas tu kitorang gi McDonald utk dinner. ingatkan lps dinner nak sambung jln2. tapi Irfan plak dah ngantuk & nak tido. grrr.. sabo je la. duit rupiah ada lg nih. anak2 buah aku dah ilang tah ke mana. my gyabo pun nak continue shopping. terpaksa la aku menemani Irfan balik ke hotel. balik hotel terus je aku kemas beg. esoknya tu dah nak berangkat pulang. bila anak2 buah aku dah balik aku lepak bilik derang plak. sibuk je nak tgk apa yg derang beli. jelesnya tgk derang shopping mcm2. aku ni terpaksa la berpuas ati dgn blackberry yg aku beli siang td je. hahaha... derang plak sibuk shopping sampai x sempat nak mkn. derang tapau kfc je bwk balik ke hotel. aku pun tumpang derang mkn lg. hahaha... dah jemu asyik mkn nasi je kat sana. tukar mkn fast food la plak. dah puas sembang aku pun balik ke bilik aku & terus zzzzzz...


esok pg tu lps bekpes je terus berangkat ke bandara utk pulang ke M'sia. slmt tinggal kota Jogja. mujur flight kitorang berjalan lancar without any delay. depart dr Jogja pd jam 11.45am & arrive KLIA around 3.15pm. alhamdulillah perjalanan kitorang berjalan dgn lancar. walaupun xtvt shopping kat situ x bape happening mcm kat Bandung/Jakarta tapi ok la kan. lain tpt lain la programnya. kat Jogja mmg byk tpt pariwisata. so, kalo nak tgk gambo lebih detail bole la tgk kat my fb. daaaaa....

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates