Friday, June 19, 2009

la la la... karaoke la lagiiii


sori la ek..... pakai camera phone x bape clear la gambo nyer. (ni yg Mona marah sgt.. hahaha.. nyanyi x tara mana pun. eksen je lebih)




dah lama x berkaraoke bersama officemate. tetiba je derang ajak gi karaoke lunch time td. aku pun takde plan nak kemana. maka melalak la kitorang ari ni. sebelum ke situ kitorang tapau mcD dulu. sementara nak tunggu karaoke centre tu open adalah lebih baik kitorang mengisi perut. untuk menghangatkan suasana aku memilih lagu Goyang Inul as my 1st song. wah..wah..wah.. ni kalo aku pakai boot mcm yg Inul pakai tu sure patah tapak tumit boot tu. gelek gerudi sume cukup. semput nafas akakkkkk... (sebut gaya kak Ogy) hahaha... kalo Inul tgk sure dia mkn ati punya la. x leh dia nak cari mkn dah kat KL nih. muakakaka... lps tu utk menenangkan diri aku memilih lagu jiwang karat la plak such as Saat hilang cintamu - Siti Sarah, Haruskah aku mati - Ada Band, Unbreak my heart - Toni Braxton, Hurt - Christina Aguilera & Mungkin - lagu penyanyi pujaanku Anuar Zain. lagu penutupnya aku pilih semula lagu yg memanaskan badan iaitu lagu kumpulan Gigi bertajuk Nakal. huh! mmg panas, panas, panas... betul la. teringat masa Aril nyanyi sewaktu dlm concert AF7. very energetic la dia. actually Arman Maulana nyanyi lg la hebat. mula2 tu kitorang book utk sejam je. tapi sbb kan kegilaan menyanyi x surut2 maka kitorang add another 1/2 an hour. lg pun sian kat Hilmy yg dtg lambat. almaklumlah diakan nak kena lipat tikar sembahyang dulu. hehehe.. walaupun...

Thursday, June 18, 2009

A village in Holland.. with no roads at all!!!

A village in Holland wherein you can't find a single road... all transportations are done by boats alone...


hmm.. bila la aku berpeluang menjejakkan kaki kat sini? in my dream dah tentu la. hehehe.. semoga impian menjadi kenyataan. ganbatte.. chaiyokkk..


Tuesday, June 16, 2009

stroller cum bicycle







tadaa... wow! kalo aku ada baby aku pun nak dptkan mende alah ni. ni la yg dinamakan konsep 'mesra ibu & anak'. di samping boleh mengelakkan diri dr terjebak dlm kesesakan lalu lintas, boleh gak keep our body slim bila selalu mengayuh basikal. nape la 10 tahun dulu takde mende2 cenggini. haishh...

Monday, June 15, 2009

tag dr Sarnia

dah lama x layan keje tag-mengetag nih. ari tu wat tag pasal purse/wallet. ni dah pasal handbag plak. skang ni tgh 'in trend' bwk handbag gedabak. so, segala mcm mak nenek nak diisi kat dlm handbag tu. tapi mmg berbaloi sbb 'mcm2 adaaaa'. hehehe..
inilah serba maknika brg2 yg disumbat kat dlm handbag aku. takde rahsia mende pun.

sebagai meneruskan tradisi haruslah aku forwardkan tag ni kepada mangsa2 yg berikut:-

1. Amie (biarlah tiada rahsia lg ye.. ahaks)
2. Syud (yg suka bwk beg gedabak gak... hehehe)
3. Wan (Wan slalu bwk bag apa ek?)
4. Wabbit (jarang tgk Wabbit bwk handbag. slalu tu bwk backpack je)
5. Mona (yg suka tukar2 beg mcm aku)

Thursday, June 11, 2009

nanananana Ganu kiter..

sempena cuti sekolah ni our family bercuti ke Trengganu Darul Iman. actually kakak aku wat kenduri menyambut menantu last weekend. pg2 sabtu tu kitorang dah berangkat ke Kemaman. my 2nd sister mmg dah bertahun menetap di situ. anak dia si Rafiq pun dpt jodoh org sana gak. maka kitorang adik-beradik pun berkonvoi la ke Ganu. kitorang bermalam di kawasan pantai Mak Nik. kitorang stay kat banglo Bank Rakyat. hmmm.. apa lagiii.. abang aku kan keje kat situ. gunakanlah kemudahan yg ada. dr situ ke quarters polis Kemaman cuma dlm 10-15 minit je. kitorang stay kat situ selama 3 hari & 2 mlm.
hari isnin my family meneruskan percutian ke Pulau Kapas. we spent 3 days & 2 nights plak kat situ. aku ni kira membayar hutang pd anak2ku la. this year dah 3 kali aku tinggalkan derang masa aku JJCM ke Brunei, Jakarta & Bandung. so, derang tuntut la janji dr aku utk JJCM waktu cuti sekolah. setakat ni kat Trengganu aku cuma pernah gi Pulau Perhentian je. ini kira 1st time la aku menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. lps ni ingat nak jelajah Pulau Redang & Pulau Tenggol la plak. derang bukan main suka la sbb dpt gi snorkeling. jernih sungguh airnya. bole tgk ikan kerumun kita. soooo nice. masa kat Pulau Perhentian dulu pun ada gak gi snorkeling. tapi x bape happening sbb aku x turun kat dlm laut. aku masih takut2 lg masa tu. dok bersantai kat dlm bot je. kali ni setelah di 'train' oleh my gyabo baru la aku berani nak snorkeling ke dasar lautan. takut beb.. aku kan x reti berenang. hahaha.. melekat dgn my gyabo je la keje aku. ada ke masuk dlm air nak bernafas kot hidung. giler ke apa? lemas la aku. jenuh my gyabo nak ajor aku soh bernafas ikut mulut dgn menggunakan google. at last terer gak la. sampai x nak balik & giler nak snorkeling je. ahaks..
on the way back tu kitorang singgah kat taman rekreasi & mini zoo at Kemaman. bukannya ada apa sgt pun. dia baru nak develop tpt tu. ada la bape spesies binatang je kat situ. dah Irfan nak gi sgt2 maka singgah la kejap kat situ.

menatang apa tah ni???

ikan kelisa yg dah kekenyangan..

naik gajah? ada berani???

cute nyer bear tu...

this is what i like. tgk sunset yg sgt cantik & so romantik. hahaha...

bersedia utk snorkeling...

ayuh kita snorkeling..

wow! byk nyer ikan2...

this is where we stay...

Rafiq bersama pasangannya.. ni Amy & Acu dia punya idea la nih..

rombongan dr pihak pengantin lelaki. (kitorang la tu)

penyakit Acu dia dah berjangkit kat anak buahnya. adegan kuch-kuch hota hai...

kat rumah pengantin pompuan

ni kat rumah kekandaku

Wednesday, June 3, 2009

are you happy come to work?

ouchhh!!! nak happy caner kalo dah sangkut mende alah tu sure la sakit. tersiksa jiwa & raga.
kalo time dpt bonus ke, increment ke of course la automatically kita happy & senyum sampai ke tinge. hahaha...

Monday, June 1, 2009

mari mengecat rumah

Irfan dah 'pengsan'. ish..ish.. mcm la dia sorang je yg penat.

my maid tgh berhempas-pulas menajamkan skill mengecat. hehehe..

my gyabo tgh mengecat dinding ruang tamu.


lps gi READ Malaysia ari tu kononnya aku akan menyusul my gyabo ke apartment aku kat Medan Idaman. org yg sewa umah kitorang tu dah bising soh cat umah tu. nak upah org cat punya la mahal. nak tak nak kena la wat sendiri. tapi dah ralit kat Mines tu sampai ke petang sudahnya my gyabo la kejekan mengecat umah tu sensorang. memekak la dia. so, smlm the whole family kena turun padang. hahaha... bila wat keje ramai2 mudahlah jadinya. keje pun cpt siap. bukankah ada pepatah mengatakan 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'. actually, bila kita wat sendiri keje2 cenggini baru la tau penat lelah org keje contract tu. bila dah penat tu mula la nak hangin seluruh badan. huh! bukan senang nak main dgn cat nih. kalo tak menepati tahap piawaian my gyabo kena la 'touch up' berulang kali. the tenant tu bukannya nak menolong. tau nak mengarah je. eh! sape yg tuan umah sebenarnya nih? demand mcm2. dok kat apartment je tapi request nak mcm2. aku dulu bukan tak pernah dok menyewa. tapi takde la sgt demanding pd owner. ni sket2 je call/sms soh dtg umah. dia ingat dkt ke dr Salak Tinggi nak ke Medan Idaman tu. sket punya hal pun nak kecoh. masa aku kat Indon pun sibuk je soh dtg. hish!!! tensen aku. dah la sakit ati & sedey tgk umah kena conteng. uwaaa... penat wooo.. bape kali dah bertukar tenant. tiap kali tukar je nak kena cat baru. dah bape warna dah bertukar kat ruang tamu tu. kalo tenant yg beranak-pinak mmg x sah kalo dinding tu x berconteng. musti ada 'art gallery' punya. time aku menyewa dulu kalo ada apa2 yg rosak aku cuba repair sendiri. x yah nak menyusahkan owner utk dtg. nyesal plak aku bg sewa kat 'outsider'. tu x kira dgn masalah komunikasi lg. mcm itik dgn ayam je bila aku nak berkomunikasi dgn org Somalia ni. yg derang tau cuma assalamualaikum & insya-Allah je. kalo ckp omputeh derang cuma tau sebut 'no problem & how are you?' je. yg lain cuma angguk2 & geleng2 je la. aku kesian sbb pikir sesama muslim. plak tu ada yg study kat UIA. so, takde la jauh utk derang berulang ke campus.
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates