Monday, June 30, 2008

Corus Paradise Resort

lagoon yg still under construction

baik2 turun tangga...

do re mi fa so la ti ....tido je la...


sempat lg main video game


yummy..yummy..

bbq & spaghetti... so tempting..

dah la sejuk mkn aiskrim plak.

Yasmin & Irfan tgh berendam


hotel entrance
deluxe room - Corus Paradise Resort

Tepat 5.30pm ari Jumaat lepas kitorang bergegas balik umah amik anak2 & terus pecut ke PD. 'lelaki itu' ada sesi 'get-together' kat Corus Paradise Resort. Best gak la sbb boleh bwk family sekali. mujur la ada pelbagai facilities kat situ. masa dia kat meeting room kitorang ni pun merangka pelbagai aktiviti. Actually dr umah aku tu tak la jauh sgt nak ke PD. kalo jalan tak sesak 1/2 jam dah bole sampai. tapi ari Jumaat tu byk la plak lori. nak pecut pun jln bengkang-bengkok. sabo je la. mujur sempat sampai sebelum 8.30pm. sbb acara 'lelaki itu' bermula pd 9.00pm. selepas 'lelaki itu' pergi kitorang pun mulakan aktiviti. disebabkan Irfan dah conquer tv utk main PS2 dia maka aku ngan Yasmin pun lopong la. mujur 'lelaki itu' x bwk notebook dia ke meeting room. kitorang pun apa lg tgk VCD la. tgk citer 'Ayat2 cinta' yg pinjam kat Notie ari tu. dr citer kaksu & kakyah mcm x best je. tak pe la. layan je la drp dok lopong. tapi yo-yo-oo je. bukannya tgk sampai abis pun. sekerat jalan dah zzzz... sudahnya Yasmin je tgk sorang2. sedar2 Yasmin kejut kata dah abis citer tu. aku pun off notebook tu & sambung tido. dlm kol 12tgh mlm tu sayup2 dgr handphone bunyi. rupa2 nya 'lelaki itu' yg call soh buka pintu. kemudian sambung balik zzzzzzz...

Ari Sabtu lps bekpas budak2 tu dah x sabo2 nak mandi kat swimming pool. aku pun lepak la sekali bc novel sambil teman derang mandi. Irfan ni mmg kalut betul. baru mandi 10 minit dah nak beli aiskrim. mmg cukup terror marketing strategy resort ni. pandai derang wat duit. ltk peti aiskrim kat tepi swimming pool. budak2 sure menggelupur nak beli aiskrim. mujur aku bwk purse sekali masa turun td. lps abis mandi kitorang lepak kat bilik je. kol 1pm 'lelaki itu' call soh turun lunch. ok gak la makanan kat situ. bak kata Pak Abas "mcm2 ada". tapi budak2 ni bukannya nak mkn sgt pun. nak main je lebih. lps lunch ingatkan nak sambung tgk VCD citer korea. tapi notebook tu x nak 'on' plak. aik!! dah abis bateri ke? smlm rasanya masa tgk citer 'ayat2 cinta' tu dah charge bateri. dr kol 2-5pm charge tapi notebook tu tak leh 'on'. alamak!!!.. nak wat caner ek? sure 'lelaki itu' bising. yg si Irfan dah kalut nak gi swimming pool lg. Yasmin plak x nak turun. dia nak tgk citer Soleha. tak pe la. aku turun berdua dulu. sampai je kat swimming pool tgk org punya la ramai. tempat duduk pun takde. kat mana la aku nak lepak. tiba2 terpandang jukebox. aku ckp kat Irfan soh dia mandi elok2. aku nak gi berkaraoke kat jukebox. baru nyanyi 3 lagu Irfan dah sibuk ajak balik. dia tu selalu mcm tu. hangat2 taik ayam je. org baru nak test power dia dah ajak balik. tapi takpe la. kat situ pun lagu2nya x byk pilihan. mmg limited edition. aku sempat nyanyi lagu Misha Omar - semoga abadi, Krisdayanti - mencintaimu & Siti Sarah - bersamamu. ok la tu. 1 lagu 1 token. 1 token baru RM1.50.

Balik ke bilik tgk notebook x leh on lg. aduh! nak wat caner ni? kejap lg sure 'lelaki itu' sampai. dok kejap dlm kol 7pm dia pun sampai. dia masuk2 je bilik tgk notebook dok kat atas meja. lps tu dia pun tanya "dah bape byk citer tgk nih?" aku pun nak tak nak terpaksa la citer kat dia. kena la tahan tinge dgr dia berceramah. notebook baru pakai x sampai sebulan dah kong. dia korbankan x bwk notebook ke meeting room sbb nak bg kitorang tgk CD. org lain sume bwk notebook yg dia tumpang kat kwn dia je. tgk2 jd cam ni. mana la member x bengang. tapi mcm ada magic la. bila kena kat tgn dia ok plak. huh! lega aku. syukur alhamdulillah. lps tu dia soh cpt2 siap. kol 8pm ada bbq. wow! best nyer dpt bbq kat tepi pantai. sampai2 je tgk org dah start mkn. kitorang pun apa lg terus capai pinggan. Irfan seronok tak terkira la sbb ada byk seafood. selain dr udang, sotong & ikan ada chicken wing, beef steak, spaghetti, laksa penang & rojak. kitorang pun belasah la cukup2. tapi heran aku apsal 'lelaki itu' tak lalu mkn. ghope2 nyer dia dah kenyang mkn durian. lps abis sesi ptg tu bos dia bwk derang gi mkn durian kat pasar mlm. dah kenyang mkn si Irfan sibuk naik main video game. dlm ati aku ingatkan leh la aku sambung berkaraoke lg. tgk2 dah full house. hampeh... dok melangut je la tgk derang main game. bila Irfan dah boring terus kitorang naik ke bilik. rasanya dah sampai masanya utk aku beritahu derang rahsia yg dah kusimpan sejak bulan februari. sambil2 derang main PS2 aku pun bukak citer tentang projek ke tanah seberang. gabra gak ati ni. takut derang berdua melalak. maklumla nak kena tinggal dgn abah derang tu. nampak gaya Irfan mcm ok je. cuma Yasmin je ada sket x puas ati. dia kata naper asyik aku je gi jenjalan sorang2. lps aku slow talk & ckp kalo derang study elok2 & dpt result yg bagus2 nanti aku akan bwk derang jln2 keluar negeri. tapi punya la demand. masing2 nak gi Jepun. mcm la ibu dia byk duit. si Irfan siap ckp dia nak carik Naruto. aduh! tah bila la dpt kesana tu. fuh!!! lega aku. misi utk bercerita dah settle. lps ni aku bole pack brg2 aku utk ke tanah seberang dgn aman.

bila tgk notebook dah ok aku & Yasmin pun sambung tgk CD Korea. apa tajuknya pun tah la. tapi sbb citer tu sgt kelakar & hero tu pun adalah hero dlm Coffee Prince maka tgk je la. lps tgk 3 cd & mata pun dah ngantuk maka kitorang pun terus zzzzzz...

pg ahad tu lps subuh je kitorang terus gi bekpas. nak tido balik nanti takut terbabas. kiranya kitorang la yg paling awal. kol 8.30am 'lelaki itu' terus ke meeting room utk sesi yg terakhir. Irfan sempat lg gi mandi kat swimming pool. sementara nak tunggu lunch time kitorang sambung tgk CD korea & Irfan spt biasa la main PS2 dia. dlm kol 1pm 'lelaki itu' call ajak lunch terus check out. maka tamatlah sesi merehat2kan diri di Corus Paradise Resort PD. lps ni nak siap beg utk ke tanah seberang plak. Bandung & Jakarta here i come....

2 comments:

amie said...

kak nacha..anak kak nacha nk gi jepung??..meh akak amie yg best ni temankan...hohoho..ni misi nk jumpa sin chan ni...mari..kak nacha takyah risau, just bayar makan+tambang pergi balik+wang upah.senangkan??..hehehe

nacha said...

ye la tu... kat mana la akak nak korek duit utk sponsor Amie. budget utk budak2 tu pun tak lepas lagi. hehehe... berangan je la.

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates