Monday, August 3, 2009

mlm ni nak dinner kat mana ek?

waduh2!! sejak maid takde ni penin paler aku memikior kan nak mkn dimana? gyabo dah ckp x yah nak masak2. hehehe... happy sungguh rasanya dgr dia ckp cenggitu. teringat kat kakUda. selama ni bila dia bercerita bab2 mkn kat luar aku slalu ketawakan dia. mana ceruk restoran pun sume dia tau. skang ni aku la plak kena situasi cenggini. last friday time balik keje je aku dah beli KFC siap2. ingatkan my gyabo balik lbt sbb dia ada game. so, aku beli cukup2 je utk aku dgn anak2. elok je kitorang abis mkn dia call Yasmin tanya mkn apa utk dinner? Yasmin pun story la kat dia. aku ingat dia beli la makanan utk diri dia sendiri. yg dia plak ingat makanan ada lg. dia menonong je balik tanpa apa2 makanan. last2 dia bantai mkn maggi je. hahaha... isterinya yg x bape rajin ni kalo dah dpt tgk tv jgn harap la nak ke dapur lg. nak2 tgh sedap tgk Nur Kasih plak tu. mintak maaf la byk2. pg sabtu tu plak masa my gyabo nak anto Irfan gi tution dia beli roti canai utk bekpes. pas tu waktu tghari aku & anak gi kenduri kat umah jiran. hehehe.. masa ada maid aku dok menyombong x nak gi kenduri-kendara ni sgt. tapi dah malas nak masak buat muka tebal menonong je gi. lg pun my gyabo gi golfing. plak tu jiran depan umah tu pun takde geng nak gi kenduri. so, jln skali je la dgn dia. lg pun dah la jiran tu tolong anto Ifran gi skola. takkan la aku x berbaik2 dgn dia. walaupun perkhidmatannya kubayar tapi still kena la menjaga silaturrahim kan. lepas dah citer lunch. disebabkan aku dah kenyang waktu mlm tu mmg aku x mkn dah. tapi bebudak tu la lapar plak. punyalah kejam ibu derang nih. soh derang mkn maggi je. my gyabo pun lbt balik. main golf apa sampai ke mlm tah la. Irfan plak sibuk je nak mkn ikan kerapu. hmmm.. x yah nak merapu la. abah dia x tau kol bape nak balik. layan je la maggi tuh. mujur la derang berdua tu anak2 yg mendengar kata. maggi pun maggi la. janji perut kenyang. pg ahad plak my gyabo ajak gi pekena capati kat restoren RN Teguh. sedapnya mkn capati dgn kari sardin. nak senang citer aku bungkuskan nasi lemak utk derang punya lunch. huh! x sampai tghari derang dah lapar. nasi lemak pun licin. hahaha.. bagusnya ibu derang ni kan. ptg smlm ada b'day party kat umah jiran. jd mmg ingat malas nak masak la. tapi kesian plak kat derang. so, tghari tu aku goreng nasi sket la wat alas/lapik perut sementara nak tunggu b'day party tu start pd kol 4.30pm. kang takut plak anak2ku kebulur plak ke umah org mcm mak bapak dia x bg mkn. tapi bebudak tu pun dah jumpa kengkawan derang kat situ bukannya nak mkn sgt. ada mcm2 acara kat situ. jiran tu siap panggil clown utk memeriahkan acara. temanya pun cowboy style. ada yg dressing memenuhi tema & ada yg tak. sibuk je Irfan susah ati nak pakai baju apa. ishh!! x kuasa aku nak carik baju tema. pakai je black & white seperti yg stated kat dlm invitation card. mujur Irfan happy sbb dia dpt lucky draw. actually, makanan kat umah b'day tu mmg berlambak2 & ada pelbagai menu. tapi rasanya mcm kureng sket la. ada charkueytiaw, mee & mihun goreng, nasi lemak, nasi kerabu, sosej, kuih karipap, muffin, kek gula hangus, agar2, puding, tapai, rojak buah & buah2an. rasanya lauk-pauk kenduri ari sabtu tu lg sedap. ada ikan keli masak cili, daging masak itam, ayam bakar & pecal selain dr kuih-muih spt karipap, kasui, tapai & kek coklat. suka benar derang dgn tapai. aku x mkn pun. perhhh!! sungguh menyelerakan makanan kat umah kenduri tu. mlm td plak kitorang dinner kat restoran As-Salam. hmm.. biasa la bebudak ni. kalo dah gi situ musti nak order western food. Irfan nak sosej berkeju, Yasmin plak chicken chop. my gyabo mkn chicken wing & aku plak order salad/coleslaw je. uwaaa.... jenuh aku mkn salad/coleslaw. dah la aku punya semangkuk pas tu Irfan punya pun sume campak kat aku. apa nih??? teruk tau. sayur bukan main bagus utk kesihatan pun dia x nak mkn. hissh!!! masalah betul. pg td aku pesan kat Irfan soh mkn kenyang2 kat skola. aku mmg x masak apa2 utk tghari sbb Yasmin pun gi skola pg sampai ptg. Irfan pun cuma balik tghari kejap utk tukar baju ke skola agama je. mlm ni punya citer x tau lg. Irfan dah sibuk nak mkn ikan kerapu kat restoran Layar Jati. mmg Thai food kat situ sgt heaven. pg td aku dtg lewat ke opis. bos aku sibuk je tanya tealady aku. dia ingat aku demam & x dtg keje. apa kes? bos dtg dulu drpd secretary. hahaha.. dia x tau yg aku ni kelam kabut sbb maid takde. nak kena wat bekpes utk anak2 bwk gi skola. lunch td masa lepak kat pantry aku pun story la kat dia. mujur la dia paham & siap ajar aku caner nak manage dgn hal2 sebegini. maklum la kan dia pun ibu tunggal. lg la berpengalaman dlm bab2 ni bila takde maid. kalo aku nak komplen & bising2 lg la x patut. bila pikir2 balik ada org yg lg susah dr aku. ganbatte.. chaiyokkk..

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates